Tuesday, April 26, 2011

Makan lagi sambil memerhati budak yang pelik tapi bukan hantu la


*konon iklan fresh oren yang hebat*

Ok seperti biasa aku pi tempat kegemaran kat kampung baru sana untuk makan makan. Asik la makan, makan dan makan, bila kau nak pi melancong farid oi. Ok makan dan melancong sangat tak relevan. Slalu pun kalau makan kat kedai ni aku order teh tarik je, dan ujung ujung aku macam meloya. So dihari itu decide utk minum fresh oren, feel feel tepi pantai. 

Sedang makan makan sambil borak, ada plak sorang budak lelaki ni like teenagers rasanya, duduk meja sebelah pastu order air kosong je. Ala budak biasa je kan, so abaikan. Tgh aku borak pastu gelak cam org hilang akal, budak tu duk tenung je. Aku tanya double a, apa buruk naw ke aku gelak? ke dia ingat aku ni penceramah bebas? 

Then aku abaikan lagi. Setelah budak tu settle baca paper dia trus berlalu pergi bawak beg besar beroda. Aku pun perati la, double a kata, he's look weird. Ditengah tengah jalan menghala ke LRT stesen, ditinggalkan begnya di tengah jalan. Aku suspek lam beg tu ada bom, tak pe lagi la kan, dari double a nak curik beg budak tu sbb dia tak de beg beroda nak pi Bali. Keji oii prangai. Then budak tu disapear, hilang begitu sahaja. 

Dan kesimpulannya adakah budak itu sedara mara hantu pramlee or what? Begitulah flash back saya. 



*Nasik goreng blacan yang tak rasa belacan*

Pesanan Farid: Jangan berperangska yang bukan bukan. Dan jangan nak curik beg org haha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis