yang keciciran, ingat semalam hari isnin
Thursday, February 9, 2012
Wednesday, February 8, 2012
Jantungku di Kinabalu part 1
AMARAN KERAS: Ini adalah entri bersih dari segala adegan sindir menyindir mahupun menyakiti hati sesiapa. Entri ini dan tajuk lanjutannya adalah semata mata berkonsepkan pelancongan dalam negeri. Dan kompom tak de kene mengena dengan musuh mahupun mereka yang gua benci seumur hidup gua.
Terima Kasih, Farid Manjora.
| *bukan orang ini yang menulis kata kata di atas itu* |
![]() |
| *Beg gua yang berwarna hitam dan terbaring kaku itu* |
Setelah sekian lama berperancangan mahupun bertungkus lumus menempah tiket penerbangan dan penginapan, 4 feb lalu berangkat lah gua ke Kinabalu. Membawa hati yang yang sedikit lara yang penuh dengan dendam dan kesedihan, ayat drama korea episod 30, you are my destiny.
Flight pukul 530pm, jadi seawal 2pm sudah kluar rumah and heading to KLIA via ERL. Sampai KLIA, trus set fikiran mau makan dahulu *walaupun gua dah melantak ayam masak merah kat rumah. Makan mekdi sudah memadai, since dlm flight juga disedia kan makanan.
![]() |
| *Sedap benar, walaupun hanyalah dabel cis berger sahaja* |
| *bila la gua dapat ada pesawat sendiri* |
Lupa pula, trip kali ini gua dan akmal sahaja ke Kinabalu. Usai makan makan, wajiblah menuju ke anjung tinjau, tak lengkap hidup kalau ke KLIA tapi tidak ke anjung tinjau. Tapi malangnya Emirates A380 tidak la menunjukkan diri disitu. Hampa
5pm sudah check in dah prepare di gate B8 dan seat gua adalah 7E, MH2662, 515pm sudah berada di seat. Smangat memulakan perjalanan walaupun sudah petang dan keadaan bakal bertukar gelap lagi beberapa jam.
| *memula cam tak ramai, sekali flight adalah penuh sendat* |
| *Duk memikirkan ada sorang amoi pakai skirt kembang mengambil gambar dengan pose yang teramatlah pelik* |
![]() |
| *Kemain gembira bukan kepalang dapat duk tepi tingkap, bukan hari hari dapat naik kapal terbang* |
Dapat seat tingkap gara gara bertukar seat dengan akmal. Menu malam itu adalah nasi bersama ayam merah atau nasi bersama ikan apa ntah. Wajib lah mengambil ayam, dan nyata pilihan tidak silap, walau baru lepas makan ayam merah dan menelan sebijik Dabel cis beger, gua tetap habisin makanan dalam penerbangan itu.
![]() |
| *Kek buah tu mmg sedap nak mampos, akmal punya pun gua tibai* |
Seperti yang direncanakan, 2 jam 30 menit selepas itu sampailah kami di KKIA, gua terus Halo halo rezal, dengan kepantasan bunyi beliau terus sampai. Dan lalu ke Kampung Nelayan Seafood lah kami. Kalau lu orang tanya gua kat celah mana nya letak restoren hebat ini, sumpah gua tiada idea. Rezal belok belok trus sampai, lu mmg hebat zal. Jadi jikalau berminat mau pergi sini, sila google.
![]() |
| *Penuh ngan ketam, sotong, lala dan macam macam lagi, tapi gua makan sipi sipi saja* |
Bersteam boat lah kami bertiga malam itu. Oh lupa, Rezal adalah kakitangan yang baru sahaja bertugas beberapa bulan yang lalu di cawangan KK. Jadi harapkan beliau lah membawa kami makan dan seterusnya mengambil kereta sewa. Memula kemal katanya tak makan seafood, elergi katanya, ujung ujung dia ngan rezal sama naik makan dan aku keciciran gara gara flu bagai nak gila lalu hampir jatuh sakit.
![]() |
| *Mmg tak bermotif buat bibir camtu. Lu orang tgk dua umat kat blakang tu punyalah bersungguh makan* |
Total untuk makan 3 orang set Steamboat dan bottomless chinese tea adalah RM70++, mmg banyak makanannya, kalau diukur dari keupayaan gua makan, mmg lima org boleh makan dalam set ini. Oh ye, seawal minit pertama rezal sudah menempah tempat ini, kerana tempat ini adalah ramai, dan jika tidak membuat penempahan, makanlah korang dalam kolam yang luas itu.
Selesai makan makan, pergilah mengambil kereta sewa yang telah di tempah awal dgn staf yang bertugas di cawangan itu jua. Harga amatlah berpatutan. Dan rezal mengguide kami terus ke Magelan Sutera Harbour. Bilik adalah Garden View dan berpuas hati dengan bilik itu.
| *katil yang sudah memanggil manggil, bukan berhantu yer* |
| *Bilik air yang lengkap dan amat praktikal, tapi nak cebok tak de paip, pandai pandai lu orang mau membersihkan ekzos memasing* |
Setelah menyerah sepuluh biji roti krim gardenia pada rezal, lalu bercek in lah gua, makan ubat, mandi lalu tidur seperti orang mati, yang teramat penat seolah berenang menuju ke Kota Kinabalu. Kentut pun tak sempat, mata dah lelap.
Farid kata: Memula mmg la lu dapat taip panjang, semangat kononnya, bila dah ujung ujung lu upload gambar je, jadilah wordless wednesday, donia donia
Friday, February 3, 2012
Dia kelihatan cantik, tapi dia mmg cantik
Since gua dah lama memeningkan diri ngan segala hal opis, sudah tiba masa nya kemas kemas beg and leave.
Lapangkan dada, kosongkan minda.
Sepeninggalan gua, yang berada di semenanjung, lu orang jaga diri baik baik, amalkan nilai nilai murni.
Okbai
Farid kata: Rezal kirim roti gardenia banyak banyak, gua dah beli satu kotak, harap maklum
Lapangkan dada, kosongkan minda.
Sepeninggalan gua, yang berada di semenanjung, lu orang jaga diri baik baik, amalkan nilai nilai murni.
Okbai
Farid kata: Rezal kirim roti gardenia banyak banyak, gua dah beli satu kotak, harap maklum
Thursday, February 2, 2012
Jangan dan tolong
Jangan suruh saya buat itu ini
Kerana saya bukan kanak kanak
Jangan paksa saya mengaku perkara yang tidak saya lakukan
Kerana saya bukan kanak kanak
Jangan tuduh saya yang tidak tidak
Kerana saya bukan kanak kanak
Jangan buat saya rimas dan lemas
Kerana saya bukan kanak kanak
Jangan guna jari telunjuk, menunjuk kan anda berkuasa lalu mengarahkan saya
Kerana saya bukan kanak kanak
Jangan mempertikaikan tindakan saya
Kerana saya bukan kanak kanak
Jangan cuba mengajar saya tentang perkara yang saya tahu
Kerana saya bukan budak budak
Jangan cuba menyindir orang lain
Kerana anda sendiri belum cukup dewasa.
Pesanan ikhlas dari farikh manzora *bukan nama sebenar*
Anda seorang loser dan jangan cuba sekali kali membuat kan hidup orang lain loser seperti hidup anda. Kerana ia tidak akan berjaya lalu anda akan marah pada diri anda sendiri dan secara tidak langsung anda menjadi seorang yang memualkan.
Farid kata: Cuba hormati orang lain sebelum menyuruh orang lain menghormati anda, kerana anda belum habis memikirkan tentangnya.
Kerana saya bukan kanak kanak
Jangan guna jari telunjuk, menunjuk kan anda berkuasa lalu mengarahkan saya
Kerana saya bukan kanak kanak
Jangan mempertikaikan tindakan saya
Kerana saya bukan kanak kanak
Jangan cuba mengajar saya tentang perkara yang saya tahu
Kerana saya bukan budak budak
Jangan cuba menyindir orang lain
Kerana anda sendiri belum cukup dewasa.
Pesanan ikhlas dari farikh manzora *bukan nama sebenar*
Anda seorang loser dan jangan cuba sekali kali membuat kan hidup orang lain loser seperti hidup anda. Kerana ia tidak akan berjaya lalu anda akan marah pada diri anda sendiri dan secara tidak langsung anda menjadi seorang yang memualkan.
Farid kata: Cuba hormati orang lain sebelum menyuruh orang lain menghormati anda, kerana anda belum habis memikirkan tentangnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)







