Thursday, June 2, 2011

Berkhemah zaman muda mudi

Masa lunch gua duduk layan blues sensorang sambil selak paper tiba tiba teringat pasal berkhemah dulu dulu zaman muda, tapi sekarang gua bukan tua mana pun. Ok aktiviti baca paper waktu lunch dengan perkhemahan mmg tak ada hubung kait langsung.

Masa gua tingkatan 4, lingkungan kawan kawan gua mmg tak ramai. Pusing pusing smua kawan kelas. Yer gua mmg miskin kawan. Gua bukan tinggal dalam kawasan taman ke, kampung ke, mana nak ada ramai rakan sebaya, jadi mmg gua tak merasa nak lepak atas pangkin main gitar tepi simpang. Jadi masing masing pasang rancangan nak khemah. Gila hebat masa tu gua rasa. Ye la nak ikut team skola khemah mak gua tak kasi, bahaya katanya. Jadi bila dapat khemah ngan kawan mmg rasa buterfly la kat perot masa tu. Gua feeling macam khemah kat taman negara.

Setelah kira kira duit belanja dapur, kutip duit macam nak main kutu, dan lengkap beli smua, plan jadi. Yang geng tak berapa nak gengster ni ada arip, fadli ngan porno (ini bukan bahan lucah, ini adalah individu). Jangan lu orang heran sangat kenapa nama dia porno sbb gua dah mula heran dari mula aku masuk skola tu.

Tempat perkhemahan mmg tak boleh blah langsung. Dekat hutan hujung pantai umah gua, janji asal hutan kami balon. Khemah Arip sediakan, buleh sumbat sampai enam orang. Lupa plak adik arip pun ikut jugak tapi gua lupa nama beliau. Kira malam pertama mmg best abis la. Siap unggun api, main gitar nyanyi mcm kene rasuk semua. Bab masak masak makanan ni arip ngan fadli yang uruskan. Yang gua tau, makan, lepas tu gua komen sedap atau rasa jahanam.

Masuk malam kedua dah malas nak masak, smua pakat makan roti. Buat unggun pun kira eksen je. Janji ada api dan tak gelap. Masa nak tido tutup zip khemah lepas tu trus senyap, tidur mati matian. Selang beberapa minit, gua rasa ada benda merayap kat lengan. Gua kejut fadli "li, ko ada rasa benda bergerak gerak tak?" fadli jawab "aku tak rasa apa pon, ngantuk gila nih" ok tak pe mungkin gua sedikit emosi pada masa itu. tak sampai 30 saat lepas gua bukak mulut tanya fadli, arip plak menjerit "adoiiii sakit oiii semut semut, kluar kluar" gaya menjerit macam khemah kene jilat dengan api. Rupa rupa nya adik arip pegi bantai bawak masuk kaya ngan mentega dalam khemah, katanya takut kat luar nanti hilang kene curik. Mmg gua rasa nak tibai je budak ni. Abis lengan bengkak bengak kene gigit semut.

Gua kalau bab mandi manda ni mmg masalah sikit, gua paksa smua geng balik rumah gua mandi je kat sana. Ada shower ngan air panas, hidup biar sedap.

Gua tau pasti lu orang kata apa barang khemah kat rumah, tapi gua pedulik apa, janji dapat tido dalam khemah, gua pun hepi.

Pesanan farid: Ada rezeki gua nak khemah dalam hutan amazon

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis