Wednesday, November 13, 2013

Teambuilding JKK 2 - ni baru bebetul mula cerita

*yang duduk belakang skali tu cam gangster la konon*

Gambar adalah berlambak, so kalau satu gambar selang ngan satu perenggan cerita mau sawan babi menaip nya. Jadi pepaham je la kalau tetiba gamba berderet tapi takde cerita. (ayat nak selamatkan diri) ok. So yang most of staff smua naik bas, cuma komiti sahaja yang naik kete sendiri, sbb nya nak kene sampai awai. Gua bertugas sebagai mengecek para penumpang, kot la ada tertinggai tercicir ke hapa kan. 

*Kak, kalau rantai ko tu emas sure ko kaya raya*


So bila dah sampai kat sana. Para para sakura komiti ni dah menunggu la nak edarkan kunci, peta segala. Macam nak pi treasure hunt, nak kene peta bagai. Tapi mmg perlu pun sbb tempat ni besau kau. mmg peratusan nak sesat tu tinggi. So yangpenting ko ingat nama blok dan bilik sudah. 

*dengan ahboy, rasa dia ni paling muda kat opis kot*

*dengan kak ros, orang lain dah amek tempat kitaorang duk pos pos makan lagi*

Disebabkan masa teambuilding ni adalah singkat, maka letak bag, cuci muka, solat ke apa smua, pastu dah kene kumpul kat apa ntah nama biliknya. Terus terus nak mula aktiviti pertama. Ko penat ke letih ke apa, lantak sana, skang datang sbb timbilding, so timbilding la kita. Ada sikit kuih muih, pastu amek tempat dan bermula lah sesi pompangpompang. Tak de icebreaking ke hapa, dah satu opis, kalau tak kenal gak, mau kene buang daerah.


Pengelola nya adalah Dr Saleh, atau pak leh. Pakcik ni steady. Seingat gua, dia ni mmg segala mak neka kusus kat kompeni ni, asal berkaitan ngan teambuilding mmg dia lah yang bertanggung jawab. So Pak Leh mmg easy and steady, kot kalau dia tanya ko, pastu ko tak dapat jawab takde mananya dia nak hanj kan ko, dia ok je. pastu dia senyum. Ater, otak penat bekerja tak abis lagi, dah kene tanya soklan macam macam.

*tetiba rasa cam payah segala soklan lam tu, walhal smua berkaitan diri sendiri*

Jawab dulu beberapa soklan, soklan yang menentukan ko adalah kategori burung mana. Kelas ok kategorikan orang pakai burung. Setiap burung tu ada la sifat sifat nya. So gua adalah burung peacock, kecoh katanya, ceh, sesuai jual barang jadi promoter *(&(*&%^^()$ tak pe la janji cantik. Oh norin pon burung peacock lol. ternyata ok

*err ni zerul yang suh pos camtu yer, gua dipaksa*

Settle perihal burung, dah kene bahagi ikut grup la plak. Gua satu grup ngan bos bos di opis ni, yang lagi bonus gua sorang je yentan. Redho farid redho. Tapi ok la, sbb walaupun smua wanita, mereka smua adalah super sporting. Ahli ahlinya adalah gua, kak norza, kak nana, datin, kak sal, kak naz dan poh fong.

*Gigih kak nana memegang logo yang chantekkkk itew*

Aktiviti pertamanya adalah bikin logo. Hazab okay nak melukis, gua yang lukis, gua jugak yang terangkan dengan bantuan kak nana. Tapi pulun je, bukan nya ko buat logo untuk hari kebangsaan ke hapa kan. So suka suki la nak letak diamond ke apa ke. Yang penting gua terangkan less then a minute, pantas kan, sbelum kene kritik pastu kene tanya soklan yang macam macam, baik abis kan penerangan secepat mungkin.




*tersepit kat tengah tengah mereka yang tgh bercakap*


Pastu logo tadi tu dikerat tujuh, sbb ada tujuh orang satu grup kan, so tak tau la apa nak dibikin ngan logo tu. Then ada la few aktiviti lagi before balik bilik, mandi, dinner dan aktiviti masuk hutan di malam hari. ok sambung, ponek dah ni.

Farid kata: Aktiviti ni cam ni bagus untuk smua pejabat sbb kadang kadang, ada few person yang sifatnya lain sedikit bila diluar pejabat, samada jadi lebih baik ataupun sebaliknya terserah deh.

Tuesday, November 12, 2013

Teambuilding JKK 1


*zerul teran berak*

ok ni nak cerita perihal pi teambuilding ngan rerakan opis yo. Pada petang jemaat lepas, rerakan opis smua adalah berangkat ke Felda Resident untuk memulakan sesi timbilding. So reramai pi naiki bas kompeni. Tak ramai pun, tapi sokay la. Julung julung kali ni dapat pegi. So perasaan adalah bercampur baur, ada hepi, ada tak berapa hepi, tapi semat dalam hati baik baik, ini adalah untuk kebaikan diri sendiri dan juga pejabat. Ok kita pegi. 

*bilik adalah tonggang langgang*

Yang sbenarnya gambo gambo nya banyak kat kamera opis, tapi disebabkan gua yang pemalas kedaung ni, malas nak pi ngutip, tgk la kang kalau rajin gua kutip lalu upload, lalu berfikir, lalu taip lalu publish. Lalu gua rasa malas lagi. Ok ok berbalik cerita timbilding. Nama pun timbilding. Harus lah cerita smua tentang pasukan, ada la juga cerita pasal diri sendiri. So aktibiti smua bagus dan have fun. 

*Walaupun berteambuilding bagai tak bererti tak perlu main game, hai 3DS atas katil*

Gua adalah sebilik ngan zerul. Bilik ni antara yang ujung ujung. Yer kalau ko sesaja nak ke Felda resident ni cam err err tak berapa disyorkan sangat. Bukan apa, tak de menda kot kat sini. Seingat gua, kolam renang pon tak keliatan. Tak tau la kalau kolam nya tersorok ke camna kan. 

*Siap ada kemudahan pembacuhan air bagai*

Oh dan dari bilik nak ke tempat makan dam tempat berkursus adalah jauh yo. Kalau cam nak pi makan ngan indoor activities ok lagi la, walaupun kene berjalan, ni yang kalau nak pi masuk hutan atau fliying fox. Ya ampun mmg jauh okay. Belum buat flying fox, tapi berjalan kaki dah penat mengalahkan ke hapa. Gua bajet bajet mmg gorgonizer ni sengaja seksa peserta suh jalan jauh. Hari hari ko duduk opis pos pos cantek depan pc kan, sekali sekala haaa jalan la kau sejauh mungkin. 

*Bersama norin nor sebelum masuk hutan di malam hari*



*yang lain tgh sibuk nyanyi lagu ini lah barisan kita, yang belakang tu adalah mr yang (bos norin nor) ngan ms lee (bos kak parah) ni smua tgh gigih jalan kaki nak pi buat flying fox katanya*

Gua akan cerita lebih terperinci di entry akan datang. *ayat nak selamatkan diri dari menaip panjang lagi. Eh bukan bukan, ni sbb takdak gambo, tak reti la pulak nak naip tanpa gambo nya. Bersabar lah.

Farid kata: Menjauhi tak bererti tak suka, tak suka tak bererti perlu menjauhi, haa pening tak?

Friday, November 8, 2013

Bila orang kata...


*yang paling tinggi dan hitam tu adalah gua*

Korang pernah tak orang kata korang sombong? muka riak? kekwat? pernah? Gua slalu menghadapi situasi macam bila pegi kusus atau berjumpa dengan orang orang yang gua tak kenal di dalam sesuatu majlis, contoh majlis kawen, majlis sunat budak, majlis cukur jambul. Yer gua mmg muka sombong, muka kekwat, mmg tak friendly langsung. Sbb apa? sbb gua rasa rengsa kalau orang yang ramah tamah tak tentu hala walaupun ko baru kenal lima menit yang lepas. Paham? Baru kenal lima minit, tapi ko dah cerita macam macam. Kalau gua nak tau apa apa, gua akan tanya, kalau gua tak tanya, maknanya gua tak mo tau pun. So kalau orang kata "selalu selisih tak pernah senyum pun" warevaaaaaa gua bukan retis pun nak lambai ratu sepanjang jalan. Dan plus gua RABUN, so tak nampak orang dari kejauhan, jadi tak payah nak sentap sangat kalau gua tak senyum ke apa. Ko jauh sebatu dah angkat tangan, camna la gua nak cam?! 

*Rangup ohhhhhhhhh*

Ok habis cerita mempertahankan diri dari dilemparan tuduhan tidak berasas. So cerita pasal makanan pulak. Baru baru ni duk suka makan roti sardin. Sedap kauuuuuuuuu. Tapi regenya pun cam mahal la juga. Rm2.50. Haa pernah skali gua beli benjo kat rumah, rm2.00. Hello telo je kot?! ke telor ayam emas?! mahal nya la hai. esok lusa nak meniaga berger ngan roti canai la. Untung untung tetiap tahun leh pi haji. 


*Satu sticker orang kotak, satu sticker panda kurus*

Malam smalam lepas keje singgah toy r us Ikano, saja serbei serbei gundam, whoaa dorang punya banyak stok rupanya. Tapi nanti akan gua ripit kesana. Pastu jumpa gantungan pelekat pelekat comel. Pastu rasa cam lama dah tak beli sticker pastu tampal merata, jadik beli dua. Mengada sangat nak jugak kluar duit. 

Farid kata: Asal orang lain cuti je gua la jugak hadap mengganti kerja orang cis

Thursday, November 7, 2013

Bila zaman dah canggih kita perlukan Readr dan Magzter

Ok kali ini nak cerita pasal membaca mag secara digital. Setelah mendapat pengajaran pada tahun lepas, gua telah menghumbankan segerombolan majalah tanpa rasa bersalah, yer mmg banyak, bayangkan tetiap bulan beli tiga mag, setahun ada tiga ploh nam bijik mag untuk dibuang, cer plak korang kira berapa duit smua tu masa nak membelinya? haaa membazir kan? amalan syaiton kan?

*napsu kuda betol la ko ni Kanye, Kim peknen lagi kekdahnya*

So demi sahaja mengelakkan pembaziran gua pun tercari cari la apps yang sesuai nak membaca mag secara digital. Pastu jumpa sama Magzter dan Readr ini. Tapi tapi tapi mesti korang kata, eleh kene beli juga, kuar duit jugak kan? tetttt salah, pada korang yang ada ipad atau iphone, make sure ianya telah di jailbreak lalu membolehkan korang membaca secara free dengan bebas nya. Matik la suh orang jailbreak bagai smata nak baca mag free. Tapi percayalah ianya berbaloi. Cam Magzter, gua rasa apps ni asalnya dari india, sbb banyak mag popular versi india, tapi tapi tapi dia ada juga smua majalah dari Mesia. So? best la. Pastu Readr pula banyak majalah majalah yang glam seantero dunia, contoh majalah OK!.

*Haa see banyak majalah mesia kan?*

Jadi tunggu apa lagi? pi ramai ramai pi donload apps ini, tapi jangan lupa pula pi jailbreak skali, pada yang takut jailbreak nanti device korang tak stable ke hapa, leh je beli je majalah majalah ni secara online. Paling tidak takde la rasa bersalah nak humban fizikal majalah tu nanti, disimpan leklok lam device korang. Oh satu lagi, pada yang gila masuk peraduan lam majalah, sperti gua dua tiga tahun lalu, gua tak sakjes kan utk pakai apps ini, sbb dalam versi digital takde mananya ada peraduan kerat kerat majalah lalu menang perfume yo. So apa tunggu lagi?

Farid kata: Mana kita leh jimat, kita jimat lah.

Wednesday, November 6, 2013

Karok, makan rojak tak sedap dan binatang misteri


*sian amni bantai main kete je la, walaupun pompuan*

Assalammualaikum, yer cuti empat hari langsung tak jenguk blog ke apa, sibukkan main game pagi petang siang malam saja. Ok seperti kita bertemu lagi dalam segmen bikin entri sekali harung untuk seminggu. Seperti mana yang korang sedia maklum, itu hari ada cuti deepavali plus some more cuti maal hijrah, jadi gua pun feeling amek cuti senin walaupun cuti dah sendu, ngada ngada nak duduk umah. So balik la pd. Adik mai amek kat bank, almaklumlah, kita takde kete, so kene la lady drebar mai amek, pastu gua la drive balik pd. Yer jalan jammed cam kehapa, pastu tgk kat waze pun jammed plak kat nilai sana. Dengan rasa feeling hebat kuar dari highway nilai tu terus masuk Lekas, ujung ujung ko ingat ko selamat?! tak jugakkkkkk, jammed plak kat batang benar tu, redho je la, caya sangat ngan waze tu kan. ujung ujung kul lapan lebih sampi umah, tiga jam kauuuuu dalam kete.

*sambil makan sambil tgk youtube, paklong pun tak mampu buat gini*

So cuti empat hari tu pun takde la kemana mana, takat takat kuar ngan adik pi beli barang dapur la, bawak anak buah jenjalan la, pi karok la. Tu je pun selebihnya main game. haa ada satu cerita ini. Satu malam tu gua tido kat umah satu lagi, bukan umah apak gua di resort la. Umah ni mmg balik seminggu sekali je, kadang apak gua balik nonton movie je kat situ. Pastu kemal ada la skali. Masa tu dah pukul satu pagi la lebih kurang, gua duk main game dalam gelap, kemal dah dengkur dengkur tak sedar diri, skali dengar bunyi plastik di kerunyuk kerunyuk, paham kerunyuk? cam di gumpal gumpal kan la. Pastu gua cam hebat hebat je suluh la pakai nintendo yang ada ditangan, dah cahayanya cam kelam kelam gua kelam je, pastu dalam gelap tu kejut kemal ngan bukak lampu terus.

Gua: mal ko dengar tak bunyik tu?
Kemal: bunyi pebenda? *sambil menguap gosok mata*
Gua: tu bunyi cam pastik bergerak gerak
Kemal: kat mana plak bunyinya
Gua: tu atas lemari sebelah ko tu
Kemal: *pos pos dalam keadaan bingung*
Gua: cer tolak tolak sikit pastik tu
Kemal: *masih lagik statik, terpinga pinga*
Gua: Nah amek ni cer try tolak tolak (sambil ulur patung ultramen ikhwan)
Kemal: tolak pakai ni?
Gua: aa ah la tu je yang kira panjang (ada sebakul besar mainan ikhwan kat situ)
Kemal: *tolak tolak takde pape pun*
Gua: err tadi gegerak ni senyap plak *sambil tangan pegang pistol air, get redi nak ketuk la kot kot hewan tu melompat ke apa*
Kemal: Dah la takde menda kot 
Gua: gila kau buatnya ada minatang ke apa, dia lompat cakar muka ko kang
Kemal: ishk dah la takde menda tu
Gua: jom la balik resort
Kemal: ishk ko ni dah pagi buta ni kot
Gua: Tido bukak lampu je la
Kemal: hah bukak lampu? terang la
Gua: yer la, kang kalau tutup kang dia bunyi balik, dia berani masa gelap
Kemal: dah la tido la *malas nak layan gua

So pasrah je la tido lampu terbukak, masa subuh tu, kemal pi bantai tutup lampu lak, gua dah tak keruan, kang minatang ni marah sbb tadi dijolok jolok, pastu dia lompat kat muka pastu tarik rambut kang camna?! matik la penakut kan. Lantak sana, kepala dah pening pening lalat ni tak cukup tido, so pastu terus lena sampai kul 10am. Jadinya persoalan apakah minatang itu tak terjawab, kot la minatang, buatnya hantu?!

Ikhwan cakap "paklong, ngapa kita makan tepi jalan?". Paklong lak jawab "sbb kita tak mampu makan kat hotel"

Hari senin mmg dah buntu duduk umah, kemal balik keje mai PD terus ajak adik pi karok esoknya, so berkarok la sampai pinksun. siang tu pi makan rojak ngan abc. Rojak tak sedap, abc kedekut dan paling tak bestnya adalah mahai. cam tehapa. 


Ok dah tu je cerita minggu ni. Minggu depan insyaallah kasik cerita pasal teambuilding plak. Ok bye

Farid kata: Tapi gua rasa itu adalah tikus *matik la tak puas hati lagi sampai saat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis