*Super laju, kalau lu orang naik pegi kerja, punch kad lu orang tak pernah merah*
Sabtu tiba, gua mati akal. Rancangan tak mahu bersuka ria. Mahu jadi insan yang berhemah. Gua harap tiada lagi pembaziran. Demi sahaja mendapatkan pakej pelancongan ke luar negara awal tahun hadapan, gua nekad untuk menabung lebih. Biar gua sekat mana mana yang patut. Gua jadi rela.
Gua termanggu manggu tiada arah di hujung minggu. Member gua phewit sama gua mau balik kampung dia di Tampin. Molek benar, gua pun belum pernah sampai Tampin sana. Gua setuju, terus capai backpack gua mula packing baju. Bawa mana mana yang penting sahaja. Tiada komputer riba, tiada kamera beresolusi tinggi. Semua memberat dan membebankan.
*Gua jadi tak tentu arah tengok pokok jagung yang banyak*
Tak main la memandu, hidup tak mencabar. Kami naik bas. Baru benar benar melancong. Dekat rumah member gua ni ada ladang jagung. Mau makan jagung pun senang. Petik petik ikut mana suka, balilk boleh rebus. Gempak habis. Tapi gua kurang like sama jagung, sorry jagung gua tak love u sama macam gua love kek cawan. Cinta mati gua hanya pada kek cawan red velvet sahaja.
*GCB, gua memang mengidam dari anak sulung dulu*
Dua hari satu malam gua kat sana, gua happy. Sunyi sepi, hanya gua dan ipad gua sahaja. Paling paling gua main api bakar sampah sama member gua, tangkap lipan besar, jalan kaki pegi kedai sambil balik makan aiskrim dua puluh sen, tahan buang air besar malam malam sebab takut jamban di luar rumah, Bukan senang dapat peluang begitu. Sedih pula gua babai sama mak member gua. Nanti gua free, gua lawat makcik lagi.
Balik kl, singgah kl sentral, makan GCB, Nikmat yang sukar digambarkan. Member gua rembat YES punya broadband prepaid, gua layan main ps3 kat situ.
Pesanan Farid: Gua juga mahukan kampung!!
No comments:
Post a Comment