Monday, May 28, 2012

Pi Taiping jalan jalan

PERINGATAN: Seperti biasa gambar adalah tonggang langgang. jadi faham faham sendiri

*Hentian Tapah, setelah berpuluh kali tgk iklan Baskin Robin yang kejam itu di kaca tv, akhirnya dapat makan jua*

Hari yang minggu yang lepas, kami kami sudah berplan plan jalan jalan ke Taiping sana. Hotel Flemington menjadi tempat kami berteduh. Gua sudah booked seawal Isnin lepas. Settle pembayaran, tiada apa yang perlu digusarkan. Kemal pula baru pulang dari Shanghai, jadi pandai pandailah menggunakan tenaga yang masih bersisa. 


*Udang besar nyorok bawah nasi, saje je tak mau tunjuk, nanti korang teliuq*

Sejurus habis waktu pejabat pada pukul 5 tajam terus membelah trafik menuju ke Taiping melalui Plaza tol Duta yang jammed macam hapa. Sampainya di Taiping pukul 11 mlm. Hotel tersebut sudah bekali kali talipon, dan gua naik rimas lalu gua suh kemal saja yang jawab kerana semasa memandu tidak di benarkan bercakap menggunakan talipon bimbit. Sekali lagi terima kasih pada Rosmah (GPS kete kemal) kerana berjaya mendrag kami melalui jalan lama dari Changkat Jering ke Taiping" lantak, janji sampai.



*Nasi lemak dengan ayam masak merah juga telor apa ntah*

Keesokkan harinya pagi pagi turun sarapan, oh yer, hotel ini didatangkan sekali dengan sarapan pagi. Banyak menu disediakan, dan pengunjung juga tidak lah sesak sesak seperti rakyat Ethopia yang kebuluran. Boleh makan dengan aman damai. Selesai makan pagi, pi Zoo taiping, letak nya ciput km je dari Flemington ini. Gua tak snap mana mana gambar, kamera tak bawak, jadi jalan dengan lenggang kangkung sahaja. lalalala sambil babai babai pada monyet.


*Ciken chop yang enak lalu terangsang utk memakannya*

Dari Zoo taiping terus pi Muzium Perak. Masuk percuma. Ramai juga rombongan sekolah. Bahagian bawah muzium ini telah di ubahsuai dengan lebih cantik dan penuh informasi. Keadaan juga selesa untuk berjalan didalam itu sambil menimba ilmu. Selesai dengan muzium tersebut dengan tiba tiba gua mau makan KFC. Set GPS ke KFC lah kita walaupun sejengkal, tetap kene guna GPS nanti kalau tak pusing pusing dalam oekan Taiping sampai Maghrib. Terima Kasih pada rosmah sekali lagi.


*Petang hari di Tasik Taiping yang tenang, aman damai lalu rasa nak tido saja di tepi tasik ini tapi takut nanti org tolak lalu terjatuh lalu lemas dalam tasik, maka tak jadi tido tepi tasik*

Lepas kenyang dengan ayam KFC didalam usus. Maka tido lah. Bangun tido dah dekat maghrib lalu belek belek menu room service. Nak makan ciken chop lah ngan coke float. Lalu call dan tempah. Sekejapan dah sampai lalu makan sambil tgk tv cerekarama, lakonan Yasmin, terpekik pekik kekdahnya berlakon. Kemal tak mo makan katanya. Tapi dia curik gua punya ciken chop juga wedges. Pastu macam nak lepak kat skybar di atas bumbung hotel berkenaan, tapi akan daya, dah kenyang, terus tido lagi. 


*Kucing paling hodoh pernah dilihat dengan mata kepala sendiri, sian rupanya setelah di awet*

Sedar sedar dah pagi, mandi manda terus pi makan sarapan. Pastu cek out lalu ke Mee Udang Makjah di Kuala Sepetang. Lalu makjah kata dia tak bukak lagi. Jadi jalan jalan lah dulu di hutan paya bakau. Trek pejalan kakinya jauh cam jalan dari KL- Nilai. Bapak la hai. Masuk kut lain, kluar kut lain, jadahnya. Mengah mengah nak patah balik, dengan kemal sokkk sekkk sokkk sekkk selsema.



*Samosa tu sedap, sangatttttt*

Dah puas maki maki sambil jalan dan penat, lalu ke Kedai makjah utk percubaan kali kedua, kali ini dah buka untuk perniagaan. Lepas dah order nasi grg udang spesel, lalu makan dengan dengan barbariannya (yakni makan dengan rakus) dan buat bayaran lalu pulang lah ke KL. 

Hah cerita sekali harung, abis satu seksaan. jadi boleh mula taip n3 yang lain. 

Farid kata: Dah abis load gambar baru pasan tak de muka aku. Tak pe lah nowdays dah kurang napsu nak letak muka sendiri. Muka pun camtu lah jugak, tak de apa yang ubah pon. 


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis