Tuesday, May 31, 2011

Detektif Cho-nan

Sekarang dah pukul 1130 malam, dan gua mmg akan tidur dalam keadaan senyum, lu orang nak kata gua gila ke hapa, gua tak pedulik dah. Apa yang gua tau jawapan yang gua cari selama ini sudah muncul dengan sendiri. Ini bukan silap mata mahupun ilmu hitam.

Nak kata ajaib sangat tu tak de la, sbb gua mmg dah agak dari awal. Tapi gua was was jugak la, jangan main gila nak teka teka nanti salah gua malu gak, takkan nak sorok muka dalam paperbag mc d. Siapa kata gua tak handal menyiasat? Skarang dah terbuktikan, lepas ni gua mau ambil upah dari mana mana datin pegi siasat dato dato mana yang main curang. Dapat duit upah nanti gua beli la kereta sukan idaman gua.

Untuk meraikan kejayaan kes penyiasatan gua, esok gua nak memanjakan diri gua dengan mek ciken yang enak. Tanda pada penghargaan keatas diri sendiri yang berjaya menyelesaikan kes mistik terhadap manusia paranormal.

Gua tak mau jadik unkel sikers, tapi gua mau jadi manusia yang cuba bersikap adil pada diri sendiri walaupun org lain tak mau adil sama gua. Cerita banyak pun tak de guna baik gua tido sbb esok masuk ofis sebelum ayam berkokok.

Pesanan farid: Nanti gua amek gambar gua tido senyum, pastu gua post kat sini. Sila percaya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis