Wednesday, February 26, 2014

Ke Bandung kita mas 4: Pasar baru oh pasar baru



Ok bermula dengan hari yang baru dan semangat yang kental dan jitu, bersiap siap dahulu untuk bersarapan. Chara hotel ini menyediakan sekali sarapan nya, jadi tak payah pusing pusing kepala nya memikir kan mana nak sarapan. Masa kami ini berpergian adalah hari bekerja, jadi mmg tak ramai orang kat otel ni, so dia tak buat buffet, di berinya beberapa pilihan menu, pastu pilih, pastu dorang masakkan. Bagus la takde la pembaziran sangat.

*amboi ateh sempat lagik peace peace bagai*

*Belakang dereta kotak kayu tu adalah bilik adik, tasya, uda ngan ateh*

Ruang pemakanan nya juga amatlah selesa. Takde la hiruk pikuk macam hotel hotel bertaraf bintang lima. Air minuman kene amek sendiri. 


*apa rambut cam kene ribut*

*Keropok moni, keropok moni*

*Macam spagetti yang di jual di spital*

Udah berjanjian ngan Iwan Dangdut untuk pikap kami jam lapan waktu bandung, kalau ikot waktu mesia mmg kelaut la. So destinasi cinta yang pertama adalah Pasar Baru, yer pasar baru menjadi sebutan dari kat mesia lagik. Ater bawak rombongan nona nona, membeli belah je la aktibitinya. 

*Muka tanter yang jual telekong ni cam elly suriati*

Abang Iwan Dangdut adalah bagus skali kerana berpakir di tingkat atas, jadi kami kami ini tak perlu la mengharung segala macam umat kat bahagian bawah pasar baru ini. Yer kauuu baca blog smua cam menakutkan, kata ramai benar peminta sedekah, ramai sangat orng menjual jual pastu paksa orang beli la. So Iwan Dangdut telah mengambil pendekatan untuk menyelamatkan keadaan. Syabas.

*Kemal dah sesiap beli telekung tuk makwe nya, so duduk diam diam*

Dan disebabkan sampai pasar baru ni pagi buta, makanya banyak kedai baru je nak bukak. Korang jangan tak tau di sini, asal nama je perniagaan baru mula nak meniaga di pagi hari, masing masing duk sebut sebut "harga pecah telor" la, "harga pecah ketuban" la. Konon bagi diskon hebat la. Pertama tama pi beli kedai telekung. Maka berborong la nona nona sekalian arakian kisahnya. Yang pria pria duduk redho di depan kedai. 

*Beginilah gaya memilih kain*

Dah selesai dengan telekung bagai, jangan ingat boleh pulang begitu saja, tu kira cam baru pembuka kata je. Jadi ke kedai kain plak. Satu kedai ada sampai tiga lot, pengsan la nak milih kain ni. Tapi apa apa pon tiap kedai mmg ada sopa untuk bapak bapak rilek, tak yah la stress berdiri menunggu orang bershopping. harga kain adalah murah melampau.

*punyalah banyak kain, ujung ujung gue sendiri tak beli pon tuk baju raya, lantak sana*

Makcik makcik gue udah kerambangan mata. Abis segala kain kuar masuk stor. Layan kan je. Satu kelebihan lagi kalau pegi kedai besar ni, anda bakalin tidak di ganggu gugat oleh penjual penjual yang memaksa maksa membeli itu ini, dorang takkan masuk ke kedai kain ni. Satu lagik, kalau mereka mereka ni datang pun kebanyakkan yang paksa beli ni gue cakap sekali je tak mo, pastu dia pun blah. Muka garang gamaknya. kekekeke (buat buat muka genghis khan)

*Kopinya manis melecas, tapi disbb kan free, ko telan je la*

Dan yang paling best siap hidang kopi ngan kek bagai. Bagus betol serbis kedai ni, tapi gue rasa mmg dia akan serve kalau dah berkulat berlumut ko duduk kat kedai tu. Kalau takat beli sepasang je kain, takde mana la dia hidang. kalau dia hidang jugak, baik tukar dari kedai kain jadi kedai makan. Ok farid gila. 

*Macet terussssssss*

Makcik makcik ini selesai membeli belah awal dari waktu yang dijangka kan. Pastu kami kami ni naik ke parkir, iwan dangdut nya plak takde. Oh smalam nya dah beli sim pek simpati, dan lalu di sumbat sim itu di enpon ateh, tapi malangnya, fonnya dah abis bateri plak. Ater kat bandung ni gamaknya mmg pakai dua pin je, agak agak kalau charger korang tiga pin, mmg hazab la nak membeli charger baru plak. So nak tipon iwan dangdut sudah jadi satu masak elah, smentelaah menunggu iwan dangdut, nona nona sudah masuk ke dalam kedai kain di bahagian parking plak, ujung ujung tinggal gue sensorang tgh tgh parking tu. Rupanya iwan dangdut tgh makan, sian dia. Bergegas dia pungut pastik bag hasil shoppingan lalu disusun cantik cantik lam kete. 

langsung ke destinasi seterusnya....

Farid kata: Gigih mengingatkan jalan penceritaan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis