Thursday, July 21, 2011

Lambat lagi nak pencen

Fungsi rotate tidak berfungsi dengan baik


Ok sambung tulis setelah gua kenyang makan kuey teaw goreng yang sedap. Sehari dua ni gua sakit. Alasan yang kukuh kenapa gua tidak menulis, boleh kan?

Berkisar pada gambar sijil diatas, 17 julai lepas cukup sudah 11 tahun gua bernaung di bawah kompeni ini. Ceh bernaung macam la gua penyanyi berbakat. Bersempena dengan itu gua dihadiahi dengan sebijik frame yang terkandung sijil dan sekeping syiling.

Bukan sebarang syiling, ini syiling emas nilai ribu ribu. Ok gua rasa ayat gua sebelum ini macam sikit bongkak pula. Maaf. Gua tidak sertakan gambar syiling itu kerana ... kerana... gua malas nak ambil gambarnya.Peace

Pejam pelik dah lama gua kerja disini. Lama lagi nak pencen pun. Gua heppi, macam macam dugaan sudah ditempuhi dalam jangka masa 11 tahun itu. And lot more coming. 

Pesanan gua: Mahu pergi bercuti selepas syawal nanti, insyaallah.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis