Friday, March 29, 2013

Kisah rabun dan mamak



Itu hari gua pegi makan kat Gloria Jeans ngan nok gemok, pastu dah sampai kat kaunter nak order lah, terkial kial kau jadinya. Gara gara tak mo pakai spek, tak nampak plak menu nya. Pastu bila aku mintak buku menu kat waiter kat situ, dia pulak terkial, ke tak faham aku cakap melayu ke apa ke ntah, tapi rupa dia adalah seperti melayu. Mana mungkin dia tak faham bahasa kebangsaan.



Last last order air perisa mangga, nama spesifik tak dapat dikenal pasti sbb nok gemok yang tak rabun tu pun tak leh harap sangat. Pastu makan order ciken apa ntah tak ingat jugak apa namanya. Dah makan pompang itu ini, pindah duduk luar plak, merokok la. Pastu balik. Oh for those yang kerja sebumbung ngan gua, kalau kita kita ni pi Gloria ari isnin kita akan mendapat diskaun istimewa ya! ari senin sahaja yo.



Hari apa ntah ada pi Sg Wang, tujuan nya wan pilus nak beli thumb drive. Sally ngan nok gemok pun ikot juga pastu singgah kat Q Bistro nak makan, rasa cam baru bukak. Pastu gua order la Nan tandori ngan teh ais, skali sampai teh o ais, hoi mamak ko kenapa?! rerupanya dia bantai order set yang siap pilihan air teh o ais atau pun sirap. Gua tabah menghadapi hari mendatang. 


Lepas kuyup kene hujan pastu mandi dan rasa hebat.

Farid kata: Sudah Jumaat! yahooo nak pi jalan

Thursday, March 28, 2013

Maksud Wordless Wednesday

Setiap hari  Rabu rata rata blogger akan pilih gambar terbaik dan post sebagai Wordless Wednesday. Gua ada la jenguk few blogs with this kind of entry. Ada gambar menarik, ada gambar sedey ada gambar pokok bagai.

Tapi tahukah wahai para blogger yang ku sayangi sekalian, perkataan wordless itu sendiri menggambar yang entry atau gambar yang anda post sepatutnya tiada sepatah pun perkataan? no caption, no nota kaki, nota lutut, nota dagu bagai segala, hanya gambar sahaja.

Dipetik dari wiki answer:

"On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description."


So mari lah kita post gambar tanpa sepatah haram perkataan, biarkan gambar menerangkan segalanya yo.

Farid kata: Yang penting hepi




Wednesday, March 27, 2013

Word speak loudly 2


Memula nak cerita pasal Amni sakit mata, pastu nak cerita pasal pegi melaka pastu pasal minum petang


*Sebelah tangan pak long pegang amni, sbelah lagi pegang kamera, ok gigil*

Last week balik pd, lama gila tak jumpa ngan amni ngan ikhwan. walhal baru brapa minggu je. Ikhwan baru elok sakit mata, amni ngan mak gua plak sakit mata. adui. Mak gua kehulu hilir pakai sunglases. Glamer la, tapi Amni terkedip kedip tahan gatal. Siannya, tapi yang baiknya Amni tak nanges sikit pon. Good girl, sayang Amni.


Satu satunya adik pompuan gua, pengurus pemasaran katanya

Pastu gua cuti hari Isnin. Jadi koling Kemal nak pi meronda Melaka. Adik pasti la tak mo tinggal nak jugak ngekor. Sesampai Dataran Pahlawan, teruih pi GSC, Kemal nak tgk Jack the giant slander, tapi tayangan dah lepas pula. Jadi meh tgk The Croods, lumayan ceritanya. Next entri gua kasi review. Pastu pi makan Mekdi, lunch express katanya. 


Tunggu je la dengan sabar 

Pastu keluar wayang adik dak loncat loncat nak buat kuku plak la hai. Org pompuan mmg banyak benda nak buat ek ? set rambut la, cantikkan kuku la, Kemal lak pi urut kaki thai katanya. Gua tak mo urut, geli oooo orang pegang kaki, kang mau gua ter terajang tukang urut tu. Ahso yang bikin kuku adik ni ada expert laju ooooo nak cat 3 layer sekelip mata. Cam mejik, sekejapan terus cantik cam kuku diraja. Diraja kata kau. Tapi mmg cantik la. Ya la org jantan kuku cam kontraktor, mana nak rias rias kuku bagai ni. 



Dah selesai adik cantikkan kuku, kemal dah selesai urut kaki thai nya, apa lagi minum petang la plak. Ini kali kemal banjer. Pasti la demand yang tidak tidak, say no to mamak. Lol. Eh sbelum tu gua ronda FOS mencari suar pendek nak treking, tapi tak jumpa. Beli tshirt je. Nak masuk hutan pon nak lawa lawa.  Ok pastu balik.


*Mak datuk macam makan kenduri, sabar oi sabar*

Farid kata: Take me down like i'm domino. Eh tertulis bahasa inggeris pula. m sorry

Tuesday, March 26, 2013

Pakcik yang dipersimpangan dilema, tapi pakcik bukan Nora la

Apabila pakcik....
Tulis panjang lebar macam karangan SPM, korang kata pakcik suka ngarut imaginasi tinggi. Membebel tak tentu hala. Walaupun pakcik perah idea bagai nak gila ni tulis kasi hasil penulisan mantap bagai buku teks sastera. Tapi ujung ujung pakcik kene hanjen gak, korang kata pakcik lepas gian nak tulis karangan SPM, sbb dulu pakcik tak berapa nak score sangat masa periksa dulu.

Apabila pakcik....
Letak gambar berderet deret, dah upama album kahwen ni. Pecah pala, berpeluh peluh memilih gambar berkualitas tahap tahap gambar kaver majalah Nat Geo. Dalam folder ada tujuh puluh gambar, pakcik pilih 64 keping nak dimuatkan dalam blog pakcik, 4 gambar pakcik buang tak mau pilih. Ujung ujung pakcik kene hanjen gak kata mana cerita nya?! gambar je dari mula sampai abis. Pakcik dituduh pemalas nak menaip.

Apabila pakcik....
Mix mix kan gambar dengan cerita, konon satu gambar cukup nak menggambar suasana yang di lalui. Nak memberi gambaran pada pembaca pakcik. Satu gambar, satu caption yang pakcik taip dengan penuh penelitian dan mantap bagai nak gila ni, ujung ujung pakcik kene hanjen gak, kata pakcik bikin entri lepaskan batuk ditangga je, buat cukup syarat konon blog update hari hari. Pakcik update blog seminggu skali saja sebenarnya.

Apabila pakcik....
Pakcik coba la tulis dalam english, konon macam mat saleh, blog canggih ni tulis English. Mana mana perkataan pakcik tak paham, pakcik try google translate, kalau tak keluar juga (ya la google translate tu bukan kamus dewan bahasa) pakcik dengan rendah hati tulis sikit bahasa melayu. Ujung ujung pakcik kene hanjen gak korang kata pakcik rusak kan bahasa. Terhasil bahasa rojak pulak. Pakcik nanges sambil ketuk ketuk kibod, kecewa punya pasal, nampak sangat lemah bahasa inggeris.

Apabila pakcik....
Mula tukar kata ganti diri dari aku ke saya, dari saya ke gua. Dalam niat hati pakcik yang tua ni dapatlah jadi muda, ala ala mat rempit. Niat murni campur campur dengan berangan muda. Ujung ujung pakcik kene hanjen gak, kata penulisan pakcik dah berubah, semacam pelik nak pakai gua gua ni. Mat pet ke pakcik ni?!

Apabila pakcik....
Tulis english, pakcik tak pandai nak buat lawak. Ya la pakcik skola melayu, ajar English dalam buku teks mana ada cara nak buat lawak. Pakcik cuba tengok, sitcom English, pakcik sendiri tak paham apa lawak yang cuba disampai kan. Pakcik putus asa la. Rasa nak tukar tajuk blog Gentlemen Maharaja Lawak Club, tapi pakcik rasa canggung. Ujung ujung pakcik kene hanjen, katanya blog pakcik dah tak lawak macam dulu. Sumpah sebelum ni tak de plak reader kata baca blog pakcik ketawa sampai terkencing.

Apabila pakcik....
Letak link download mp3, walaupun pakcik tua, tapi pakcik suka benar dengar lagu yang grovy grovy ni. Berangan muda belia, tapi pakcik tua ni, pakcik pedulik apa. Pakcik letak link supaya kalau korang suka dengar lagu tersebut, korang klik link tu terus download, tak payah susah payah cam pakcik nak google siang malam cari lagu free. Ujung ujung pakcik kene hanjen, katanya "pegi kau orang tua keje di MTV sana".

Ujung ujung tukar jadi hanjen, pakcik nyalak, pakcik kejar orang ramai. Pakcik main lari lari tepi jalan, pakcik dah tak update blog. Sian pakcik. Dan korang hanjen kan pakcik jugak sbb dah bertahun pakcik tak update blog. Hanjen katanya mana tau nak menaip.


Its a very very very long weekdays u know



Zairul tgh test camera, nothing to do with astro punya casting ya, don't get me wrong.

Actually last week its a very long weekdays, for the whole weekend its about briefing and briefing and yet briefing lagi. Yang penting happy!

Cermin?! ya la masa tu sbb rambut panjang kene slalu tgk cermin supaya memastikan tidak berupa orang gila.

And yet its about briefing again, this is last day. hallo hallo testing testing 1 2 3 

Seriously ini adalah nasi beriyani yang paling hebat, bukan sbb nasi tapi sbb ayam bakar madunya. fuuuuuu hebat. Makan sambil menangis nangis tersedu sedu terharu.


Tak tau ada kampung seperti ini wujud?! taken from nok fon. Cam rasa bersalah nak menyebutnya.


Thanx to kak mazni sbb belanja this pie, dan gua don't have any idea apakah nama pie ini. Ada pisang dalam ini dan manis nya "manis nya senyuman mu" bak kata kumpulan Elite, serious memang manis.

Farid kata: Weekend tracking yahooo!!

Wednesday, March 20, 2013

Oz yang tak berapa nak Oz sangat


Ok ini kali nak review pasal wayang yang ditonton last weekend.

Memula adalah nak menonton Jack and the giant slayer, tapi tayangan dah terlepas, dah la tak banyak plak tanyangan nya satu hari mungkin cerita dah lama. Ok so pilih punya pilih tgk la OZ the great and powerful ini.  Ok menengokkan barisan pelakon yang haibat haibat, dengan penuh keyakinan ingin menontonnya. 

Cerita bukan la berkisarkan pasal dorothy, tin man dengan singa itu seperti didalam wizard of oz, tapi ini lebih kepada asal usul Oz itu sendiri. James Franco membawakan watak Oscar Diggs, Mila Kunis as Theodora, Ranchel Weisz as Evanora dan Ranchel Michelle Williams as Glinda. Cerita bermula dengan Oscar yang seorang magician, telah ditelan puting beliung lalu sampai la ke Land of Oz dan bertemu dengan Theodora lalu terjatuh cinta monyet. Kakak Theodora yakni si Evanora adalah penasihat diraja katanya. Mereka di Land of Oz telah mendapat ramalan adalah akan tiba seorang Wizard ke Land of Oz lalu menyelamat negara itu dari tangan wicked witch. Memula adik beradik pompuan ni duk kata Glinda adalah wicked witch nya, ujung ujung mereka sendiri yang jahat. Oscar telah pi ke Dark forest dengan niat akan mematahkan wand si wicked witch, dalam perjalanan beliau terjumpa dengan living china doll yakni seorang anak patung bernyawa di perbuat dari porcelin, dan Oscar juga mempunyai seekor monyer berkepak sebagai pembantu. 

Dah hampir hampir nak mematah kan tongkat sakti si Wicked witch rerupanya ia adalah Glinda, yakni si anak Raja yang memerintah Emerald City. Jadi Glinda adalah baik, dan Theodora sudah patah hati sbb Oscar sudah cam suka sama Glinda plak. Lalu Evanora telah menjampikan sebiji epal lalu diberi makan pada Theodora dan bertukar menjadi witch yang hijau dan hodoh. 

Hui pening nak taip oi, pastu mereka pon berperang demi sahaja merebut Emerald City dan menjadi raja. Tang perang gua tak larat nak tulis, lu orang kene tonton la sendiri, panjang cerita nya.

Ini adalah cerita fantasi, takde adegan cam tembak menembak guna pistol ke apa lagipon ini adalah terbitan Disney jadi amat bersesuaian dengan anak anak. As for me adalah lil bit hampa, sbb cerita nya adalah biasa sahaja je pon, atau lebih best tgk kat dvd sahaja la. Cuma dari segi grafik nya adalah cantik, lagi cantik kalau ditonton 3D. 

Jadi pada yang berminat dengan cerita fantasy fantasy ada unicorn, rainbow, ni sesuai la tonton. Pada yang minat cerita cerita ganas ke atau yang serius serius ke ini adalah bukan filem anda. Dah tu je. Ok bye

Farid kata: Kemal duk sebut Jack and the giant slander?! bermaksud Jack dan penfitnah gergasi?! oo mai

Tuesday, March 19, 2013

A remembered weekend



Not so pretty hotdog, put a lot of onion and mustard plus ketchup wahaha

Ok this is weekend punya story. So only sunday is available to settledown everything. Pagi pagi tuju ke the curve dengan niat mencatas rambut yang panjang ini. And yes ini cerita bebetul bukan memain. Sebelum ke the curve wajiblah sarapan dulu, memula sarapan di kedai bawah rumah gua saja, tak sedap langsung, then bila sampai ikea, makan lagi lol hotdog pula. 


Last pica before cut it off

Memula tu heading to regular salon la, disebabkan Elly sudah tiada dan dah pulang ke Labuan, makanya gua tak buat any appointment pon, and guess what, jam menunjukkan 10am, tapi tukang gunting kata pukul 12pm baru available, so tak mau membuang masa, gua decide to try another salon la. It was Hairkunst di the curve. it was a good salon. Even tukang gunting pun adalah nice. Penuh penerangan dan cara cara mau styling after dah potong pendek nanti. Nice!

Tukang gunting : betul ke farid nak gunting rambut yang panjang ni?
me: ya la, why?
Tukang gunting: cam sayang la plak, misti lama simpan to get this long
me: err jangan buat saya rasa serba salah, cut it lol
Tukang gunting: ok ok

This guy kinda funny guy la, insyaallah gua akan make an appointment with him in the future.


And the result is:

Then setelah menjanggalkan rambut sendiri, so Kemal sudah tunggu di neaby kopitiam. Sedang berminum minum. Then pergi pula ke cineleisure untuk dapatkan tiket wayang. Cerita yang ditonton will be preview later ya.


Kat bawah bahagian e@curve tu ada jualan makanan korea la kot, then saw this gigantic Pepero dan terus ingat kak tin, ya la kak tin dan pepero tidak dapat dipisahkan. Niat lepas tonton akan pergi membeli tapi gua sudah lupa akibat dari kekangan umur ingatan semakin kurang cekap.



Pastu nak pegi kat kereta tetiba teringat kedai Bata. And yes its Bata. Nothing wrong wearing bata la. Like before gua ada dengar orang cakap "hah?! farid wearing Bata?! wtf wtf" oo mai as i said nothing wrong with Bata la. Its comfy plus affordable lagi. U guys shud try.

This is not klinik for kaki

Sebelum pulang, singgah mahbub nak makan sbb dari tgh ari tak makan, then me ask for mee goreng tak mau pedas, and guess what that mamak bagi mee goreng untuk orang sakit, adoi. Nvrmind just ate la farid. No complaint needed.

Since last few week gua ada masalah kuit kepala, belah tepi sideburn, its not itchy plus tak sakit pun, but that skin area rasa macam buruk lol. So heading to medicare pula. Then doc said:

Doc: evening encik farid, how do u feel today?
Me: not so good la doc
Doc: what happen then?
Me: got this kinda skin prob
Doc: let me see, oooo u must be stress alot lately kan?
Me: Stress?! don't think so
Doc: Or this is kinda infection or allergy thingy
Me: err err err
Doc: I gave u this cream plus few tablet la *sambil letak stetoskop kat dada gua
Me: Ok ok ok ok ok ok ok

Less then a minute dah keluar dari bilik doc?! Kemal was like what the tut tut so fast maaa. i just laugh.

Farid kata: Too young too dumb to realize


Monday, March 18, 2013

This is not railway station


awesomeness mee rebus yang tiada tandingan.

Malam jumaat yang lepas, me, kemal, maya ngan zalmi berperancangan makan satey. Ya la gua mana pernah sampai satey station #lame. So kesana lah kita, thought jalan adalah susah, rupanya kacang je pon. Selesai maghrib terus gerak pi sana. Parking adalah mencabar jua, tapi no worries sbb ada pakcik yang jaga then he will instruct la nak park di mana. Good job pakcik.


Mereka ada share mee rebus dan tengah take turn la ni kot.

Knowing nama pun satey station takkan menjual nasi padang pula, so makan satey then plus this awesome mee rubus, pedas wooo. But the satey seriously gonna kill you, sedap tak terampun. Tapi drinks bit pricey la and yet still affordable. 

Whoa pica yang look way more creepy la, damn u iphone

Makan makan pompang itu ini, tgk video kat ipad, bincang nak jalan jalan melancong segala, pastu sendawa few time then smoking lagi, then Maya sopiah pergi menyelesaikan bil. Hehe thanx to her sbb belanja. Dah tu je. Kalau lu orang ada masa terluang boleh la lawat Satey Station ini. byebye

Farid kata: Kumpul duit nak beli jaket tebal tebal sebanyak enam helai

Sunday, March 17, 2013

Bruno Mars- When i was your man


Bruno Mars 
When i was your man



It all just sounds like oooooh…
Mmm, too young, too dumb to realize
That I should have bought you flowers
And held your hand
Should have gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party
Cause all you wanted to do was dance
Now my baby's dancing
But she's dancing with another man




Farid kata: i was listening to this like a zillion time repeated, damn its a really really good song



Thursday, March 14, 2013

Angkara siapa?

Pada suatu pagi yang hening hening sikit, gua pi keje naik lrt. masuk lrt port tepi pintu dengan harapan senang nak lompat kluar bila dah sampai stesen yang ditujui. Gua menaikinya dari Bangsar jadi dua stesen je pun nak sampai ke Masjid jamek kan, pastu sampai la kat kl Sentral, berpusu orang naik, maklum la kan, yang dari komuter bagai sambung naik lrt kan. Pastu ada sorang bangla ni duk port depan muka aku, ko dah kenapa bangla?!. Tak pe la, mula duk semat dalam hati lrt ni bukan gua punya, so lu nak berdiri kat mana pon lantak la. Selang 30 saat pertama ok lagi, bila dah nak dekat seminit, rasa cam ada bau kelat. cis bau gamat expired pon ada. Mual mual pula pastu, ishk. Yer smua pun maklum bangla mmg terkenal ngan bau gamatnya. So sebelum gua rebah, baik gua beralih tempat lalu berdiri di tengah tengah tiang itu. Pintu bukak terus gua lari laju laju keluar menyelamatkan diri.

Pastu balik pula, gua balik agak lewat, so cam rilek rilek je la naik lrt. dah tak ramai dan menyesak sangat pun. sampai masjid jamek cam biasa tukar la naik putra plak. Pastu tren sampai port biasa la tepi pintu. Dan untuk kali kedua berturut turut, bau gamat muncul lagi. Apa ke berhantunya tren ini ke camna?!toleh kiri kanan cari bangla yang bertanggung jawab ke atas bau gamat itu. Tapi tak de pula bangla nya, cis mmg berhantu. Tapi bila pikir pikir balik ada sorang mat saleh, agak cam umur 40an duk posing baik punya sambil tangan keatas memegang tiang paras atas kepala. Tidak syak lagi, mesti bau gamat ni mai dari dia ini. Eh tak mustahil okay mat saleh berbau gamat. Mat saleh juga manusia biasa. So tak lari dengan bau gamat. Pintu terbuka kat stesen Bangsar, gua keluar sambil geleng geleng kepala.

Ok dah tu je cerita gua yang dihantui bau gamat. Harus diingat ye walaupun bangla begitu sinonim dengan bau gamat, mat saleh juga ada kemungkinan menghasilkan bau gamat ini. Dan fyi yer hidung saya sangat peka dengan keadaan sekeliling and yes saya selalu recognize orang berdasarkan bau mereka. Sekian terima kasih.

Farid kata: bau epal merah adalah harum seharumnya.

Tuesday, March 12, 2013

Doodles Sticker, yes it is




Long long time ago, gua ada blog walking, jalan punya jalan sekali tersinggah satu blog ini. belek punya belek  wahhhh cantiknya lukisannya. Pastu belek lagi wahhh ada jual stickers pula. Serious cantik benar. 

Jadi "what u waitin' for" bak kata mis nina, ayuh mari kita order. Harganya amatlah berpatutan. 
Jika kamu dan kamu juga berminat boleh ke blog cantik ini: www.azreenchan.com



Farid kata: hobi baru yakni kumpul stickers, it was like so primary school punya zaman kan?

Monday, March 11, 2013

Perempuan terbang hinggap di jendela, nenek sudah tua, giginya tinggal dua, tapi bukan nenek la yang terbang.



"Gigi bawah saya adalah tidak rata" kata farid dengan gaya rambutnya yang macam hapa hapa tu

Last week pergi Tampin, keluar rumah pukul 7 pagi, bangun pukul 6, like macam nak pegi keje. Damn sleepy, tapi tak kira nak pegi jugak.

Trend terkini, bawak bakul ganti kan enbeg berjenama. Freaking out tgk rambut sendiri.

So pagi pagi dengan kemal menemani maknya ke pasar, actually kami lepak kopitiam membedal roti canai dan hanya mak kemal je ke pasar, tp saya tolong bawak bakul : P

Cuba teka Kemal tgh buat apa? Halau musang? Cari Jarum mas? Selamat kan anak monyet? dia adalah mengalihkan kayu dari tgh jalan, gua malas pasal tu duduk dalam kete (kantoi sticker P sebesar alam kat cermin)

On the way balik ke KL makan biskut, heaven gila rasanya. Sbb gua dah skip lunch. eee nampak aurat

Pastu tgh tgh highway tetiba rasa dah lama tak balik PD, so nak pegi PD lah. Lagipun papan tanda elektronik menunjukkan jalan jammed sepanjang 3 kilo di Seremban menghala ke Nilai gara gara eksiden. So takut terperangkap, jadi balik PD. Alasan kukuh.


Pastu malam nak pegi makan, yer walaupun gua mengskip makan malam tapi akhirnya tewas. Tak tahan tgk Chicken gordon blue ni. Tapi kenapa ada word "blue"? tak de pula kenampakkan kaler birunya?! ke sbb nak kasik sebab menyebut nya?! tapi nak sebut nya macam panjang la pula?! #shutupfarid. Masa tgh makan gua gitau mama, gua nak pi Treking lalu akan bermalam di tanah tinggi, pastu apak gua cerita kisah hantu pada kemal, gua pura pura cam tak takut pun, walhal dalam hati dah macam apa ntah takutnya. Pada Geng Lanun yang nak pi treking nanti, gua janji gua tak cerita, balik dari treking baru gua cerita kisah hantu pompuan terbang duduk di tingkap tau.

Farid kata: Hantu tu nyanyi lagu jong jong inai mak ipung raja gopal.

Friday, March 8, 2013

Boncetness is what i am



For the past few days, gua bermakan makan petang bersama Norin Nor, so rasa perut ini kempis sbb malam tak makan. Konon konon macam tak buncit but still buncit juga. Wtf. Pegi gym la farid thats the only way to get rid ur boncetness. Gym?! Never. Bukan nak masuk majalah mangga pon.


This is Chicken Stragonof, jangan tanya apa maksud mendalamnya. Bagi gua ini adalah ayam perisa kurma. Way so kampung. Kurma kerbau sedap kan?! 

Wednesday, had a subway sandwich dengan Nok, di sebabkan tak pakai glasses jadi tak nampak menu yang dipaparkan, jadi mari kita order ikut apa yang masih ada di benak. Subway melts! tu je yang gua ingat. Believe it or not, gua hanya having this sandwich for the whole day, after lunch didn't eat anything and obviously doesn't give any effect pon. #CheapThrill

Thursday, having nasi jagung which is harga macam mahal. Dan gua rasa that dalca shud be dalam mangkuk, tapi sebaliknya di curah begitu, me don't like nasi dibanjiri dengan kuah kuah begitu. Oh one more thing i don't even like nasi yang keras macam beras dia sebutir sebutir, suka lagi nasi lembik #majorweirdo


Camwhore dengan retarded leg, say hi to him!.
Sudahnya entri ni cerita bout makan saja. M sorry, can't stop talking bout makanan lately ni. 


Meet my Yiuna, later nak beli bow tie pakaikan kat Nicola Pink flamingo pula. 

Thats it, dah tak tau nak taip apa. Fokus pada weekend, badan nak roboh kerja 12jam sehari. Time break urgently needed. Nak cut my hair, nak tgk movie, nak lepak mamak tu je.

Farid kata: Getting married and get a new car, fokus, fokus, fokus

Tuesday, March 5, 2013

Ikan siakap perisa kari

Malam minggu yang lepas gua adalah ke Ulu Langat, sempena apa? sempena makan makan sahaja. Auntie gua ada terbaca lam paper, paper mana gua tak ingat, berita berkenaan kedai makan yang menyajikan masakan cina muslim. Jadi setelah selesai bertugas mari balik rumah, bersiap siaga ke Langat bt 9 lah kita.

*tahan napas, kaver perut moncet. kiri adalah amirul dan kanan adalah tokmok*
Kedai makan ini adalah biasa biasa dan gua adalah tidak teringat pula namanya. Tapi makanan juga adalah sedap. Tip pabila pertama kali mengunjungi kedai yang tak pernah dilawati adalah "Menu apa yang glamer kat sini?" ataupun "Selalu orang mai sini order apa?". Dengan pertanyaan itu terhasil lah ikan siakap masak apa ntah yang berperisa seperti kari, tapi enak. Ya la slalu pun balik balik tiga rasa, stim kukus grill panggang kukus grill panggang. Boring kot.

*Ini adalah auntie gua, suaminya tak terlihat dek kamera pula, nampak tangan sahaja*
Makanan lain yang dipesan adalah telur bistik, sotong tepung, tomyam dan ikan kembung dan selar yang dibakar (serius ikan bakar mmg enak).

*Aiman yang seperti tak berkesudahan dengan tab nya, sudah sudah la tu man, bebawak istigfar*
Last but not least rerupanya tokei kedai makan ini adalah member auntie gua. Bersalam salaman upama hari raya aidilfitri lah sudahnya. Lalu balik dan gua adalah menggelupur mencari getah rambut sbb dah rimas rambut cocok mata dan menyukarkan proses pemakanan sebab rambut masuk lam nasi. dah tu je an nyong good bye adios

Farid kata: Fokus farid fokus

Saturday, March 2, 2013

Brisk Weekend



*toilet?! yeah its toilet laaa*

Saturday, and i'm in office. Nothing much u can do here. Hopefully not Sunday. Wah keep smiling pretend there's nothing happen? Ya lorh happy then smile la.


Few day's back, goin' to a toy shop, and fish helicopter? Wth, and it's Nemo?! This shop got tons and tons of toys, but i'm sure it is not like toys r us, nothing can beat toys r us. Sally bought this tiny helicopter and obviously not this nemo thingy la. It is like miniature as for me way too expensive. Nevertheless sally kaya.


*I laugh so hardly when it comes to that nose part, seriously no nose filling pls*
Last week kak farah did notice me bout this app, iMadeFace. kinda apps that can create ur face into this type cartoonish thing. I thought that this app work after u import ur photos then turn it magically, unluckily its NOT. Lol. U have to choose gazillion type of hair, face shape, eye brow and many thing then put it together and wallah it turn into ur face, not exactly perfect but nearly seem look like. This apps is free.  Ps: Alex said "that pics look like u maa" err hello for sure la look like me lol

Farid kata: A guy with girly butt?! damn its funny
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis