Tuesday, June 14, 2011

Mek Biah mendapat obat

Mek Biah sangat cantik orangnya, pinggang upama gitar, muka putih melepak licin . Gincu merah menyala. Pakaian rasminya kebaya ketat berkain batik dan berpayung merah jambu. Kemana Mek Biah pergi pasti ada laki laki meng-phewitt beliau. Siulan pada pemuda upama siren kehadiran Mek Biah.

Di kampung, Mek biah paling cantik, atuk, pakcik dan para pemuda tergilakan Mek Biah. Ada yang bercerai berai kerana Mek Biah. Mek Biah memang ratu dikampungnya. Mek Biah tidak melayan para pemuda di kampungnya kerana menganggap mereka tiada masa depan. Harap motor kapcai, rambut kusut masai dan tidak urban langsung, memang tidak layak sama sekali menjadi suaminya.

Umur Mek Biah semakin lanjut. Kerjanya jalan keliling kampung sambil berlenggang lenggok dengan payung merah jambunya. YB di kampungnya juga tidak ketinggalan tertarik dengan keseksian Mek Biah. YB yang umurnya hampir sebaya dengan abah Mek Biah mula memasang langkah untuk melamarnya. Mek Biah senyum girang. Semua alasan yang diberi oleh abah Mek Biah, Mek Biah tepis dengan rapi dan kemas. "Ah Biah tak kisah jadi isteri no 4 ke, 12 ke, 14 ke, janji Biah berlaki, abah tak mau tgk Biah bahagia?" kan rapi dan kemas jawapan Mek Biah tu.

Bernikah lah mereka secara senyap senyap tanpa pengetahuan isteri YB yang tua dan garang itu. Disoroknya Mek Biah di sebuah rumah besar di hujung kampung. Semua orang kampung tertanya, milik siapa rumah itu dan mengapa YB keluar masuk rumah tersebut seperti pencuri. Terhendap hendap keluar  masuk.

Ada yang menyiasat dan ada juga yang melempar fitnah akibat misteri kehilangan Mek Biah. Memang Mek Biah hidup serba mewah, walau dikurung didalam rumah, Mek Biah tetap membeli belah didalam talian menggunakan kredit kad yang YB bekalkan. Kasut, kebaya malah payung baru pun Mek Biah beli dalam talian, gembira benar Mek Biah dapat bershopping tanpa keluar rumah.

Cerita cerita berpusing satu kampung, huru hara, ada yang kata Mek Biah disorok bunian dan tak kurang juga mengatakan Mek Biah dah jadi artis top di bandar. Isteri pertama YB yang tua dan garang mendapat tahu perkara sebenar. Bersiap sedia seperti mahu bertarung. Dicapainya kayu beluti, sakit benar hatinya membayang YB bermain kayu tiga, Mek Biah juga harus di tibai kerana merampas lakinya yang tua. Dan yang paling utama harta lakinya juga dirembat Mek Biah.

Berkerumun lah org kampung di rumah yang besar seperti meyaksikan perlawanan akhir piala FA, ada yang bersorak, ada yang tercangang cangang dan ada yang jerit kita bako! kita bako! Mek Biah dengan muka rilek keluar tatkala seperti pahlawan menyahut cabaran lawannya.

"Hey Biah kau tak malu hidup dengan harta laki aku?!" herdik isteri tua YB

"Harta laki kau, bukan harta kau" pertahanan Mek Biah cukup ampuh

"Ko berambus dari rumah ni, pulang balik semua harta laki aku" bentak si isteri YB

"Apa kau ingat aku hairan sangat dengan harta seciput laki kau ni?! nah hamek nih" sambil Mek Biah menanggalkan rantai gelang mahupun baju kebaya mahal nya.

Tanpa disedari Mek Biah hanya berkain batik dan beranak baju sahaja. Maka bertambah gegak gempita sorakkan penduduk kampung seperti pasukan Malaysia menjaringkan gol pertama semasa Piala suzuki yang lepas.

Muka isteri YB yang merah padam menahan marah bertukar menjadi hilai ketawa.

Berlari Mek Biah ke dalam menanggung malu yang tidak terkata hebatnya. Memang Mek Biah berkahwin dengan sehelai sepinggang sahaja dengan YB yang tua sebaya abahnya itu. Dan sekarang Mek Biah hidup dalam kemaluan.

Tiada lagi phewitt phewitt tetapi bila Mek Biah lalu, soalan berkumandang "Lawa coli kau Mek Biah" terburai ketawa anak muda. Kesian dan padan muka pada Mek Biah.

Pesanan Farid: Hidup atas usaha titik peluh sendiri bukan kikis harta orang lain demi hidup sedap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis