Thursday, July 26, 2012

Berbuka puasa di tanah tinggi Cameron, mampu?


Semalam gua ada terbaca iklan di dalam paper pasai kedai ini, yang di beri nama Cameron Valley. Kedai ini sudah pastinya asal dari Cameron dan bukan lah Cameroon. Jadi gua pewit sama Kemal mau pegi sini. Setelah meredah kesesakkan melampau dan menghambur kata kata kesat seperjalanan di sana, maka sampai la di Bangsar Village, tp kedai ini bukan lah di Bangsar Village yer rakan rakan, ianya terletak sebaris dengan Mekdi bangsar, jadinya gua jalan kaki je la menuju ke atas sikit.


Waiter kedai ini, bukan warga tempatan, jadinya jika mau ke sini, bersedia untuk spekang london, tak tau kalu pun tak pe, hanya perlu tunjuk tunjuk je pada menu yang diberi. Gua mengambil set untuk dua org yakni rm60. Ada beberapa course didalamnya. Jadi mai kita lihat apa yang gua pesani, ayuh mari

*Ini adalah teh ais vanilla, kemain menjulang jugnya*

*Ini pula meskot ngan kurma sbg bekalan di hari tua masa berbuka*


*Ini adalah salmon bersama caviar dan caeser salad yang enak lagi berkrim di sukai ramai. Serius salmon tu sedap sekali buk*


*Di atas papan ini pula di hidang samosa, karipap, udang atas roti, pastu pie telur kut dan apa ntah yang kaler coklat atas roti itu, rasanya pedas nak meninggal*


*Salah satu main dish nya adalah spagetti yang udang nya bisa menggatalkan mulut gue ini, rasa miang tak tentu hala*


*Main dish kedua adalah beef steak, yang so so je la, didatang dengan mash dan sayuran sikit*

*ok ini serious, kek ini mmg dah expired, tapi di sebabkan bulan ramadan, tak mo maki maki jadi gue membiarkan ianya terbaring kaku begitu sahaja, jikalau makan mau sakit perut lalu jatuh sakit lalu cuti sakit lalu kene marah ngan bos sbb tak mai kerja, jadi elakkan perkara begini berlaku*
Farid kata: Di akhir penceritaan saya tak sarankan anda anda semua ke kedai ini, kerana kualiti makananan nya agak pelik, ya mungkin kurang tepat dengan tekak gue ini ya. Selamat mencuba. *berlalu sambil hayun punggoq
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 23, 2012

Anggun- Berganti Hati




Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:
Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…



Farid kata: this is one good song, really good one


Tuesday, July 17, 2012

Shila Amzah- Dejavu




Shila Amzah – Déjà Vu ( OST Aku, Kau & Dia )


Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita



Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka



( Chorus )
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta



Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi



( Ulang chorus )



Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta



Lagu : Sharon Paul
Lirik : Imillya Irwani


Ulangtahun pekerjaan yang ke 12

17 Julai ini genaplah 12 tahun gua berkhidmat sama Bank Pusat ini, seselama doblas tahun ni juga banyak onak dan ranjau dilalui. Berbagai jenis orang gua temui. Ada yang muka baik mulut longkang, ada yang muka kejam, tapi hati baik dan berbagai bagai lagi.

Selama doblas tahun ini juga gua telah berkhidmat di tiga jabatan berlainan. Dari keje shift sampai la ke kerja ikot waktu pejabat. Semua dah rasa. Semua ada pahit maung nya. Demi sahaja mencari rezeki yang halal, bak kata kak tin, kita telan dan hadam sahaja la.

Ok gua tak mau cerita panjang lagi, nanti smua sejarah kurang enak kluar membuak lalu bisa mengguris hati beberapa pihak. Biar yang tak elok kita simpan dan dijadikan pengajaran.OK bai *sambil tiup lilin kat kek.

Farid kata: Smoga mendapat petunjuk untuk mengorak langkah dalam bidang lain pula. Insyaallah.

Paling enak di alam semesta



Last week gua ke pekan Tampin diatas beberapa urusan tak rasmi, lalu singgah lah makan di Kopitiam ke hapa ntah nama nya, ini adalah kali ke berapa ntah makan kat sini. Semuanya gara gara roti canai nya yang rangup tak terbendung enaknya. Pada lu orang yang ke pekan Tampin, singgah lah merasainya sebelum kopitiam itu melingkup, kerana setiap kali ke sana boleh di bilang dengan jari berapa org sahaja pelanggannya. 

Farid kata: Makan sekeping roti canai kene lari sejauh 5km utk pastikan segala kalori diguna pakai, kalau makan lebih dari itu, berlari sahaja lah balik ke KL dari Tampin, tak perlu menaiki sebarang kenderaan.

Thursday, July 12, 2012

T-ara feat Supernova : Time To Love


T-ara feat Supernova : Time To Love

Joheunsaram neoneun naege cheotsarang
Sarangeul gareuchyeo jun saram
Never forget you, I'll remember you
Gieokhae neo hanaman


Mari kita joli dengan voucher jutaan ringgit


Tajuk tak menahan, macamkan dapat voucher RM1.5juta. Ok seperti tahun tahun sbelumnya, berlangsungnya anugerah berita kijang. Semua penyumbang artikel dan mereka di belakang tabir pembikinan majalah ini di raikan. Disamping makan makan, mereka mereka ini jua diberikan sijil dan voucher membeli belah. Termasuk lah gua. Jadinya simpan sijil rapi rapi dan mari kita ke sogo lalu membeli kasut but hebat untuk di gayakan di Madrid nanti. Bai *sambil jalan lenggang menuju sogo

Farid kata: Mempersiapkan mental dan fizikal

Monday, July 9, 2012

Men's Spring/Summer 2013 overview

















Farid kata: Gua sanggup bertumbuk demi sahaja mendapat Sandal Gladiator Versace untuk musim kali ini! One more thing lu orang kene tgk show Dolce, ini kerana mereka mengguna lelaki tempatan sebagai model peragaan instead of model pro dan jalan mereka seperti charlie chaplin, serious memang kelakar.

Tuesday, July 3, 2012

Malaysia Airlines A380 inaugural flight


Sebagaimana sedia maklum, jika anda salah seorang peminat dan pemerhati dunia aviation di Malaysia ini, Malaysia airlines baru menerima pesawat Airbus A380 yang pertama, ianya salah sebuah dari enam pesawat yang dibeli oleh MAS. Bersempena itu. pada Ahad yang lepas, MAS telah melancarkan penerbangan sulung menggunakan pesawat penumpang terbesar ini ke destinasi utama nya, KUL - LHR (London, Heathrow Airport).


Sedikit informasi mengenai pesawat  MAS A380, mempunyai 8 tempat duduk berkelas pertama, 66 tempat duduk untuk kelas perniagaan dan 420 tempat duduk untuk kelas ekonomi. Menggunakan enjin Rolls Royce Trent 970, pesawat ini mampu membawa bahan api maksima sebanyak, 84,600 galon minyak. 


*Tiba di London*


Pada rancangan akan datang MAS akan menggunakan pesawat ini untuk perjalanan ke Sydney, Beijing dan Tokyo.

*Perbezaan diantara Airbus A380 dan Boeing 747*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis