Ok disebabkan penangan hobi baru gua, akhirnya gua terjebak jugak menonton aircrash disaster di Discovery channel. Salah satu episodnya adalah memaparkan kemisterian tentang kehilangan pesawat Air France 447 (airbus 330) di launtan Atlantik. Pesawat ini berlepas pada 31 May 2009 dalam perjalanan dari Rio de Jeinero, Brazil ke Paris.
Air France 447 membawa 12 anak kapal bersama 216 orang penumpang. Selepas empat jam penerbangan, Air France 447 hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik, tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada 01:33 UTC 1 Jun 2009.
Pada 6 Jun 2009, cebisan rangka kapal terbang dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 km di timur laut Kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil
Pada 27 Jun pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan, dengan keseluruhannya 51 mayat ditemui.
Pada 3 April 2011, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA) mengumumkan ia telah menjumpai dan akan mendapatkan serpihan besar bangkai pesawat. Mayat penumpang juga di jumpai di dalam pesawat.
*bahagian ekor pesawat yang mula mula ditemui* |
Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro. Ia hilang di Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Terdapat amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.
*sebahagian bahagian pesawat yang dijumpai* |
Penganalisis penyiasatan penerbangan membuat pelbagai andaian. Antara nya radar pesawat terbabit gagal mengesen ribut tropika yang besar di hadapan laluannya ekoran di halangan ribut yang kecil. Dan andaian seterusnya selepas kehilangan sistem kawalan pesawat, pesawat terbabit terpaksa menempuhi angin ribut dengan kawalan manual. Ada juga mengatakan tragedi ini berkaitan dengan pengganas.
Pada kebiasan nya juruterbang mengunakan sistem panduan automatik. Ini bermakna, lebih kerap pemanduan auto digunakan, lebih kurang kawalan manual dipraktikkan. Tidak semua juruterbang terlatih pernah berhadapan dengan situasi begini. Tetapi itu semua hanyalah andai kerana kotak hitam pesawat masih belum ditemui sehingga andaian andaian itu dibuat.
*Bangkai pesawat yang tenggelam di dasar laut* |
Beberapa penganalisis bebas menyatakan satu satu sebab yang menyebabkan kegagalan kesemua sistem pesawat terbabit ada di sebabkan pembekuan pitot tube.
Pitot tube digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat seterusnya menganalisis pelbagai maklumat lain. Apabila pesawat berada pada altitiud di atas permukaan laut, ada kemungkinan terdapat molekul Super cold water, dimana air ini sememangnya tulen. Mungkin supercold water tersebut berada pada suhu -19celcius tetapi tidak membeku.
Pitot tiub terdiri daripada satu tiub besi kecil yang terdapat dibeberapa bahagian pesawat. Apabila molekul ini melekat pada pitot tube, ia akan membeku dan seterusnya menyebabkan ianya tersumbat.
Setahun kemudian, beberapa bahagian pesawat mula dijumpai termasuk kotak hitam yang mengandungi mesej terakhir yang dihantar oleh juruterbang Air France 447.
*kedudukan pitot tube pada badan pesawat* |
Farid kata: Rasa seram mau naik pesawat owh
No comments:
Post a Comment