Friday, January 13, 2012

Eat Pray Love




Bermati matian gua mau tonton cerita ini. Setelah berhempas pulas mendapat dvdnya, akhir dapat jua menonton. Pelakon utamanya adalah Julia Robert membawakan watak Elizebeth Gilbert, cerita ini di angkat dari novel tulisan Elizebeth Gilbert sendiri dan menggunakan tajuk yang sama.

Mengisahkan Elizebeth dan pergolakkan dalam hidupnya, dia bercadang untuk bercuti selama setahun dan melancong *wish i can do that too*. Terlebih dahulu Liz berjumpa dengan Ketut, seorang peramal di Bali. Menurut Ketut dan bukan kentut, Liz akan kehilangan smua nya, dan liz akan datang semula ke Bali. Mengikut perkiraan Liz, dia akan ke Italy, and its all about makan makan dan makan,eating and enjoying life ("Eat") . Seterusnya beliau ke India untuk pray pray dan pray, finding her spirituality ("Pray")  dan last but not least beliau akan ke Bali seterusnya bertemu Ketut.looking for "balance" of the two and found love ("Love") tapi bukan fall in love ngan pak ketut plak ek



*Makan makan di Rome, Italy bersama Sofi dan Giovani juga rakan rakan yang lain*

*bertemu Richard semasa di ashram di India*




*Lelaki terakhir di bali, Filepe*

For those yang suka travel buleh tgk cerita ini. Filem ini diolah dengan sebaik mungkin. Selamat menonton.

Farid kata: berkali kali ulang tgk cerita ni

Thursday, January 5, 2012

Ikonik 2011

BallScribe shoe




Burberry Check



Chanel J12


Tod's Gommino

Gucci Diamante Canvas

Herme's Scarf

Louis Vuitton Trunk

Salvatore Ferragamo Tramezza

Wednesday, January 4, 2012

Panjat dan Daki!


Seawal 0330 pagi gua dah terkebil kebil bangun. Smata mata untuk menunaikan hajat mendaki Broga demi menguji ketahanan fizikal dan mental lalu mahu memecahkan rekod masa rakan rakan yang sudah mendaki terlebih dahulu. Pada yang tak tahu, Broga terletak di Semennyih, untuk ke sana lu orang masuk je highway LEKAS dan susur keluar ke Semenyih/ Rinching. Then ikut je jalan tu hingga berjumpa Rabbit Park. Kalau tak jumpa juga, silalah pindah dari malaysia lalu bertukar kerakyatan terus kepada rakyat Myanmar.

Tempat letak kereta di kenakan bayaran adalah rm2. Didalam ladang kelapa sawit yang gelap gelita bak kata omputih, "pitch black". Ekspidisi kali ini hanya gua ngan nok sahaja. Gigih. Sesampai di Cheras, lepak sesambil isi minyak dan mengisi perut di Mekdi berhampiran. 


*Ini bukan pemandangan dari dalam pesawat*

Permulaan pendakian adalah pada pukul 0610am. Mendaki je la tak abis abis sehingga tiba dipuncak pertama pada pukul 0630am, hanya doploh menit sahaja yang diperlukan. Tapi gua dengar cam ada yang mendaki sampai 45 minit, lu orang berhenti main congkak ke hapa gamaknya? Gua berhenti amek napas dalam lima saat je, pastu terus sambung jalan, INGAT! jangan berhenti lalu duduk, ini akan menambahkan masa yang dicatatkan.

*lagak hero lu yer*

*meraban sensorang*


*apa barang duduk kat puncak bawah*

*Daki jangan tak daki*




Selepas berlepak sambil menghisap rokok dalam tiga batang, lalu meneguk air mineral, orang awam sudah mula memenuhi puncak berkenaan, kami di puncak yang kedua. Gua tak prosid sampai yang tertinggi kerana memerlukan pendaki memanjat batu sebesar rumah sambil menggunakan tali. Sangat tak relevan, gua gayat.

Setelah mau pulang, gua sudah suspek dari mula jikalau mau turun kelak, konfirm akan menjadi masalah kerana bukit nya yang curam seperti memanjat dinding condong, dah pandai lu naik, pandai la turun. Takkan lu nak panggil bomba datang mai tolong turun?

Nok mendahului, tiba di satu tempat secara mengejut dia terus mengelungsur laju dalam keadaan berlari lalu bergolek dan berguling beberapa round dan seketika kemudian terus bangun, lalu senyum, ok itu memang tak kelakar. tapi nun jauh di bawah sana. Abis tangan jari dan kaki semua berdarah.

Gua terkaku lalu menjadi gerun lalu terus rasa seperti tak mahu turun dan bermalam sahaja dia atas puncak berkenaan, sbb nya gua tinggal sorang di pertengahan jalan. Hah terkebil kebil juga nak menuruni bukit itu tambahan setelah melihatkan nok melakukan lagak ngeri berguling itu. Alhamdulillah gua selamat turun jua.

Pada lu orang yang mahu kesana di saran memastikan badan yang fit dan memakai pakaian yang bersesuaian seperti kasut yang bagus. Psstt nok pakai sandal mahalnya, tapi malangnya di sebabkan sandal itu jua beliau terjerumus ke kancah lurah yang dalam. Dan jangan lupa lampu suluh ya.

Farid kata: Gila nak buat outdoor aktiviti 

Wordless Wednesday 13



Tuesday, January 3, 2012

Bye 2011!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Farid kata: Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis