*muka teruja lah sangat nak dapat naik kapal katanya*
Ok memula cam nak balik terus ke hotel. Sbb punyalah penat kene jemur bagai smua. Ikuti perbualan tiga ketul dalam kete:
Kemal: yit tadi aku ada nampak ada kapal perang kat tepi waterfront tu
Adik: aa ah aku pun nampak gak
Payit: ada ke? aku nampak kapal hangkut pasir ada la
Adik: ko ni long, ada la kitaorang nampak tadi
Kemal: eh jom la naik nak tak
Payit: hey takkan nak naik kapal hangkut pasir tu pasaipa, bukan ada pebenda pon
Adik: gila kau nak naik kapal pasir nak buat apa, kitaorang ni cakap nak naik kapal perang tu
Kemal: ntah nya ko ni yit
Payit: ok ok fine, kalau tak boleh naik kapal perang tu, aku nak korang dua orang panjang naik kapal pasir tu
Skali telahan payit adalah salah, mmg ada kau, kapal perang kat situ, dan paling malang sekali, boleh plak masuk melawat dalam tu, cisssssssssssssssssssssssssss payit tewas
Masuk sorang RM12, bebudak tak tau lak brapa. Gue saspek nama kapal ni Rahmat, gue saspek je la sbb kat tiket tu terpampang kan. Ada sorang mamat ni jadi Tourist guide kami, memula gue ngan kemal duk panggil dia abang. Skali dia bersuara, "korang jangan la panggil abang, aku muda lagi" ek eh, dah rupa paras ko upama pokcik, gue panggil la abang, lenkali kali nak dipanggil adik, ko sila boh bedak banyak banyak.
*camna la agaknya kalau kelasi nya tinggi cam kate moss nak berlari lari di lorong ini? sangkut kepala*
Jadi dalam ni korang bebas la nak kemana mana, melainkan tempat yang sudah ditanda kata bahaya tu, tak yah la mencari pasal nak jugak masuk. Dalam ni kira smua komplit, ada dobi, dapur, bilik air, tempat tido, tempat meeting bagai segala. Oh dan budak guide ni kata, ada juga aktibiti tido lam kapal. Tapi kalau tanya gue, pasti la tak mau. Kot la tgh tido tetiba kene cekik ngan hantu kelasi ke apa, ishk takut la.
*Jamban*
Pada mulanya kapal ini dibeli oleh seorang cina untuk dijadikan tempat lepak lepak minum mabuk, pastu tak laku lak, gamaknya kat lumut takde orang nak mabuk mabuk. so ujung ujung kapal ni bertukau menjadi sebuah muzium. kapal ni mempunyai enam tingkat, haa cam tak caya kan?
*tempat mendobi*
*Lorong lorong hitam*
*Ruangan Gosip*
So selain boleh ronda rondi dalam ni, ronda lah sangatkan, walaupun keadaan menyempit je dalam tu, korang boleh naik kat bahagian atas kapal, leh la tgk meriam belina segala, boleh duduk depan hujung kapal feeling titanic smua. Ada pape soklan tanya je budak guide tu, komfirm dia leh jawab, tapi jangan la tanya soklan ilmu alam ke apa.
*Selfie berkumpulan, tgh snap sibuk nak bercakap, ujung ujung tersembul gigi*
Pastu kan, part yang paling best adalah di dek kapitan nya, bukan sewenang wenang nak masuk sini. So amek feel bergambo bagai. Oh dalam dek ni tak panas sbb ada ekon sebesar alam. Kira buleh bergambar dengan selesa la.
*Kemal dan peta harta karun*
*Feeling ratu jamaica melawat kawasan*
*Ni tgh tembak meriam, bukan tgh main game ke apa*
*Dari atas kapal*
*macam kapitan kapal korek*
Ok pastu dah puas hati pusing pusing satu kapal. Boleh lah balik dengan tenang. Pada korang yang ada anak anak mahupun yang memang berminat dengan arena pengkapalan, mmg berbaloi baloi masuk dalam ini.
Farid kata: tetiba teringat kelasi tua suara nyaring, eeuuwwww
No comments:
Post a Comment