Tuesday, June 18, 2013

Betul ke tidak?!

Situasi:

Di sebuah kedai makan. Seorang pemuda duduk bersandar setelah selesai makan sambil membelek belek talipon bimbit ditangan beliau, sesambil itu beliau menyedut sebatang rokok ditangan. Sambil sambil itu dihembus nya asap seperti tauke balak. Selang beberapa minit, datang dua wanita lingkungan umur 30-an lalu bertanya "dah abis makan?!" seoarang lagi wanita diam sambil memegang dulang. Jadi pemuda ini lantas kelam kabut mengemaskan barang barang dia like talipon bimbit, pemain mp3, kotak rokok dan terus berlalu sambil menonjolkan riak muka paling pelik didunia. Wanita wanita berkenaan tersenyum simpul kepuasan.

Rumusan:

Ini adalah pendapat gua and not more then that. Pada hemat gua, dua dua pihak yakni pemuda dan wanita itu adalah sama sama bersalah. Kenapa dua dua bersalah? yer encik farid mmg slalu suka macam itu, suka berfikir pelik pelik. Ok pedulik la.

i) Ok yang pertama, pemuda tersebut harus sedar diri yang beliau berada di tempat sesak begitu jadi lepas makan dan merokok sila lah berambus. Beliau harus berambs pabila terlihat wanita wanita ini memegang dulang kehulu hilir mencari tempat. Tapi pemuda ini mungkin rabun atau memang tak peka dengan keadaan sekelilling lalu membuat kan beliau feeling macam duduk kat rumah. #Lame

ii) Berkenaan wanita 30-an pula, bagi gua tak perlu la bertanya seperti kan mahu menghalau pemuda tersebut upama penyewa tidak membayar sewa rumah. Ya la, budi bahasa budaya kita kan? Dan kalau kan gua ditempat beliau (wanita tersebut), gua hanya pandang pada pemuda tersebut lalu senyum, senyum like u know him since u were born. Mesti pemuda itu faham lalu berambus. Tapi sayang, wanita ini serba kekurangan, kurang budi bahasa, kurang pemahaman dan kurang siuman jugak.

So dalam erti kata lain disini, dalam kehidupan kita seharian, ada few thing yang tak perlu di lahirkan dengan kata kata. Perlakuan kita cukup untuk melambangkan niat dan keperibadian kita. Senyum lah selalu walaupun orang kata kamu ini kurang siuman. Ok dah tu je bubbye

Farid kata: Makan kat rumah lagi best, tak kene halau pun

Monday, June 17, 2013

Happy Birthday Kak Tin Keponpon


*Dari kiri kak tin gemok, maya sopiah pun gemok jugak dan farid boncet*

Tanggal 13 Jun 2013 adalah hari jadi Kak Tin ke? Rahsia, sila tanya beliau sendiri. Jadi kami kami ini mau makan makan, jadi bincang punya bincang kita ke Chillis Bangsar Shopping Centre je la. Dekat je pon, dan senang. Dengan skil memandu terpantas dibantu kuasa turbo kete kak tin, we manage to sampai BSC in a blink an eye (kak, aku dah puji lambung lambung ni, nanti ko banjer satey kajang plak tau)

*tetiba lam gambar ni kak tin mengurus pula*

Stelah mengorder order, kak tin nak banjer sorang satu cupcake, ohhh i ove kapkek (kataku). Kapkek ini adalah mahal yer dan kapkek ni bukan dijual di Chillis yer. Tengkiu kak. *tarik tudung kak tin

*Lempeng bukan sebarang lempeng*



*Barisan kapkek*


So di akhir kata gua ucapkan Selamat Harijadi pada Kak Tin Keponpon, Smoga ko dimurah kan rezeki kak. Semoga cepat di kurniakan cahaya mata, mempunyai keluarga yang bahagia dan moga cepat mendapat  kenaikan pangkat manager. Aminnnnnnnnnnn (bukan jiran kak tin)

Farid kata: 18hb hari jadi Ibam, 26hb harijadi Adik plak, kopak kopak 


Friday, June 14, 2013

BerSushi bersama sama


*motip muka ko gitu dik?*

Itu hari, gua, adik ngan kemal sudah decide mau jalan jalan ke Mlaka, bukan jalan mana pon, takat pi Dataran Pahlawan je pon. Mesti korang tanya, "gigih kan korang ni jalan dari pd ke Mlaka, tak rasa jauh ke?" tu soklan sudah sebati. Yer Pd ngan mlaka takde jauh mana pon, walaupun perjalanan lebih dari sejam. Ini kerana jalan mengikuti jalan lama, bukanhighway, so enjoy enjoy sahaja.

*kemal adalah tinggi 3cm dari gua, barangkali rambutnya*

Parking kat Mahkota Parade, lalu berjalan melintasi ke Dataran Pahlawan, beli tiset tiset je. Pastu pusing pusing lagi singgah beli cencalok, kuah asam pedas, kuah mee rebus dan ikan masin. Yer dalam Dataran Pahlawan ni ada jual bendalah seperti itu. Pastu sambung lagi jalan, pastu rasa lapar la pula. Bincang bincang pegi sushi king sahaja. 

*jangan contohi tingkah laku ini, mulut penuh sumbat sushi pastu terus pose pose amek gambar, result muka gemuk tak tentu hala*

Kemal order set ada nasik ngan daging, gua ngan adik makan sushi smata. Tapi kan, sushi kat sini tak banyak choice, pusing pusing itu jugak la sushi nya. Tapi tak pe balun sahaja. Janji perut terisi. Pastu sambung lagi jalan, dengan membawa misi mencari botol air Ikhwan ngan sepit rambut Amni. Sedar sedar dah pukul lapan malam. Mmg kene balik sbb esok nya nak kene bangun awal nak pi keje.



*Kalau ada arwah mama, mesti dia marah, makan bersepah sepah camgini*

*promo happy hour katanya, tapi sbenarnya tak berapa happy sangat, sushi mahal kekdahnya*

Jadi itu lah aktiviti pi jalan jalan kat mlaka. serious gua jadi blank nak abiskan entri ni, tak tau na ending camna plak. *ketuk kibod kuat kuat tanda kecewa.

Farid kata: Taip laju laju sbb panggilan alam


Tak masuk akal


*Karipap keras cam batu bersama dua bijik dadu*

Seperti biasa, di sebabkan kerajinan farid yang melampau ini lalu beliau membuat entri campur rojak. Rujuk gambar atas, kenapa gambar kuih pun nak masuk dalam blog?! Sbb rege kuih tu seketol adalah rm0.40. Yer besar buah dadu tu je bingka tu rege rm0.40. Cam kan makan kat hotel, walhal tempat takde berhawa dingin pun. Gua berharap penjual ini mempunyai alasan yang kukuh kenapa beliau menjual dengan price tag camtu. Haaa price tag katanya, macamkan beli kete. 

*Gua saje je kaburkan gambar ni, sbb skarang teknik ni tengah in* #baling kamera masuk longkang

Pastu, itu hari kan pi Uniqlo kat sogo kan, pastu gua ajak nok gemok pi makan nasik beriyani kat insaf, tapi kali ni baru tau yang sepanjang jalan TAR tu ada dua kedai insaf, itu hari gu makan yang dekat KFC sana, pastu yang terbaru ni gua pi makan kat seberang sogo je ni. Ni semua gara gara malas nak jalan jauh, tapi kan, nasik nya cam tak sedap je, tak sama cam kedai yang belah ujung sana. Tapi ujung ujung licin jua ku bedal, dan one more thing pesan ayam madu, tapi pedas nya cam makan ayam cili api. Rasa madunya ntah kemana mana. 

*kwan baru pas mandi, elok je rupa parasnya*

Tetiba cam tak tau nak ending entri ni camna. Tapi kira ni ending la. OK bye *tarik sari aci tunggu tren

Farid kata: Tingin benar nak makan satey plak, ada sesapa murah hati nak banjer?

KUL - LGK 4


*Anak dan emak*

Ok ni kisahnya, petang hari, sebagaimana di gembar gemburkan, laksa tepi airport adalah sangat harum namanya seantero para pelancong. Makanya kami kami ni semua gigih la ke tepi airport sana untuk memakan sesuap laksa. Yer main tibai je pilih kedai, sbb ada banyak kedai tepi jalan airport ini. 



Kalau la KLIA ada kedai camni tepi airport, alangkah meriahnya, laksa tak sedap pun gua akan makan bermangkok mangkok, yer gua mmg suka tgk kapal terbang, ada kalanya abis masa berjam kat airport smata mata tgk kapal terbang. 


*Pasangan bahagia*

Laksa dipadukan ngan air kelapa, dengan harapan takde la sakit perut bagai nanti. Tapi yer kembung nak ngabiskan air kelapa tu. Untuk menaikan rasa laksa itu gua letak dua sudu besar petis a.k.a otak udang, manis, masin smua bercampur baur, lagi menambahkan rasa galau di hati jika bahana nya sakit perut nanti, tapi pedulik apa janji sedap.


*Tokmok bantai berdengkur macam tidur malam*

Selepas melepaskan nasfu pada laksa yang biasa biasa itu, mari kita ke Dataran Lang pula, masa ni dah petang, orang pun ramai juga disini. park kete sib baik dapat tempat, jalannnya menyempit. Dan seperti biasa, ke Dataran Lang ni mau tgk patung helang gergasi lah kan, takkan nak tgk patung gajah gergasi plak, kompom kompom namanya Dataran Gajah. 


Last time gua datang sini ngan kemal, tempat ini adalah ditutup sementara untuk di renovasi. Jadi banyak palang palang besi lal menutup rupa paras sbenar helang giant ini. 

*bontot helang*



*mirul ngan aiman gigih menonton ketam bergaduh*









Dah abis pusing satu round kat sini, maka beramai ramai ke Hj semail untuk sekian kalinya. beli lagi coklat.

*err faham faham sendiri lah yo*

Ok next entri adalah yang terakhir yo. 

Farid kata: Tgh tgh taip tetiba smua power off, misteri nusantara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis