Monday, February 24, 2014

Ke Bandung kita mas 1 : Mari terbang


*sehari sebelum pegi, tgk laporan kaji cuaca, berkabus katanya*

Tanggal seluar 19 Feb itu hari, gue ke Bandung. Tetiba cam tak tau nak memulakan entri ni gimana. Err itu hari gue bandung, ngan kemal, adik, ateh, uda dan tasya. Tujuan nya pasti la nona nona ni nak berbelanja, yang pria pria ni tujuan nya menemani sahaja. Gue mmg tak bajet la nak membeli belah, pegi pon bawak rm400 je. takde la beribu ribu lemon naw.

*Menunggu adik cek in beg plak*

Naik flight indon airasia. Flight cam memenuh. Pastu takde la delayed ke apa, smua okay je. Cuma kan, nowdays, walaupun seat ko bernombor, tapi harus berjaga jaga juga sbb ada je umat nak curik seat ko, cam adik kene masa flight balik. Apa ni uolls, tukar tukar seat, nanti kalau kapal tu terhempas, tak jumpa mayat korang. *matikla duk pikir pesawat terhempas sudahnya.

*First taim melantak dalam flight airasia, sbelum ni tak heran pon*

Tadi pagi ada makan bakso kat pekan pd, pastu dah kelaparan, jadi berangan duk order nasik lemak la apa la dalam flight, ujung ujung smua abis, tinggal sandwich ni je, Filepe si crew nya sibuk la suh amek ni sedap la, lazat la apa la. Yer la yer la kuk tibai jua, kata lapar kan.

*Model sandwich katanya*

*kemal punya ayam apa ntah, cam sedey je rupanya*

*Disebabkan ada satu je landasan, jadik kapal terbang tibai uturn tgh tgh alam camni, kat indon, smua pon boleh*

Ngam dua jam sampai la kat airport Bandung, yer kau, airportnya sempit cam tehapa. Pastu dah tak tau nak nunggu supirnya kat mana. Kol punya kol ujung ujung supir lambat, macet katanya, bersabar farid, jangan nak amukkan sangat, kau kat negara orang ni, jangan macam macam.

*bergambar dengan kelajuan cahaya sbelum kene halau (Dari kiri, Tasya, Kemal, Uda, Adik, Ateh) Payit manjola takde lam gambo*

Dalam lima belas ke sengah jam camtu sampai la supirnya yang termengah mengah, dia bantai tunggu kat dalam plak, walhal kami kami ni smua kat luar airport dah, tak pe la, janji berjumpaan. Jadi pegi makan lah kita. Oh waktu di Bandung cepat sejam dari mesia, keadaan nya pon cepat gelap banding mesia. 

Sambung..

Farid kata: Nak pegi Bali nak pegi Bali

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis