Wednesday, May 2, 2012

Ke pusat Sains tgk Dinosaurs


Sempena di hari percutian hari buruh, sudah pakat pakat sama kemal ke Pusat sains negara, terima kasih pada GPS kete kemal kerana berjaya mengemudi kami kesana, GPS tersebut di kenali sbg Rosmah, terima kasih Rosmah. Pusat Sains ini terletak nya di bukit kiara sana. Senang je nak kesana, on GPS, set destinasi Pusat Sains. 


*yang dinosaurs kekecik tu ada boleh bergerak dan boleh di tunggang, bayaran tak pasti*

Pameran Dinosaurs ini berlangsung dari 1st may till 30th july, harga tiket termasuk dengan pameran ini adalah RM15 sahaja. Murah kan? ok tak mau cerita pasai pusat sains, nak cerita pasai dinosaurs je, ada dipamerkan beberapa patung robotik dinosaurs berskala sebenar yang bapak punya besar, patung tersebut bergerak geri gasing dan dilengkapi dengan bunyi mengaum yang kuat, kira dah abis real. Kalau bebudak masuk kompom ternganga nganga lalu menjerit ketakutan.


*trend bergambar terkini, kaki sebelah kene naik sikit (seolah tidak berpijak di bumi nyata)*

Dipameran ini juga disediakan beberapa petugas yang akan navigate dan memberi sedikit penerangan berkenaan pameran tersebut. Selain memberi penerangan juga boleh minta dorang snapkan gambar korang satu famili. Hebat bukan?

*oo rupanya Suu kyi pernah menang anugerah nobel jugak*

Kat luar terdapat wall yang besar memaparkan smua tokoh tokoh yang telah memenangi anugerah nobel. Banyak gila dan berbagai kategori ada.


*Kut kalau lah wujud buaya sebesar ini zaman sekarang, aku rasa, rumah pun dia boleh telan*

*macam lah bergambar dengan hello kitty*


*mengterai alatan muzik secara manual, konsep ini digunakan dalam music box*

Farid kata: act cool tapi tak cool mana. pelik?

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Anonymous said...

Bestnyer! jjln smbil tambah ilmu

farikh said...

yer benar tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis