Muzik, sesuatu yang terlalu umum. Ada yang menganggap ianya melalaikan dan tidak kurang juga sesuatu yang menerujakan. Menghilangkan stress, meluahkan perasaan dan menyampaikan pesanan mungkin antara fungsi utamanya.
Bagi aku yang mula pandai mendengar pilihan muzik sendiri bermula dari sekolah rendah. Semua pilihan dipengaruhi oleh bapa. Mula dari kaset R. Azmi muzik yang ditampil lebih humour dengan bahasa yang mudah difahami dan lirik yang tidak terlalu mendalam. Saban malam lagu dari kaset tersebut diputar.
Kemudian apabila meningkat remeja, selera muzik juga berubah pada mulanya aku agak obses dengan BB King, Santana, Eric Clapton semua adalah pilihan bapa. Mungkin hampir setiap petang mendengar lagu lagu mereka. Kagum melihatkan kehandalan Santana dan BB King dengan gitar mereka juga kehebatan Eric Clapton dengan suara selamba nya. Semua akibat penangan Blues. Mendengarkan petikan gitar boleh membuatkan terleka dan lupa semua yang sering berlegar dalam fikiran.
Dari situ aku masih teragak agak untuk memilih apa yang sesuai untuk didengari oleh telinga sendiri. Dan pada masa yang sama kumpulan kumpulan remaja dari US mahupun UK menjadi kegilaan. Di sekolah masing masing menjadikan poster kumpulan yang digilai menjadi pembalut buku. Mujur sekolah tidak mempunyai peraturan khusus.
Zaman awal alam pekerjaan aku mula kenal dengan Sade dan Desiree, kedua dua mereka sangat asing bagi sesetengah pendengar tempatan. Lagu berentak slow pop sesuai menjadi halwa telinga tatkala kepala runsing memikir isu kerja. Dan pada masa yang sama Cranberries,Silverchair dan 3 Doors Down antara pengaruh yang dibawa rakan serumah.
Selesai dengan semua lagu lagu berentak sebegitu, Melly goeslaw tampil dengan album pertama. Tidak kurang hebat dengan single Jika, dan album seterusnya adalah runut bunyi dari filem filem seperti Ada Apa Dengan Cinta, Eifel I'm in love, Tentang Kita. Penampilan artis undangan yang tidak mempunyai suara yang selunak dan sehebat penyanyi indonesia sedia ada, ditutupi dengan lirik dan melodi yang indah hingga kita terlupa tentang bakat sebenar seorang penyanyi.
Dan sekarang kebanyakkan muzik sudah dimonopoli oleh kumpulan korea yang biasanya dianggotai lebih dari lima anak muda. Dari segi kelantangan vokal hanyalah biasa sahaja. Tapi dari segi muzik dan tarian tiada apa yang dapat menandingi kehebatan kumpulan kumpulan korea. Nama seperti Superjunior, Girl's generation, Kara, 2pm dan banyak lagi memenuhi senarai lagu didalam Ipod. Muzik video mereka juga menjadi pilihan tatkala ingin memuat turun.
Walau apa pun pilihan muzik yang ingin di dengar, kita pasti senang ketika muzik pembukaan mula dimainkan. Dan dari melihatkan revolusi muzik pilihan diri sendiri, ia menggambarkan revolusi tentang diri kita.
Pesanan Farid: Akan setia dengan muzik melly goeslaw (^_^) V
No comments:
Post a Comment