Monday, October 17, 2011

Real Steel- yang wajib ditonton!



Sinopsis:

Berlatar belakangkan tahun 2020, mengisahkan Charlie Kenton (lakonan Hugh Jackman) seorang pengurus robot tinju. Mempunyai seorang anak lelaki dan kematian teman wanita nya. Hak Penjagaan Max Kenton (Dakota Goyo) di tuntut oleh makcik beliau. Tetapi Charlie yang lebih berhak mendapat kan hak tersebut menjual hak itu kepada makcik Max sebanyak USD100,000. Charlie menerima permulaan 50k dan terpaksa menjaga anaknya selama tiga bulan sebelum makcik nya datang mengambilnya.

Dalam keadaan memaksa Charlie menjaga anaknya dan pada masa yang sama beliau menanggung hutang akibat kekalah demi kekalahan dalam pertandingan tinju robot. Robot pertama nya bernama Ambush teruk di belasah di gelanggang haram dan selepas menerima duit hasil penjualan hak penjagaan ke atas Max, Charlie membeli Noisy Boy dengan harga 45k. 

Noisy boy di anggap legenda kerana telah banyak memenangi kejuaraan, tapi malangnya Noisy boy di anggap robot petinju buangan kerana memenangi kejuaraan luar dari US. Noisy boy di anggap canggap kerana mempunyai kawalan suara dan tidak memerlu kan alat kawalan untuk mengawalnya.

Tapi malangnya Noisy boy juga menerima nasib yang malang kerana Charlie tidak begitu mahir menggunakan kawalan suara tersebut. Lalu dia bersama Max ke tempat pembuangan besi untuk mencari bahan membaiki robotnya, dan secara tidak sengaja Max telah berjumpa dengan Atom, sejenis sparing bots, G2 keluaran 2014.

Atom lebih kecil dari kebanyakkan robot tinju. Digunakan untuk latihan. Biasa menerima pukul dan jarang membuat pukulan. Tapi Max percaya dengan kebolehan Atom tapi tidak pada Charlie. Setelah di baik pulih. Atom berjaya menunjukkan perubahan, perlawanan demi perlawanan, Atom terus menang sehingga membawanya ke dalam WRB di mana semua robot petinju profesional beraksi.

Lawannya pada pusingan terakhir adalah Zeus. Sebuah robot yang tidak pernah dikalahkan. Adakah Charlie, Max dan Atom berjaya menjuari WRB sekali gus mengalahkan Zeus? sama sama kita saksikan di pawagam berdekatan anda.

Ambush hancur di kalahkan Black Thunder

Noisy boy (kiri) vs Midas. Noisy Boy kalah stret set

Atom menentang Zeus dalam 5 round. Hebat!


Dakota Goyo sebagai Max

Farid kata: Dah rupa macam ESPN plak ulas game tinju

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis