Friday, March 9, 2012

Skytrax award 2011

THE WORLD'S BEST AIRLINES : 2011
1
Qatar Airways
2
Singapore Airlines
3
Asiana Airlines
4
Cathay Pacific Airways
5
Thai Airways International
6
Etihad Airways
7
Air New Zealand
8
Qantas Airways
9
Turkish Airlines
10
Emirates




World's Best Airline Cabin Staff 2011
1
Asiana Airlines
2
Malaysia Airlines
3
Singapore Airlines



World's Most Improved Airline 2011
1
China Southern Airlines
2
Air China
3
Aeroflot Russian Airlines



World's Best Low-Cost Airline 2011
1
AirAsia (Awarded for 3rd consecutive year)
2
JetStar Airways
3
Virgin America




Wednesday, March 7, 2012

Bersushi dan bukan bercuci


Makan dan makan je la keje yang boleh dibuat, sabtu malam minggu gua pi klcc, jalan jalan cari jodoh. Memula ingat nak menonton wayang, tapi tak jadi sbb tak de cerita hebat dan berkualiti. Gua bukan pesen pesen, main bedal je tgk cerita apa ada, gua lebih rela tak menonton dari menonton cerita bukan pilihan hati. 

Lepas tu lapar, teruslah makan di sushi king, kali terakhir menjamu di sushi king adalah di hari lahir gua bertahun tahun yang lalu, tu pun orang banjer, mana la mampu nak byr sendiri. Gua ambil set yang ada mi atau lebih dikenali sebagi udon, nasik, ayam mayonis dan sayuran celup tepung. Set ini diberi nama set rasaksa. Dah ada mi nak jugak ada nasi. Dasar resaksa.

Selesai menguruskan set resaksa itu,  gua makan lagi sushi yang berlegar legar di sekeliling, tu tak sempat ambil gambar sbb capai aje pastu terus telan, tak kunyah pun. Kata rasaksa, mana main kunyah kunyah. Ni resaksa atau anakonda?

Ok tu je cerita satu malam gua menjadi resaksa yang kacak lagi bergaya (nak post gambar sendiri, malu la pula). Selalu gua makan sikit, tapi itu malam nafsu lain macam sikit. Dah ok bye

Farid kata: Makan banyak ke, makan sikit ke, janji badan dapat zat yang diperlukan, chewah

Published with Blogger-droid v2.0.2

Wordless wednesday 18

Tuesday, March 6, 2012

Kedai borak borak manis


Last Sunday aku ngan kemal ke Mid, konon niat mau jalan jalan sahaja, ujung ujung terbeli baju kerja, seluar kerja, kasut kerja even tali leher pun gua terbeli, kira kalau dah guna kata imbuhan "ter" tu maksudnya adalah tidak disengajakan atau eksiden. Jalan punya jalan skali lapar, punya lah banyak kedai makan disitu tapi gua jadi bingung mau makan dimana lah. 


Selepas pusing pusing, nak makan di SweetChat sahaja. Gua bantai amek set sahaja, malas mau fikirkan apa yang mahu di makan. Dalam set mengandung air biru, nasi goreng raspody katanya dengan pilihan pemanis mulut, gua pilih keledek dalam air rasa halia, ceh silap pilih.





Farid kata: Tingat kak tin dan pancake duriannya.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, March 2, 2012

Hogan, Airbus A380 1:200

Setelah berhempas pulas menggoogle keliling dunia, akhirnya gua berjumpa satu website yang menjual model kapal terbang dari jenama Hogan, Herpa, Gemini dan Skymark. Pada mereka yang kurang faham kenapalah gua mau mencari model yang beratus ratus harganya instead of beli je yang di GM sana dengan harga sebijik rm10, model model dari jenama diatas dia hasilkan dengan penuh detail dan buatan yang sangat dikagumi. 

*kotak ini agak besar dan kepayahan mau membawa pulang jika menaiki  kenderaan awam, kepit bawah ketiak mau cramp pula*
Sepatutnya bendalah ni sampai thru unit mel opis aku, di sebabkan terma terma baru yang telah dikuatkuasakan, tak pasal pasal penjaga surat pi return balik gua punya parcel ke pejabat pusat pos laju, gila. Dan kena lah gua merangkak pi pejabat pos laju di brickfield sana, damn.

*Bahagian fuselage (alamak nmpk lutut)*

Nak memasang bendalah ni adalah tidak susah mana, cuma bahagian landing gear kene lah berhati hati kerana  sangat lah fragile. Satu lagi gua tgk dalam youtube, kalau model hogan, bahagian ekor atasnya memang payah mahu di pasang, nanti main tujah tujah, patah pula, terus menangis syahdu. Jadi berhati hati la ketika ingin memasang. Cara cara memasang dengan betul juga disertakan.

*Bahagian sayap, kipas di enjinnya boleh berpusing, jadi kagum*

*Landing gear yang comel, ada kemungkinan boleh jahanam jika di tidak berhati hati*
Model ini berskala 1:200, ukuran panjang nya lebih kurang 30cm++. Jadi memang besar dari model yang gua beli sebelum ini.

*Tadaaa dah jadi, gua tak pasang tongkatnya, kerana model ini bakal ditempatkan di rumah mama sana, so kasi pasang dan tengok je dulu camna rupa parasnya*
Farid kata: Pasnih mau beli Emirates A380 berskala 1:400 pula
Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis