Tuesday, June 7, 2011

Pagi yang penuh berkat

Macam biasa gua bangun 6.00am, lepas makcik gua kejut gua bangun, gua terpisat pisat termenung sambil otak ligat mengkaji apa yang gua mimpi tadi. Pabila dah perasan pertambahan minit, gua bingkas bangun capai tuala untuk mandi.

Setelah bersiap sedia sedia untuk ke pejabat, gua rasa gonjeng mungkin sbb gua bukan lagi di penang, gua di kuala lumpur dan harus bekerja demi sesuap nasi. Gua tuju ke kereta sambil dalam hati mengomel kereta agak kotor dan gua mmg tak sempat nak basuh.

Sampai sahaja di kawasan ofis gua terus ke tempat makan, ini mmg rutin gua hari hari. Wajib makan sebelum mula bekerja. Jika tidak gua akan gundah gulana dan perasaan kacau bilau. Gua bercuti dari Jumaat lepas dan hari ini, hari selasa baru gua mulakan tugas.

Usai makan pagi, gua sendawa dua tiga kali, gua terus beli paper, yer gua tak baca main stream paper sbb penuh dengan perihal politik yang penuh putar belit, ok itu pandangan peribadi gua, lu orang usah peduli. Gua jalan laju laju supaya sampai ke pejabat dengan pantas. Panggilan alam mmg tidak dapat dilengahkan.

Bila sampai ke pejabat gua perasan ada surat atas meja, gua belek mmg nama gua. Yer buku yang gua pesan sudah sampai. Hati berbunga bunga dan melonjak untuk mulakan sesi pembacaan. Gua letak balik buku tu dan terus ke toilet atas urusan peribadi. Usai selesai segala urusan, gua kembali ke meja dan mula membaca akhbar tempatan.

Selang beberapa minit muncul bos gua sambil bawa dua helai sejadah di tangan. Gua pandang dengan ekor mata sahaja, sebab gua mmg tgh fokus dengan pembacaan gua. Dan bos gua trus berhenti di belakang gua. Sambil hulur sejadah berkenaan seraya dalam hati gua "nak suruh aku sembahayang apa pula pukul lapan lebih gini?" gua senyum sambil tunggu dia berkata kata. "Ni untuk farid, akak lupa nak bagi, sepatutnya bagi masa balik dari umrah itu hari".

Itu jam juga secara automatik dan pantas nya mulut gua terus senyum semanis kurma. Kurma gua cakap lu orang bukan madu. Gua terima dengan disusuli ucapan terima kasih. Sambil perhatikan beliau menuju ke tempat rakan sekerja gua pula dan letak sejadah berkenaan di atas meja rakan gua tu.

Jujur gua memang terkesima sbb sebelum ni tiada umat yang bagi gua sejadah. Tasbih dengan kopiah banyak la gua dapat. Selepas tersenyum semanis kurma tadi gua teruskan pembacaan gua balik. Terima kasih pada bos gua sekali lagi.

Pesanan farid: Gua akan cuba pecah rekod peribadi untuk abiskan buku yang gua beli tu dalam masa dua hari. Sila percaya

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

hadiah pertama telekung dari mak masa umurku 14 tahun... huhuhuhu menitik airmata terima hadiah tuuu

farikh said...

terharu agaknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis