Tuesday, November 20, 2012

Mari berjalan jalan tgk minatang sempena pesta cahaya

*makan jagung dalam bugee adalah trend masyarakat metropolitan*

Bersempena cuti deepavali itu hari, gua takde idea mau kemana, ingat mau duduk umah sahaja, tapi cam rasa nak berjalan, jadi kemanalah lagi selain ke Zoo Negara kesayangan hamba. Jadinya Phewit sama kemal jom pi zoo. Yer, gua adalah peminat setia zoo zoo di Malaysia. Lepas membeli tiket marilah kita menaik bugee, now days dah kene cas sebanyak rm3 seeorang. Katanya ia sudah di sub kan pada kompeni luar. Me okay with it. Bila kene bayar org tak ramai nak naik, bila orang ramai tak naik, jadi gua nak naik jadi selesa.

*Kasih mak pada anak zirafah, sayang betul kat anak dia, nampak tak? tak nampak?  nmpk sangat lu orang tak sayang mak lu orang*

Yer gua adalah pemalas berjalan kaki, jadi mari naik bugee itu, sambil jalan sambil snap, walaupun dah berbelas kali kesini, keterejuaan mengunjungi zoo negara ini tidak pernah luntur walau sedikit pun nya. Nikon 1 gua ini adalah sedikit kesialan*termencarut pula*, dimana agak kepayahan mahu mensenap gambar sambil bergerak. Padan muka kau farikh, nak sangat stylish, terima lah padahnya. Tapi ianya ringan. *nak jugak bela diri

*Bontot gajah*

*nama hanjeng laut ini adalah Bad dan cikgunya Mr J*

Pukul 11am ada pertunjukkan minatang. Ada burung, hanjeng laut, burung bangau botak dan bermacam macam lagi. Punyalah semangat, gua ngan kemal duduk antara barisan hadapan. Macamkan kanak kanak. Cuaca adalah panas tahap duduk dalam microwave dimana sekentut angin pun tiada. 

*bangau botak ini adalah ganas*

*Binturung yang seram tapi baik hati, tak jahat macam kau*

*Ini kawan Bad, tapi dah lupa apa ke namanya, ianya adalah lebih besar dari Bad dan ianya tiada pertalian darah dengan Bad*
*Minah yang depan tu adalah pengacara majlis*


*macam akuarium kat umah*

Pastu masuk la ke akuarium Tunku Abdul Rahman, kelas ke tidak nama diberi?. Semua pun adalah ikan ikanan didalam ini. Yang bestnya kebanyakkan adalah ikan ikan sungai. Bukan selalu dapat tgk ikan ikanan sungai bersaiz jumbo. 

*kerapu ke merapu?*

*sayang betul mak badak kat anak dia, nampak tak? tak nampak? sah lu orang  kurang kasih sayang*


Lepas tu terus pegi makan, ater dah tgh hari rembang tak bermakan lagi, walhal pagi dah makan western breakfast pula itunya. Nasik goreng adalah tidak sedap, tapi desebabkan kelaparan macam badak sumbu, ku telan jua akhirnya.

*posisi tayang ketiak*

Usai makan terus berlari lari akibat hujan sudah mula menurun. Pastu beratur dalam hujan smata mata nak membayar parking. Pihak pengurusan tolonglah bikin bumbung, kasihan pada para pengunjung beratur dalam panas terik menteri juga kebasahan dalam kehujanan. Pastu tetiba terus rasa nak balik PD walhal esoknya kerja, apa kisah PD pun dekat. Dah tu je. Terima Kasih kerana membaca. *Tak ada seni penulisan langsung ending nya*

Farid kata: Percubaan anda tidak berjaya, sila cuba lagi.


4 comments:

Anonymous said...

ahahahaha...caption xley blah... erk yg badak tuh mcm nk mngawan je :P

farikh said...

badak mengawan? kekekeke

NaharTinie said...

kau mesti penah besfren dgn badak sumbu, hinggakan kau tahu dia kelaparan gimana...

ok cuba lagi.

farikh said...

Me and badak sumbu is bff yo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis