Wednesday, June 1, 2011

Hailam Kopitiam Bangsar

*Abc yang menggoda sukma* (nampak sangat dah tak tahan, tgk amek gambar pun nak menceduk)

Ditengah hari yang panas terik yang sangat panas gila (ayat menggambarkan betapa panasnya pada hari itu). Aku ngan Double a meronda ronda memula nak ke Chawan tapi fullhouse, so pusing lagi then nampak Hailam Kopitiam. Tak silap perkiraan aku, before terbinanya kopitiam ini, dulunya merupakan tapak kedai pizza, mungkin dah melingkup then digantikan ngan Hailam Kopitiam ini.


Orang adalah ramai juga, then pasal Halal no worries, sbb dah tepampang sebesar alam logo halalnya. Tetiba aku notis that aku mmg concern bab bab halal lately nih. Double a tanya "sejak bila ko mula concern ngan logo halal ni?" pasti la selepas bermacam macam kes, makanya dah jadi was was. 

*Dah hilang sebijik hilang masuk perot, patut ada pat bijik*

Menu makanan nya mmg banyak a way lot better then other kopitiam. Pilih punya pilih, aku nak minum 3 layer tea dan double a pilih ABC. Layan, dah panas gila, dapat air sejuk mmg nikmat. Pastu belek menu lagi ada otak otak, tapi cam biasa la plak, so pilih otak otak roll atau bahasa melayu nya popia otak otak. Pon layan gak. So total makanan dan minuman hanyalah RM14.90 sahaja. Aku tak pasti jika Hailam kopitiam ni ada cawangan, but kalau nak pegi kat bangsar ni, ianya terletak sederet ngan kedai mamak Mahbub (tringat beriyani ayam madu) dan bertentangan dengan Bangsar Village.

For more info click here: Hailam Kopitiam Fanpage

Pesanan Farid: Maaf la yer sbb tak dapat sediakan harga spesifik

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis