Thursday, November 24, 2016

Garapan cerita berminggu minggu

Hi uolls, gue hampir terlupa yang gue ada blog mihmihmih so ni nak la cerita serba sedikit, lepas gian nak menaip.

Konsep ia adalah, pikir sampai picah kapla

Last few weeks ada pi kos fotografi selama tiga hari, pastu ada sambungan kos tersebut kepada edit gambar pula. kursus photoshop la pula. dua hari lagi. So hadap saja, kos nya ok la, belajar la basic basic photoshop tp bagi gue la kan, gue lebih suka illustrator dari photoshop ini, tapi nama pun ilmu kan, so kita zass kan je.


Macam tak cantik pada mulanya

So sesi tanam menanam pula, gue dah kasik clear tank kecik ini. Guna teknik dry start dan magic seed. Magic adalah tajaan Man toba, so teknik ni senang dan peratusan sukses adalah tinggi. Campak tanah, letak batu, ikot design apa korang nak buat, pastu tabur magic seed, dinasihatkan guna tanah kaler hitam, senang nak nampak seed tu nnt. Pastu lembab kan tanah tu, tutup dengan clinge wrap, bukak lampu 7 jam. So dalam masa 7 hari insyaallah akan tanah ande akan dipenuhi daun kekecik yang comel dan hijau pemandangan. dan masa tu boleh lah di letak air didalam tank ande. Sila cuba, magic leh didapati di FB. (Nanti gue post gambar yang dah menjadi yer)

Dah jual 3 keping including yang kuning ini, ada lagi sekeping sahaja

Selain hobi tanam pokok, hobi baru adalah buat kad besday. Sesambil mencari pendapatan sampingan bg menanggung kos kehidupan yang tinggi di jaman mencabar ini. So pada yang berminat buleh la pm tepi, tak mahal pon kad ini, Boleh juga di customade.


Ok dah tu je nak cerita. Ada masa insyaallah jumpa lagi.

Farid kata: Try update guna blogger apps, cam kehapa pula rasanya.

Wednesday, September 21, 2016

Dari Genting ke Cameron pulak

Haaa merujuk pada tajuk di atas, dari Genting gigih drive ke Cameron plak. Gue, kemal ngan shil satu kete. Adik, wahab, ana ngan is satu kete, tp mereka ke KL dulu karna is ada urusan kantor yang perlu diuruskan. So kami saja lah yang stret dari Genting. Ikot batang kali segala sampai jua akhirnya. Nak kata jauh tu tak de la sangat, mungkin sbb on the way duk bincang pompang pompang masalah dunia. Jd nya tak terasa lama benar lam kete. Sampai je terus ke cameron valey, minum teh je pun takde makan makan, kemal sibuk berselpi bagai, pastu perjalan di teruskan.

*Macam budak kolej pi lawatan sambil belajar plak*

Mula cam nak trus cek in, tapi kekdahnya ikut kan tak masuk waktu lagi, tapi cuba nasib je la. kut la dapat ke kan, tetiba nasib menyebelahi dapat la masuk awai sikit ja. Dah amek konci segala, Ana and the king sudah pesan sama shila mambu, pi beli sayur sayur tuk bikin steambot ke apa ntah, so shil mambu mengikut perintah, lalu mencari sayur lah kami di kea farm tersebut, pastu terus la pi Boh sungai palas. Dah sampai, dah duduk, order lalu telan air teh untuk kesekian kalinya, sambil tunggu mereka mereka yang dari kl pula. Tetiba adik kol, katanya pagar kat bahagian depan tempat boh tu sudah tutup, katanya tak leh masuk dah, tempat ni nak tutup. Sekian wasalam je la.

*pegang talipon sbb tgh nangkap pokemon, punyalah hidup tak bermakna sangat, pastu msg kak tin, kasik update apa yang dapat ditangkap pada hari berkenaan*

Pastu dah nak buat apa pon kan, terus ke je la ke tempat penginapan. Berjumpaan mereka disana. Sampai sana, Ana and the King ngan Shil mambu tgh sibuk masak, is tgh beristeri berehat kat depan tibi, tapi gue, adik, wahab ngan kemal duk mengerjakan belon segala dalam bilik, kata seprais parti kan, so kene buat sorok sorok.Tgh meniup skali melethop belon ko, dengan harapan ana and the king ngan shila mambu tak dengar lah, walaupun dapur bebetul depan bilik operasi tu je.

Pastu malam menjelma, Ana and the king saspek hanya sambut birthday shila mambu sahaja, walhal nk sambut birthday beliau sekali. Shila di halau ikot Is pi beli satey lalu kami siap siap segala. Skali shila mambu balik, pakai kan mahkota (datok bida sangat) dan nyanyi lagu birthday, pakaikan mahkota tuk ana and the king skali sudahnya. Terkejut kera lah beliau. Potong potong kek, lalu makan, dan agenda seterusnya, moh main game. Malam sbelum tu pun kami main game gak.

Tapi malam berkenaan kami main game teka bibir dan teka lukis, matik la huru hara. Smua kelaut. apa apa pon selamat hari jadi diucapkan pada shil mambu dan ana and the king. Smoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rejeki.

*Gambar ni patot kat bawah, tp tercampak kat atas plak, muka abdul wahub sebesar rumah kooo*

Dah bersorak, smua tido, esok bangun bekpes apa smua trus cek out. Sempat singgah cameron valey tuk minum minum ngan lavendar apa ke nama ntah, bergambar segala. pastu kea farm lagi skali beli segala mak neka buah tangan katanya dan menerus kan lagi perjalanan tuk pulang ke pangkal jalan.

*ni kulit album solo kami, tajuk album dia adalah -Abdul wahub berseluar pendek macam apek cameron bersama Is yang mencari burung terbang bersama kemal berselipar Jepun Featuring farid terkangkang buasir, jangan lupa dapatkan ia itunes*

*Hazab yer nak selpi group gini, fon tak canggih gamaknya*

*ni kulit single kami kedua bertajuk -kejelitaan palsu dari cahaya terang benderang hak milik setiap insan, jangan lupa dapatkan di itunes yer*

*tips nak beli talipon hebat, try camera nya dulu, sbb kamera fon yang hebat adalah camera yang dapat membuat kan muka kelabu asap cam muka gue nmpk berseri seri seperti datok bida, (baling mahkota)*

Itu lah sahaja perjalanan yang cerita nya macam berjalan sepurnama lamanya. Dah lama tak menaip, tetiba rasa cam laju nak abiskan cerita, punyalah gelojoh. Semangat putri santubong menaip tak mari lagi, kene warm up dulu, lari setempat 7minit, yoga lima minit, push up 20 kali pastu baru menaip. Apa apa pon looking forward for next birthday trip lah yaw. Babai

Farid kata: Nak request pi River Safari singapore lah tuk harijadi beta. k bye

Tuesday, September 20, 2016

Genting pon jadik lah

Rasa cam dah lima nam dekad tak update blog. Yer malas, pastu sibuk main game, pastu sibuk pindah umah bagai. Ni ada kesempatan kasik cerita la yer. Adik mempunyai perancangan nak nyambut hari jadi shila ngan ana, jd nya moh la kita pi jalan jalan. Ahli ahli terlibat, gue, adik, kemal, wahab, is, ana dan shila mambu. Maka bertolak lah kami ke Genting dan tido satu malam di sana.



Pastu dah cek in, rehat sebentar bersama kitkat, pastu adik slaku ketua rombongan kata nak pi naik ke atas guna kete kabel plak. Baik lah, lepas maghrib, berduyun duyun lah kami bergerak ke kete kabel. Gue, kemal ngan shila satu kete kabel, adik, wahab, is ngan ana satu kete kabel.


Pastu dah sampai atas nun, cam biasa la mana je nak pi, dah smua tempat banyak tutup. So pusing masuk kedai baju sudahnya, jadi la kan. Pastu putar punya putar abang halim, jom je la pi minum stabak. Dah minum bergambar moh la turun, kekdahnya esok dah nak berangkat ke destinasi seterusnya.



Dah kenyang dan senang hati, moh balik, kali ni smua sumbat dalam satu kete kabel. Sonang. balik umah cuci muka, terus tidoran. Ater penat katanya. Ok sambung

Farid kata: senang betul update blog skang ni, main amek syarat je. sumbat dua tiga gambar, taip taip ikut sepatah kata, trus jadi satu entri. Kelassss oiiii

Friday, May 27, 2016

Sekali harung

Lama oh tak tulis, terlupa ada blog agaknya. Ok skang nak cerita. bermula gini......

*Telan liuq la pula bilamana menengok gambar ni semula*

Haaa pada korang yang ada mai PD, pi makan kat kedai pakcik tiger kat kem askar batu 4, kedai nya jual menu kelantan, like nasik kerabu, nasik dagang, laksam dan macam macam lagi. Ngapa panggil pakcik tiger? sbb dia ada kucen nama tiger. mihmihmih


*Pengaruh ayam goreng adalah dari kemal, sbb slalu paw ayam dia*

Pastu, dah dua minggu gue berpindah duk Sendayan, dah dua minggu jugalah menaiki komuter kekdahnya. So bila balik keje mmg nak makan dan tidur, selain nak main game juga huhu. So tempat yang biasa dan mudah nak makan adalah Railway Kopitiam. Tempat cozy, menu banyak, dan paling senang sbb dia in between rumah dan stesen komuter. So senang.

*disebabkan rak tv tak sampai lagi, dan orang astro dah mai nak pasang, balun je la meja yang ada dulu*

Last week dah mula cuci rumah kemal dan ngangkat mana mana barang yang perlu. Lalu memasang few things bagai. Nk tertanggal segala tulang rusuk kekdahnya.

*dah selesai di rumahkemal, moh balik PD balik, banyak benda nak dikerjakan kemudian hari*


*hai lah akuarium oi, gue jadi dalam dilema nak memindahkan nya camna ni, (capai mic nyanyi lagu nora, di persimpangan dilema)*

*Hangkut dua tv skali harung, sapa kata myvi tecit?!*

*membeli baldi segala nak mencuci umah kekdahnya*

Sekian sahaja laporan tuk berminggu minggu yang lepas. Dah tak tau nak cerita apa sudahnya.
bye bye
see ya!

Farid kata: Now i know where im standing, thank you.

Tuesday, April 26, 2016

Lari dan makan

Lari dan terus lari, bila nak start workout pon tak tau lah

spertimana yang khabarkan, Glaceau vitamin ni mmg murah kat tesco, rambang mata jadinya

Memula plan nk bikin spinach mushroom with sauteed sauce tp takde haevy cream pula. jadi kita masa sahaja, mushroom adalah shiitake, sbb gue penggemar shiitake. walaupun rupa ia tak berapa cantik, tapi percayalah sedap lol

Dua minggu tinggal tank tak bercuci, tp amazingly alga tak banyak, dan yang paling mejik, all brown algae kat daun dah hilang. sungguh menakjubkan.

Panjang cerita nya perjalanan tank co2 ni. Kesian ia. Tapi takpe, nanti kita guna yer.

farid kata: tak lama lagi dah boleh pindah rumah :p

Wednesday, April 20, 2016

Teriyaki and Erl

Last week punya cerita

Banana roll with coklat bersepah

Having lunch, salmon teriyaki dengan banana roll. Boleh tahan sedap but gue prefer smoked dari di grilled or fried camtu.


Makan nasi dua tiga sudu je, konon tak mau la terlebih makan. Bila dah balik ofis rasa bersalah pula sbb membazir. Serba salah jadinya.

Berpeluh peluh tunggu ERL, gara gara kemal abis kos kat bangi lalu nak makan kat putrajaya lah pula. So bertukar tukar tren lah nak sampai ke Putrajaya.

Dari Satey station tak jadi, terus ke kedai tom yam. Food was ok je la. But the view still the best. Lepas makan terus balik, tak boleh singgah mana mana, badan rasa nak luruh.

itu je
see ya.
bye

Farid kata: When u realize u do something wrong, instead of asking for apology, blame your self first. Nasty enough? That's life

Thursday, April 14, 2016

Get pump

For those yang nak ke gym, boleh lah cuba this playlist. Hand pick all those songs.



Peace out
See Ya

Farid kata: Daft Punk tetap terbaik

Wednesday, April 13, 2016

Unhealthy weekender

Last weekend, tak balik PD, so abiskan weekend kat KL, this is what happened....

Saturday afternoon, call Shady (best cousin ever) mau lepak, lama gila tak lepak. Banyak story nak cover. So we end up kat Beriyani Ismail TTDI. Ayam goreng dengan nasik yang bersenduk senduk, oh seriously.


Then saturday night kluar dengan adik with two of aunties, Jalan pusing sunway putra. Having dinner dulu kat Fish market, makan pula fish n chip dengan gummy bear. Then baru jalan before sunway putra tutup.

2 pcs? Damnnnn

looking for gorilapod, bukak lazada, berlambak pilihan, tp macam tak berapa nak sync harga nya, meaning mahal la. So keep on googling jumpa yang paling murah, just grab it je.

Nowadays weather drive me crazy, ada kala panas melampau, dan ada kala hujan turun macam ribut. So bila tatkala panas melampau, ambil kipas usb letak depan muka, better then doin nothing bout the heat.

This one is a good one, if u need one bottle of this, beli je kat tesco lot more cheaper then beli kat 7e. Like seriously mmg murah dekat tesco. Prepare nk borong berkaton katon.

Sambung google nak cari yoga mat, confuse sbb ada few mahal, ada few like cost aroud rm30, so kaji kaji rupanya ada tebal dan ada nipis from 6mm to 10mm, so tgk 10mm costing around rm46, grab it. Tak payah nak pening pening. 

Kalau naik lrt skarang mmg heaven, sbb aircond dia macam dalam peti sejuk beku. Sejuk gila, best.

Itu sahaja berkenaan weekend gue. Minggu tu tak dapat balik PD sbb adik dan baba ada kursus, Kemal pulang ke kampung ada majlis, so gue tinggal berseorangan without any plan.

Peace out
see ya

Farid kata: Nak long leave nak long leave nak long leave *repeat like 5 minutes 

Saturday, April 9, 2016

Like seriously..

Last entry in march, skarang kasi update since im sittin' doin' nothin', itu tak cool


1. Like seriously.. nak makan yong tau foo tp malas nak pegi beli. Tapi suatu hari yang indah beli juga akhinya. Nowadays mahal benar harganya.


2. Like seriously... having dinner mengadap masjid besi. Foodies was cool but the price like insanely mahal.



3. Like seriously... last few weeks beli Yamato, macam rare gila skarang nak dapat Yamato. Oh ni bukan untuk goreng celup tepung, tapi untuk 2ft tank. Got 4 of them, and thanx to Jane sbb bg discount.

4. Like seriously... After a week beli Yamato, beli white cloud pula, kiut gila. Ada six of them. bukan senang nak dapat white cloud. Thanx again to jane sbb bg discount lagi. nanti nak buat entry tour her shop!


5. Like seriously... This NB cost me 100 bucks je, murah gila! dan apa yang penting kemal yang bayar lol Kene start jog, seluruh badan dan macam bloated (walhal nak kata gemuk takut nanti mengguris hati sendiri lol)

6. Like seriously... cuaca panas lately macam membakar kulit instead of bakar lemak. Minum air banyak banyak :)

Peace out yaw
Bye

Farid kata: out of plan, *sigh

Thursday, March 3, 2016

Happy birthday Kemal!

Holla, last weekend, kami kami ini berperancangan nk menyambut birthday Kemal yang ke 32. So pakat pakat berperancangan selama berminggu minggu katanya. Last decide nak pi Big mouth kat seremban 2 sahaja, Is, Ana ngan Shil sudah sampai awal mempersiap siaga segala persiapan. Kendian baru gue, adik ngan kemal tiba. Ikuti gambar rajah di bawah:

*Muka semua adalah menghepi*

*Adik cashier yg tolon snapkan gambar*

*Kemal adalah sangat teruja ngan kek Dark Vader nya, yer beliau peminat star wars*


*Siap dengan berbelon belon bagai*

Disini gue ucapkan Selamat harijadi utk kemal, smoga dipanjangkan usia, di murahkan rejeki dan berbahagi selalu. Dan smoga copek naik pelaminan, larikkkkkk
Farid kata: Makin tua dah

Tuesday, February 23, 2016

Ke KK lah kita 6: Episod akhir

Haa dah sampai episod last, yer mmg dalam membikin entri ni, paling mencabar adalah entri terakhir, sbb ko tau hazab menaip dah nak abis, lalu taip ikot mana dan saja. Not good. Kalau terhasil entri terakhir dengan kata kata yang ala kadar, tu dah kira besar rahmat, sbb kalau gue cerita selalu tergantung. Kalau jai pengarah drama ni, mau org bakar tv miahahaha


Cek out dari Pine, kami drive trus ke KK, tapi singgah di Lok Kawi, kekdahnya melawat hewan, pastu sambung ke KK ada shopping mall baru bukak rasanya, pi lunch pastu beli baju bajan, pastu cek in kat Le' merridien pulak. Parking lam hotel adalah hazab yer uolls. Kete banyak parking limited. So adalah sangat mencabar, tapi overall bilik mmg tip top. Kata pai star, takkan la dorang dapat rating pai star without nothing.


Os petang tu pusing filipino market beli itu ini,, balik hotel amek kereta terus nak pegi dinner, adik drive, kemal tgk waze. gue? pos pos cantek kat blakang, feelin like a boss. Kedai makan dah lupa apa ke nama ia, tp menjual segala mak neka seafood. Dulu rezal ada bawak gue ngan kemal makan sini, dah kenyang sekenyang nya, balik hotel, park kete lalu sambung meronda area hotel tu. Kemal meneruskan misi mendapatkan lobster ia. Dan berjaya. Pastu singgah starbak meminum, Kedai lobster tu pesan esok sbelum nak balik boleh mai amek, memandang esbok hotel tu cipot je pon. Bayangkan berapa banyak kemal beli.

*Herot bengot mulut, nahan panas*

Pastu esok dah lepas breakfast kat hotel, pi pikap lobster kemal lalu ke muzium negeri pula. Berpusing pusing la dalam tu demi saja menghabiskan masa sbelum ke airport. Ada la lam sejam dua lagi sebelum flight balik.

*Pengsan, amek gambar sambil bercakap*

Gambar atas ni tersesat lalu gue cam terlupa nak cerita, dari kundasang nak ke KK kami singgah LOk Kawi, sejenis zoo, takde orang kauu, tapi jalan je la, cuma cuma cam tak berapa nak menarik la tempat ni, mungkin sbb kekurangan hewan la kut.


Dah sampai airport hantaq kete, pi marrybrown makan makan lu, pastu terus terbang balik, sampai klia amek kete lalu pulang ke pangkal jalan, dan esoknya gue tak keje sbb kete plak rosak. Dugaan.


Makanya berakhirlah perjalanan like a zillion years ni, tapi sbenarnya takde rasa lama pon, sbb taim tgh sronok sronok mana nak rasa lama. So lepas ni kene tunggu like few years lg sbelum mengulangi jalan jalan ke KK ini, anyway happy.

-Fin-

Farid kata: Next entri will be next month lololol
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis