Monday, June 6, 2011

Makcik yang hebat

Minggu lepas gua pi penang, waktu makan tengah hari. Rayau rayau sampai teluk bahang. Jalan lagi, sampai hujung, kira jalan mati ada satu kedai. Secara serius gua tiada idea samada kedai ni bukak atau tidak. Member gua kata macam bukak so pegi kedai tu.

Belum sempat duduk ada sarang makcik dan sorang tu kategori kakak la mai tanya nak makan apa. Punya la episen, tak sempat duduk ni dah mai tanya nak makan apa. Hebat bukan? Laksa satu dengan sirap, kata member gua. Makcik tu reply "ok laksa satu, air orang kawen satu". Gua dah pelik, kenapa air org kawen, member gua kata kebanyakkan org kawen minum air sirap. Ok gua buat buat paham. Lepas tu kakak tu pulak pandang gua, bererti dalam hati dia "hah kau nak makan apa pulak?" skarang gua rasa gua macam profesor x, gua boleh baca hati dan fikiran org, ok gua dah feel hebat.

Nasik goreng tak mau pedas, telor mata dengan teh ais. Dengan sepantas kilat, makcik tu reply (macam dia ada power cam gua juga) "ok teh ais mmg la tak pedas, sbb dah taruk ais" dan sepantas kilat jugak gua buat muka paling pelik gua pernah buat. Dalam hati, gua salah sebut atau makcik ni mmg cari nahas? Ok gua abaikan sbb gua ada maruah dan secara logik akal nya gua tak akan gaduh ngan makcik pula, sangat tidak manis dipandang masyarakat setempat.

Selesai membuat pesanan yang penuh kontreversi, gua cari port baik lepas tu duduk. Sambil hirup teh ais, eh silap sambil sedut la sbb air sejuk kan pakai penyedut minuman, gua merokok. Makanan sampai tapi nenek pula yang hantar. Nenek pun macam tiada secebis perasaan, senyum pun tidak, marah pun tidak, mungkin gaduh ngan atuk barangkali. Whuteva <- style gila bila eja macam ni

Selesai makan sampai tiada apa yang tinggal dalam pinggan, gua terus phewitt sama member gua suruh bayar. Dia plak phweitt sama akak tadi sambil cakap "kak kira" akak tu suruh masuk dalam bayar. Gua pelik skali lagi kenapa pula kene bayar dalam dapur? mungkin mesin kira dalam dapur barangkali.

Gua lepak kat tepi pintu dapur sambil kendong sebotol rutbir 1.5L yang gua beli kat kedai sebelah sambil perhatikan member gua yang rupanya bakal di lauk oleh makcik makcik dalam dapur tersebut. Makcik yang mula ambil order tu bukak mulut "duduk chalet blakang ke dik?" member gua jawab tidak dengan senyuman yang ala kadar. Tak puas dengan jawapan tu, dia tanya pula duduk mana sbenarnya? member gua cakap duduk chalet bank negara dekat feringhi. 

Sepantas kilat makcik berkenaan bersama sama rakan seperjuangan nya di dapur bersorak "Oi keje bank negara oi, ngurat! ngurat!" yang lain menyambut dengan sorakan tapi gua mmg tak berapa faham butir sorakkannya. Maka hingar bingar la satu dapur tersebut. Gua dengan rilexnya atur langkah terus menuju ke kereta sebelum gua menjadi mangsa seterusnya. 

Pengajaran ayat yang diperolehi dari cerita yang dipaparkan, kalau ramah, biarlah bertempat dan bercara. Lu orang, org timur maka adab menjadi kayu pengukur. Ini gua tgk dah macam mat rempit pula, main jerit jerit terpekik telolong macam la member gua tu keje jaga pintu syurga.

Pesanan farid: Sekarang gua fobia nak makan kedai makcik, dan keadaan ini memaksa gua makan di kedai yang mempunyai anak dara sahaja. Ini serius.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis