Thursday, December 8, 2011

Kijang Treasure Hunt 2011 cerita yang tercicir

Cerita ini sudah keciciran, tapi gua mau upload juga kerna gambar sudah ada. Sebelum cek in di Legend, kami berhenti di tepian gantang jalan raya beberapa kilo dari hotel untuk mengisi perut yang sudah menjerit jerit minta mau diisi. Nama kedai tidak diketahui, dan menyedia nasi kukus yang enak lagi lazat. Kita ikuti sorotan kejadian ini.

*ayam sedap, tapi kari pekat likat dan pedas*


*Gaya seorang usahawan*

*Bok, ko makan ke berangan?*


Jumlah keseluruhan tidak diketahui ini kerna ada orang belanja, alahamdulillah rezeki di hari memburu. Itu sahaja.

Farid kata: Burpp alhamdulillah baru lepas makan Subway, hasil dari kupon percuma

Wednesday, December 7, 2011

Kijang Treasure Hunt 2011 part 2- Bersantai santan

*Cinta diahkir garisan, ziana zain, ning baizura, nora dan kanan sekali dessy (yg penyanyi pendek tu) *



*ini bukan kumpulan dikir barat*

Ok setelah berhempas pulas memerah otak juga keringat, sampai lah kami di cek point terakhir. Serah jawapan, pastu beli makanan sikit pastu ambil tulip seterus ke Lengend Cherating dan jalan lah. Gua sebilik dengan nok, choi dan salimi pula di sbelah. Tapi punya seksaan nyawa kerna bilik kami adalah paling hujung, jadi mengambil masa jugalah mahu berjalan dari lobi ke bilik.

Biliknya adalah biasa biasa aja, ekon takdak, bilik choi pula lampu tarak, agak terhapa hapa jua lah keadaan kepanasan disitu. Tukar baju, tukar seluar, keluarlah kami beramai ramai bersantai di tepi pantai. Bergambar sampai menonggeng nonggeng.

*tayang ketiak oi*


*menangis adriana lima tgk kaki gua*

*ada yang pelik gua pakai baju Domo, apa tak cukup langsi ke?!*

Selesai bergambar macam tak pernah jumpa pantai, bergerak lah balik ke bilik untuk mempersiapkan diri untuk makan malam. Semasa elok dah bersiap nak kluar makan malam, terus black out plak ada empat bangunan yang blackout. Kenapalah dengan Legend ini ?! serbis macam mengarut sungguh.

Farid kata: Tiket dah beli, skarang booked hotel pula

Wordless Wednesday 11



Tuesday, December 6, 2011

Kijang Treasure Hunt 2011 katanya

*Jentera yang menggerakkan kami*

Tanggal 3 Dec adalah masa untuk mencari harta karun, berbekalkan nama "Angin Kencang Sehingga Rabu" (ok gua tau itu nama paling mengarut gua pernah dengar, salahkan nok) yang di anggotai gua dan choi sbg pencari jawapan, nok sbg navigator dan Sally menjadi pemandu lori ayam. Seawal 7 pg masing masing dah tercongok kat Sasana Kijang. Ada sikit je lagi briefing sbb petang jumaat yang lalu pihak penganjur sudah memberikan briefing yang sepenuhnya beserta ikrar taat setia bagai.Treasure hunt kali ini adalah dari KL ke Hotel Legend di Cherating. 

*dari kiri choi, nok, farid dan sally*

*bersosial sebelum flag off, sally, choi, nok, man dan zerul*

*bersama man tony, bekas ahli kumpulan kami yang menarik diri kerana mahu menaiki bmw pada tahun ini, ye la kami tak de bmw*

Bekalan sarapan yang diberi berbentuk roti tiga ketul, sebijik pisang, sebijik epal dan sekotak air sedap. Smua itu haruslah di makan dalam kereta kerna kami ini smua tidak diberi peluang untuk makan makan sambil duduk dengan selesa sambil merokok. Satu gua kurang gemar dengan Treasure Hunt ini adalah kerna pasti gua akan skip makan tengahari, dan itu bisa membuat kan kelaparan yang melampau seterusnya mengundang pada sifat kehanjengan. Tapi alhamdulillah gua manage jua utk mengawal kadar kelaparan dengan memakan nachos, roti coklat, susu sebotol, dan rokok berbatang batang. 

*smangat berdiri atas platform utk gorup picture, kononnya*

*Tgh koling kak tin sewaktu menjawab soalan keselamatan jalan raya*

Tahap kesusahan soklan tu lu orang jangan lah tanya, sbb mmg tiap tiap tahun pun adalah kesukaran yang sama, kalau soalan senang pasti ramai yang menang dan bakal mencetuskan perbalahan di kemudian hari. Jadi marilah kita menjawab mana yang termampu. Ini kali punya TH, ada mid point, yang terletak di hentian mana ntah, dimana lu orang harus menyerahkan 15 jawapan terawal beserta dengan 2 Gambar dan mendapat balik baki soalan beserta gambar yang harus diselesaikan sbelum sampai di cek point terakhir. 

Kami antara yang terawal sampai di mid point itu, menang lumba sahaja la, jawapan belum tentu. 
Ok sambung lagi...

Farid kata: Cerita penang tak update lagi tetiba lompat cerita TH pula

Friday, December 2, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis