Muka ganas, tapi ada tabung arnab comel, lu orang jangan nak heran sangat
Suatu hari, gua duduk di rumah sambil membelek belek foto foto lama dalam handfon. Kadang gua senyum, kadang sedih lepas itu gua senyum balik. Beberapa ketika gua teringat dalam ipad gua pun ada foto juga, dalam keadaan malas malas gua bangkit dan capai ipad. Dan seraya mencapai ipad itu, terdetik dihati gua "cover ipad ini sangat kesian, macam nak roboh pula rasanya"
Gua letakkan balik ipad tu dan terus cari laman sesawang yang menjual covernya secara online. Setelah hampir berjam jam lamanya mencari akhirnya gua jumpa yang gua suka. Tapi harganya mahal. Tidak mengapa, gua baring balik sambil letak tangan kat dahi dan terus tidur.
Keesokkan paginya, cover ipad tersebut terus menghantui hidup gua. Sudah la di tengah tengah bulan, duit dalam poket makin tipis, takkan gua nak bazir beli cover pula dan selepas itu gua puasa sunat?. Sambil termanggu manggu di depan pc di waktu makan tgh hari, tiba tiba kepala otak gua berbunyi PLING! seraya hati berbunga bunga. Gua terpandang tabung yang gua sorok dibelakang monitor. Ada dua tabung, yang satu tu tak penuh lagi, yang tabung arnab tu dah tak muat masuk duit.
Dengan rakus nya gua capai pembuka tin, dan gua kopak macam gua kopak tin susu pekat. Kira punya kira, dan secara mejiknya, duit didalam tabung tersebut lebih dari harga sebenar cover tersebut. Dan gua hepi. Tapip tak de la lebih sampai buleh beli tiket ke yurop.
Pengajarannya, walaupun menabung itu remeh temeh dan bagi sesetengah orang menganggap seperti keanak anakkan, tapi amalan itu sangat berguna ketika waktu kecemasan seperti perasaan meronta ronta ingin membeli cover ipad. Gua memang pesen pesen tak menyabar.
Pada lu orang yang suka campak syiling bersepah sepah, gua dulu memang begitu, dalam beg selambak duit syiling, dalam kereta, kat rumah, dalam laci pejabat semua bersepah. Jadi apa kata lu orang kasi kutip semua syiling tu, lepas tu beli tabung murah murah, tak payah nak ada muzik muzik bila masuk syiling tu, beli yang sempoi sahaja. Dan mulakan amalan menabung. Selamat mencuba.
Pesanan farid: Gua nak semai amalan menabung dikalangan lu orang.
2 comments:
ehhhh encik arnab itam tu cute ah hehehehe
Haha mmg chomel. Hadiah tuuuuuuuu
Post a Comment