Monday, June 13, 2011

Orang kata bukan senang mahu jadi senang

Sambil gua duduk makan nasi lemak di hari gua ponteng kerja, gua ditemani laptop buruk gua. Sambil gua sudu kan nasi lemak ke mulut gua, sambil gua jalan jalan baca blog lu orang. Gua kagum pabila baca entri entri terhebat rakan rakan blog gua, sambil gua senyum, gua hirup teh o ais.

Gua tahu bukan susah mana pun mahu jadi blogger. Janji lu orang reti mengeja, reti upload gambar, reti goreng sikit sikit itu sudah memadai. Semua boleh jadi blogger. Semua hebat bila menulis. Gua sambung lagi suap nasi lemak ini kali ada telur rebus.

Gua suka cerita cerita yang lu orang tulis. Ada kisah suka, duka nestapa, mengenang nasib dan juga tentang kehidupan lu orang, gua kagum. Gua tahu betapa bersusah payah lu orang memerah keringat menyusun ayat, memilih foto yang sesuai untuk dilampirkan, sebab gua pun blogger juga.

Semua yang best pasti ada yang tidak bestnya. Gua selalu terfikir adakah apa yang blogger tulis dan kongsikan di blog masing masing akan di manupulasi oleh pembaca pembaca mahupun pengskodeng di blog lu orang? Kekal positif farid!

Gua nyala rokok, gua sedut dalam dalam. Gua teguk teh o tadi, gua sambung fikir. Jika yang tidak berpuas hati dan mahu menghentam lu orang secara langsung, boleh la juga lu orang tepis ketis. Tapi ada yang meninggal kesan mendalam bila tanpa hati perut tulis di ruangan "chatting" dan komen. Setakat ini gua belum hadapai masalah ini.

Gua nampak roti sedap, gua tahan nafsu. Balik pada topik, ada yang meninggalkan komen "mamat ni laloq aku rasa" dan lagi "oi kau ini perasaan bagus sangat". Kenapa sampai begitu kejam sangat? Gua geleng kepala tiga kali. Apa la nak dijawab oleh tuan blog itu.

Semua orang boleh ada blog, semua orang boleh kongsi pengalaman mereka, tapi tidak semua orang boleh menghadapi perkara begini. Sudah, gua malas mau fikir lagi. Pada lu orang blogger, tulis dengan cermat dan jangan sampai singgung perasaan orang lain, dan pembaca pula play nice dengan blogger. Gua tak suka bila ada between blogger dan pembaca bertumbuk nanti. Dari bertumbuk baik lu orang makan coki coki, lagi layan.

Pesanan Farid: Hormat menghormati amalan yang mulia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis