Sunday, July 31, 2011

Stacy- Kisah Dongeng

Stacy : Kisah Dongeng

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja











Muat Turun:


Stacy- Kisah Dongeng.mp3

Rossa- Sakit Hatiku

Rossa - Sakit Hatiku

Dia lebih layak dariku
seperti apa yang kau mau
kau juga tetap menginginkanku
hanya tuk keterpaksaan





Muat Turun


Rossa- Sakit Hatiku.mp3

Thursday, July 28, 2011

Kap pung Kap

*gua tak tau apa nama mee ni sebab member gua sudah pilih isinya sendiri*

Cerita gua dah tunggang langgang, ikut sedap tekak gua mahu mana yang didahulukan. Sebelum gua sampai Langat, member gua phewit mau singgah carefour ampang, beli itu ini. 

Masa turun dari tangga bergerak tu, gua perasan ada pasar siam di luar. Pada awalnya gua ingat ada jual pakaian siam sahaja, rupa rupa ada juga jual pelbagai jenis mee juga mangga pulut.

Gua paksa paksa member gua singgah situ juga. Gua siap msg mayah sopiah beritahu gua dapat makan mangga pulut ini. Gua makan sambil senyum senyum simpul. 

*Mangga pulut lemak berkrim disukai ramai dengan air kelapa sejuk nyaman*

Pesanan Farid: Tak dapat pegi Siam, dapat makan kat pasar siam pun jadi la. Mana mampu gua nak jalan luar negeri.

Berakhirnya era "teksi angkasa lepas"

Pada khamis lalu, shuttle milik NASA iaitu Atlantis telah membuat pendaratan yang terakhir, sekali gus mengakhiri khidmatnya membawa angkasawan dan muatan bekalan ke stesen ISS. Atlantis sudah berkhidmat dengan NASA selama 30 tahun. Dan memegang rekod perjalanan ke angkasa lepas paling lancar. 

Selain Atlantis pihak NASA juga mempunyai lima lagi pesawat ulang alik. Enterprise, Columbia, Challenger, Disovery dan Endevour. Tapi malang bagi Challenger dan Columbia yang mengalami kemalangan ketika di lancar kan ke angkasa. Challenger meletup pelancaran pada tahun 1983 manakala Columbia pada tahun 2003. 



Pendaratan terakhir Atlantis




Sedikit fakta mengenai Atlantis, Ianya di hasil kan oleh Rockwell International Company di Southern California dan di hantar ke John F. Kennedy di Florida pada April 1985. Ianya dilancarkan untuk misi terakhir (STS-135) pada 21 Julai 2011. Menjelang misi terakhir Atlantis ke stesen ISS, ianya sudah mengorbit bumi sebanyak, 4,848 kali, terbang sejauh, 126 juta batu di angkasa atau bersamaan 525 kali ganda jarak ulang alik bumi ke bulan. 

Panjang sesebuah shuttle atau orbiter adalah 122 kaki iaitu bersamaan dengan 3 1/4 bas. Dan orbiter terberat adalah Columbia iaitu seberat 178,000 pounds yakni bersamaan dengan berat 13 ekor gajah afrika.


Atlantis sudah membawa lebih kurang 156 angkawasan dalam lebih 33 misi. Disebabkan Atlantis menuju ke dua destinasi berbeza iaitu MIR dan ISS, tidak semua angkasawan pergi dan pulang dengan Atlantis. Seramai 146 angkasawan sahaja yang pergi dan pulang dengan Atlantis. Angkasawan Jerry Ross memegang rekod paling kerap mengemudi Atlantis iatu sebanyak lima kali.

Angkawasan Rodolfo Neri Vela pula adalah angkasawan pertama mengemudi Atlantis dalam misi STS-61-B, dan warga Mexico pertama ke angkasa lepas.


Fakta yang ini lebih menarik, Pada May 2009, Angkasawan Michael Missimino yang terlibat dalam misi STS-125 adalah manusia pertama menggunakan twitter di angkasa lepas. Hebat bukan?


Para angkasawan Challenger yang tekorban pada 1983



Saat Challenger di lepas kan

Columbia meletup di udara


Para angkawasan Columbia yang tekorban.


Selepas menamatkan perkhidmatan ulang alik angkasa lepas, pihak NASA akan bergantung pada Russia untuk meneruskan misi membawa angkasawan dan juga bekalan ke stesen ISS.


Pesanan Farid: Sekian sahaja kelas angkasa lepas kita pada kali ini.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday 3



Pesanan farid: Konsep mengimbau kenangan lampau

Berangan angan jadi juruterbang pesawat pejuang rusia




Ok dari Mines tadi, gua gerak pegi Muzium TUDM. Member gua memang memasang impian ke muzium ini, cuma gua sahaja yang malas mau kona ke Muzium ini.

Lokasi di Jalan Sungai Besi. Muzium ini menempat beberapa pesawat yang pencen, pesawat yang tidak digunakan lagi. Masuk adalah percuma.


Pintu masuk nya gua rasa agak sadis la. Sedih sahaja. Dan pabila lu orang masuk, lu orang akan hilang arah tuju kerana tiada petunjuk arah. Tapi lu orang takkan sesat. Muzium ini juga sesuai untuk sekeluarga, kanak kanak pasti akan teruja tatkala melilhatkan pesawat pejuang mahupun pesawat pengangkut yang dipamerkan.

Segala data terperinci seperti nama pesawat, tarikh buatan, kapisiti enjin ada di pamerkan disamping pesawat.


*Juruterbang palsu*


*ini bukan pesawat airasia*












Untuk pengetahuan lu orang, lapangan terbang TUDM sungai besi ini bakal dialihkan di masa akan datang untuk memberi laluan kepada pembinaan Flat satu Malaysia. Dan mungkin jikalau lain kali lu orang ke muzium ini, bukan lah letaknya di Sg Besi lagi.

Pesanan Farid:  Gua hepi, gua senyum

Tuesday, July 26, 2011

Miss A - Goodbye Baby

Miss A - Goodbye Baby
From album- A Class


Good bye, baby good bye
just turn around and walk forward
Don’t say anything
and please just disappear now
Baby good bye, good bye

Download:




   
Pesanan Farid:  lu blah berambus


Sesak menyendat

*kalau terjun, masuk lam sungai, tak mati kut*

Dari Langat, gua drive stret ke bangsar, cuci kereta dan ke TMC, member gua beli air berbotol botol, bukan untuk mabuk mabuk, tapi untuk periuk bernasib baik pejabatnya. Fikir punya fikir, pergi Mines pula lah. Cari parking punyalah seksa, bukan gua pesen pesen nak parking depan pintu pun, tapi yang jauh dari pintu pun dah penuh. Member gua membeli dvd game, gua tak tau tajuk apa. Gua beli selipar body glove yang akan mengambil alih tugas selipar banana peel gua. 

Penat jalan jalan, singgah foodcourt sbb foodcourt ada open air sesuai untuk merokok. Sedut dalam dalam sampai puas sambil hirup teh tarik tak sedap payau, dan sambung jalan lagi.

Ternampak pula kedai sushi yang enak lagi menggoda upama perempuan menari gelek di depan mata. Gua capai mana mana yang berkenan, gua beli sushi berdasarkan taraf kecantik sushi itu. Senyum meleret, Gua hepi.

Dah dapat beli selipar dan sushi, ke destinasi seterusnya lah. 

Pesanan Farid: Dah macam travel agent, gua menerangkan secara teperinci pada member gua tentang perbelanjaan cuti cuti September. 

Monday, July 25, 2011

Pesen pesen makan bahulu dengan stail

Pagi pagi mata gua pisat pisat, antara pejam dengan tidak. Gua dengar member gua bersiul siul sambil betulkan jambul. Gua raba raba bawah selimut cari henfon, jam 9 pagi. Gua bingkas bangun, capai tuala mandi. 

Kepala gua agak tingtong, gara gara anjing menyalak pukul 3 pagi. Mula mula jauh, makin lama lama makin dekat. Akhir anjing tu port depan pintu rumah member gua. Serupa lu taruk anjing sebelah telinga lepas tu lu paksa dia menyalak, begitulah seksaan yang gua tanggung. Curse yiu doggy (sumpah gua dalam bahasa inggeris)

Jangan tanya gua kenapa anjing tu menyalak, nampak hantu atau pencuri gua tak tau, gua mau tido saat itu.

Pompang pompang esok nak raya, gua lupa kasik tau mana lokasi kedai ini. Pekan batu 18 hulu langat ya kawan kawan. 

Ikut rancangan awal, kami mau pekena laksa tepi sungai. Tapi kedainya tutup. Lepas itu gua phewit je la membuer gua, kita makan mana mana yang buka sahaja la nanti. Member gua nan satu ini memang tidak banyak bunyi mahu pun dakwa dakwi. Lu heret la pegi mana pun, semua dia ok sahaja. Tuju jalan besar gua nampak ini Bahulu classiq, serta merta member gua suruh berenti, mau beli bahulu bawak untuk potluck di pejabatnya esok. Apa kelas bawa bahulu untuk potluck? paling paling mau nasi tomato ka, beriyani ka, nasi ayam ka




Mula gua ingat ini kedai jual bahulu sahaja, ya la takkan jual basikal mahupun alat pertukangan pula. Bila masuk dalam, agak terpegun juga, kedainya bersih. Dan ada juga mee jawa, laksa, soto, mee kari, nasi lemak, karipap dan kuih bakar. Selain bahulu lu orang boleh beli kerepek mepek disini. 




Member gua sental nasi lemak dua bungkus, gua makan soto sahaja. Gua takut gemuk di kemudian hari, jadi segala pengambilan zat dan lemak juga perlu gua sukat secara teperinci. Oh tidak lupa pada teh tarik kesayangan hamba. Teh tarik rendah lemak.



Layanan oleh awek tersebut juga sangat mesra. Sebelum sambung perjalanan balik ke Kuala Lumpur, Gua sempat capai bahulu cappucino dan kuih bakar, dua dua pun enak. Lu orang kalau ke langat patut singgah kedai Bahulu Classiq ini. Berbaloi baloi.








Zaman sekarang mana mau bagi telur semasa majlis perkahwinan, "that trend soo yesterday" bak kata member gua. Jadi ada juga yang menghadiahi tetamu mereka, kek cawan, bahulu dan kipas. Ok gua tak paham kenapa bagi kipas. Pada yang mahu menaiki pelaminan anganku tak musnah, molek lah sekiranya ke kedai ini untuk membuat tempahan. Packaging yang menarik juga disediakan. 


Pesanan Farid: Secara kemalangan (eksiden) gua terisi minyak ron97, dan gua rasa satu kerugian yang amat sangat. Kalau lah boleh di pulangkan minyak tersebut, sudah lama gua bertindak sedemikian.

Friday, July 22, 2011

Pagi pagi Jumaat


Pagi Jumaat, sedang gua belek belek kertas kertas dia atas meja, maya sopiah masuk terhendap hendap "Kak as bagi sempena harijadinya" dan sepantas itu dia terhendap hendap keluar.

Pulut kuning dan rendang ayam. Pagi yang penuh keberkataan. Selamat ulangtahun kak as dan terima kasih pada maya sopiah kerana sudi menghantar pulut dan rendang ayam tersebut.

Pesanan Gua: Mula countdown, ada lagi sepuluh minggu.

Thursday, July 21, 2011

Lambat lagi nak pencen

Fungsi rotate tidak berfungsi dengan baik


Ok sambung tulis setelah gua kenyang makan kuey teaw goreng yang sedap. Sehari dua ni gua sakit. Alasan yang kukuh kenapa gua tidak menulis, boleh kan?

Berkisar pada gambar sijil diatas, 17 julai lepas cukup sudah 11 tahun gua bernaung di bawah kompeni ini. Ceh bernaung macam la gua penyanyi berbakat. Bersempena dengan itu gua dihadiahi dengan sebijik frame yang terkandung sijil dan sekeping syiling.

Bukan sebarang syiling, ini syiling emas nilai ribu ribu. Ok gua rasa ayat gua sebelum ini macam sikit bongkak pula. Maaf. Gua tidak sertakan gambar syiling itu kerana ... kerana... gua malas nak ambil gambarnya.Peace

Pejam pelik dah lama gua kerja disini. Lama lagi nak pencen pun. Gua heppi, macam macam dugaan sudah ditempuhi dalam jangka masa 11 tahun itu. And lot more coming. 

Pesanan gua: Mahu pergi bercuti selepas syawal nanti, insyaallah.

Tuesday, July 19, 2011

Laki laki yang serba boleh


Sedang gua meluap luap nafsu ingin menikmati nasi ayam hainan di Stable steak house, Lu orang jangan hairan sangat kenapa gua makan nasi ayam di kedai jual makanan barat.

Bersungguh gua makan. Memang enak. Selesai makan, gua hirup air fresh oren puas puas, gua nyala rokok, sambil sambung topik yang gua bualkan sama member gua sebelum makan sebentar tadi.

Baru dua tiga ayat gua sambung, tiba seorang laki laki ini. Memakai jubah, berseluar jeans dan berkopiah. 

"Bang beli minyak panas bang" sambil hulur lima enam botol kaca berisi cecair putih seperti susu.
"Elok untuk main bola ni bang" pandang Sambil sambil gua buat senyum kelat.

"Tak pe arr bang kami pun kaki bangku tak main bola" balas member sambil bulat bulat mata memandang tanda penipuan sedang dilakukan.

Terus berlalu tanpa sebarang promosi. Berpindah pada selang semeja gua, mereka juga tidak berminat. Laki laki tadi terus keluar dari kedai bercakap seorang diri sambil sambil tangan diangkat seperti karam sing sedang membuat laporan. Tidak berpuas hati.

Sedari melihatkan beliau, gua fikir sejenak, gua rasa gua pernah tgk ini laki laki. PLING! (bunyi Magic) laki laki ini lah baggers di jambatan sogo itu. Yer benar memang dia. 

Mungkin jual minyak adalah pekerjaan sampingan barangkali. 

Biarkan laki laki itu berlalu pergi dan sambung merokok sambil berbual kosong. :)

Pesanan Farid: Asalkan rezeki yang halal

Monday, July 18, 2011

Maafkan kami penunggu gua

Gua minta maaf diatas kesalahan:

-gua tak dapat approve mana mana request di Facebook
-gua tak reply mana mana message
-gua tak return mana mana panggilan telefon
-gua tak say hi jika beselisih
-gua tak reply lu orang punya twit
-gua tak reply lu orang punya YM

Pasu pecah punya hal

Sambil sambil gua lepak dengan member gua. Minum teh, sambil merokok. sedut dalam dalam. Jam di tangan menunjukkan 12.15am. Itu jam malam minggu. Apa ada hal lepak sampai subuh gajah. Maka terbuka lah cerita tentang seorang kawannya. Agak mistik juga.

Tersubut la kisah ada seorang laki laki ini, emaknya gemar menyimpan barangan antik. Mamat ni memang gemar benar lepak lepak sama kawan kawan nya yang berportkan di rumah nya sendiri. Borak punya borak sampai la larut malam.

Mamat ni punya bonda pun ada juga simpan pasu pasu yang berisi bunga mahupun yang kosong dan disusun rapi.

Salah seorang kawannya berjalan la menuju ke pintu pagar dengan niat mahu pulang ke rumahnya, tersepak pula pasu yang disusun.

Lumrah dia pun minta maaf sahaja setelah menyepak pasu seperti menyepak bola untuk tendangan percuma. Mamat tuan rumah ini pun seperti tidak mengapa lah sekadar pasu sahaja.

selang beberapa hari, laki laki yang menendang pasu secara eksiden ini mula tidak keruan. Hidup nya rasa kacau bilau. Beliau yang juga pelajar di Pantai Timur. Semua yang menghampiri nya akan di marah marah, di maki maki.

Satu hari tanpa di sangka, laki laki ini berjalan kaki keluar dari kolejnya dan berjalan kaki menuju ke rumah mamat tadi di Shah Alam. Lu orang bayangkan betapa jauh bukan kepalangnya nak berjalan kaki.

Ibu bapanya di maklumkan tentang kehilangan anaknya dari kolej. Maka berusahalah ibu bapanya mencari anak nya yang agak misteri itu. Dan terjumpa lah dia di highway. Merayu rayu lah ibunya memujuk anak menaiki kenderaan mereka.

Sekerasnya kerasnya anak itu menolak. Tiada apa dapat dilakukan melainkan, bapanya mengambil keputusan mengfolow anak nya berjalan kaki sambil beliau menaiki kereta.

Sampai sahaja di Shah Alam, mamat tadi menuju rumah member nya, merayu rayu pula meminta maaf tentang pasu berkenaan. Kawannya pula kehairanan bukan kepalang. Apa yang serius sangat tentang pasu berkenaan?

Sehingga sekarang, laki laki tadinya menjadi kurang siuman, kadang kala ketawa, kadang kadang marah, kadang kadang sedih seorang diri.

Sekian.

Pesanan Farid: Kalau jadi pada lu orang, apa lu orang mau buat?

Friday, July 15, 2011

Menidakkan yang tidak

Gua mengelamun:

1. "farid, skarang lu kaya raya"- tidak, gua tetap semiskin yang dahulu

2. "farid; lu dah pakai kereta sukan"- tidak, gua tetap dengan kereta buruk gua yang sukaneka

3. "farid, gua dengar lu berskandal dengan pelakon wanita terkenal"- eh tak de lah, gua single la, bizi, mana sempat nak cinta cinta, gua happy dengan kawan kawan (Standard celeb punya jawapan)

4. "farid, buku yang lu tulis tu laris dipasaran"- Gua tulis buku budak tadika saja

5. "farid, lu tak pernah sedih asyik happy gelak ketawa sahaja" - Masa gua nanges lu ada nampak?

6. "farid, lepas lu putus cinta lu sedih?" - gua manusia bukan robot, im not faking it

7. "farid, gua nampak lu kat dalam butik armani minggu lepas"- masuk butik wajib beli ke?

Pesanan Farid: Mana yang "tidak" akan tetap "tidak". Akan tetapi mana yang "iya" tapi di "tidakkan" adalah satu pembohongan. Have a nice weekend guys : )

Makan free dan dapat baucar


Lu orang jangan keliru dengan tajuk gua, itu bukan promosi. Gua adalah seketariat kecil di majalah tempat gua cari rezeki. Setelah setahun bertugas part time sebagai seketariat kecil, dapatlah lah makan makan free dan juga baucar.

Tu je.

Pesanan gua: Sijil pertama untuk tahun ini.

Thursday, July 14, 2011

Jangan tipu, dosa mati seksa

Setelah gua rasa gua cukup smart, Gua pasang lagu kuat kuat, gua jalan dalam keadaan sederhana laju. Sambil jalan, mulut kumat kamit miming lirik dalam lagu.

Suasana hening dalam gerabak tren yang membawa sebilangan besar warga kerja menuju ke pejabat masing masing. Ada yang tidur, ada yang membaca, ada yang senyum seorang diri tatkala melihat skrin telefon bimbit dan ada juga yang fikiran menerewang di luar tingkap.

Hujan turun mencurah curah pagi itu. Dalam fikiran, memang enak jika dapat baring sambil peluk bantal kesayangan seumur hidup gua.

Selesai cucuk tiket, gua naik tangga bergerak, tak mampu nak panjat tangga yang tinggi tinggi. Sampai di atas stesen, nahh hujan makin lebat menderu. Gua ambil port tepi tangga, tegak berdiri semacam mau nyanyi lagu negaraku dengan harapan hujan akan reda.

Datang seorang pakcik yang buta gua rasa sbb bawa tongkat. mengelak dari hujan, setiba disebelah gua, di campaknya tongkat, dan sibuk sibuk susun tisu dalam bakul. Gumam gua dalam hati "betul ke apa yang gua nampak?"

Gua peratikan pakcik tersebut dengan teliti. Usai menyusun tisu tadi, dia terus terus tegak berdiri sambil mencapai tongkat dan bakul tisu tadi. Cepat cepat pejam mata dan secara rasmi nya sudah menjadi buta. Lu biar betul pakcik, pura pura buta walhal tak buta. Nanti tuhan ambil betul betul deria penglihatan lu, baru lu tau.

Gua ada juga rasa rasa mau kelepow kepala pakcik tu, tapi gua dah lambat masuk ofis pula. Nasib menyebelahi lu la pakcik. Gua yakin dengan cuaca pada ketika itu, gua jalan laju laju menuju stesen Star seberang jalan pula.

Pesanan gua: Selain cari rezeki halal, biarlah dengan cara yang halal juga.

Tuesday, July 12, 2011

Bisu





Pesanan gua: tak lelap tidur nak pergi outing weekend ni

Monday, July 11, 2011

Gua suka pasal lu

Kalau gua marah, lu pasti tanya apa salah lu dah buat. lepas tu gua senyum.
Kalau gua merepek repek, lu layan gelak, gua senyum
Kalau gua mengada kata duit boleh hilangkan muka masam gua, lu terus hulur duit, gua senyum je tapi tidak ambil pun.
Kalau gua pom pang pom pang esok nak raya tak puas hati itu ini, lu sabarkan gua, fikir positif pesan lu, gua senyum.
Kalau mahu makan makanan segera, barisan panjang, lu dengan rela beratur, gua senyum.
Kalau gua mahu makan sushi, lu layankan juga, walaupun gua tahu lu tak makan sushi mahupun kimchi nanti lu sakit perut, gua senyum.
Kalau gua nyanyi tapi membingitkan, lu lawakkan suara gua, gua senyum.

Pasal itu gua suka sama lu.

Pesanan gua: Lu boleh tak suka sama orang, tapi lu pernah fikir ada orang yang tak suka sama lu?

Ini Serius!

Secara kritikalnya kotak fikiran gua memang keras. Keras beku. Jumaat lepas gua bantai cuti gara gara malas kerja. Gua phewit member gua balik kampung.

Member gua ikut sama malas kerja. Dua dua malas. Tapi jalan jalan gua rajin. Pagi sebelum bertolak balik, gua tunggu member gua di kedai mamak bawah rumah gua. Makan roti canai dengan teh tarik, enak. Kereta gua memang terparkir sebelah kedai mamak tersebut dari semalam. Gua rasa cool, lepas makan terus naik kereta balik kampung.

Tengah sedap sedap makan, gua nampak penguatkuasa bertebaran di serata tempat. Di kereta gua memang terlekat saman semalam. Muka riak yang selamba selamba gua perhatikan je kereta gua disaman kali kedua. Apa boleh buat. Takkan mahu bertumbuk pula. Gua cool lagi.

Tiga hari gua dirumah, bangun pukul 1 tgh ari secara hatrik, lepas lepas tu main game di ipad sambil baring. Kata ice cream "hidup biar sedap". Mak gua ikuti berita dari tv1, tv3, awani, ulanng ulang itulah siaran dari pagi membawa ke malam.

Gua tak mahu ambil tahu, gua rasa bahagia je baring sambil main game. Janji gua happy.

Thursday, July 7, 2011

Hobi makcik makcik

Budak laki laki selalunya hobi main bola sepak, mengurat awek, naik moto keliling kampung. Tapi gua juga punya hobi. Gua ada banyak hobi. Hobi gua berubah ubah ikut mood. Tapi hobi nan satu ini adalah hobi kekal abadi gua. Menulis. Walaupon cita cita gua mahu menjadi Columnist lebur begitu sahaja. Tapi semangat gua untuk menulis tidak pernah padam.

Kadang kadang hobi gua tengok wayang, kadang kadang main bowling, kadang kadang bawak kereta laju laju, kadang kadang mandi laut. Kalau musim hujan hobi gua mandi hujan. Jika di pejabat hobi gua bertukar secara transmisi automatiknya, menjadi pengumpul pelekat peti ais. 

Mana mana member gua yang gua dapat tau pergi melancong, akan gua paksa beli. Suatu hari yang permai, seorang member gua tersenggong deretan magnet tersebut maka jatuh bertaburan. Ada satu sudah hampir pecah. Habis hancur luluh hati gua ketika itu. Mau saja gua kelepow kepala member gua itu. Tapi gua kontrol cool. Tahap ketampanan tak pernah berkurangan, gua rilex saja.


Pesanan Gua: Mulut gua bau bawang putih, hasil dari nasi goreng yang gua makan tengahari tadi.


Wednesday, July 6, 2011

Satu hari

Satu hari, hari minggu, Gua phewit sama member gua mau jalan jalan klcc. Bosan duduk rumah. Gua jalan jalan dan jalan sampai kaki gua sakit. Gua berhenti di hadapan Pedro, gua tgk susun atur kasut kemas. Gua dekati satu kasut, gua lihat pada tapaknya, hampir pengsan. Gua kene puasa dua minggu baru dapat beli kasut ini. Gua segan, gua letak kasut tersebut ke tempat asal.

Gua jalan jalan lagi, member gua phewit sama gua mau pegi isetan. Meriah suasana nya, semua ada jualan murah, jika memiliki kad keahlian, lagi bertambah diskaun hebatnya. Member gua belek belek seluar. Gua belek tali pinggang. Terdetik dalam hati gua, lusuh benar tali pinggang gua. Ya la, gua beli dekat downtown je, tu pun dah tiga kali tukar tali. Gua pilih mana yang gua berkenan, gua terus tuju kaunter pembayaran.



Sambung jalan lagi, gua nampak kedai buku terkenal di ibu kota, kinokuniya. Gua sudah pasang impian nak masuk, tapi tekak gua menghalang, haus pula. Gua pengaruh member gua untuk ke Coffee bean. Gua order caramel frapacino, venti punya. Sambil merokok gua sedut laju laju frapacino tersebut. Gua puas. Gua sambung borak sambil melihat gelagat pengunjung bangunan tertinggi di Malaysia itu. Pom pang pom pang esok nak raya, air gua abis, terus rasa nak jalan lagi.

Tahan nafsu dari berbelanja adalah satu bentuk seksaan yang amat amat amat menyeksakan. Tatkala gua pegang je barang, selang beberapa saat gua letak balik. Gua harap dengan tabiat gua begini, dapatlah gua melancong awal tahun hadapan.

Gua bukan kaya mana pun, boleh petik petik nak pegi sana sini. Poket penuh resit atm saja. Kalau nak melancong, tiga ke empat bulan gua kene manabung. Itu belum kira puasa sunat lagi. Itulah rahasia gua ramping hingga ke hari ini.

Pesanan gua: Kalau tarik beg roda kaler pink sambil sedut ribena, comel tak? puiiii

Tuesday, July 5, 2011

Gua tak berkemampuan



gua tak mampu mau beli pakaian mahal mahal
gua tak mampu jalan melancong jauh jauh
gua tak mampu pakai kereta sukan
gua tak mampu pergi berlibur setiap minggu
gua tak mampu makan makanan mahal
gua tak mampu miliki barangan elektronik canggih canggih


Gua hanya mampu senyum sebab senyum itu percuma

Monday, July 4, 2011

Kerusi urut disediakan



Gua sebenarnya tak berapa harap sangat nak tengok transformer ini, memandang gua bukan peminat setia. Tapi gua pergi juga menonton sama member dan adik gua. Panggung penuh sesak, hiruk pikuk penonton menunggu giliran masuk panggung. Yang beranak kecil, makcik pakcik, muda belia semua ikut sama memeriahkan panggung mahu menonton filem terhebat. Hebat? Gua tak rasa hebat.

Durasi cerita sangat lama. Selain teknolgi robot robot yang canggih gua memang tak dapat terima kehebatan askar US. Semua mereka handal, kalau lu orang baca gua punya preview pasal battling los angeles, lu orang akan faham tahap kehebatan mereka ini, lawan alien boleh, lawan robot boleh, bangunan runtuh, mereka tak mati, semua kebal kebal belaka. 

Tapi paling gua tak gemar, pakcik duduk belakang gua. Kaki melekat kat kerusi gua lepas tu goyang senang hati macam baru dapat kahwin kali keempat. Memang panas hati, ikut sahaja hati gua, mau gua kelepow sedas kepala pakcik tu. Begegar kerusi gua macam kerusi urut cap jenama terkenal. 



Sebelum menonton, mereka mereka sudah mau lepak mamak dulu. Gua layan kan sahaja. Gua sudah kenyang makan nasi lemak telur mata marvelous. Mamak sini macam lebut sikit, maksud gua macam perempuan. Jalan lompat lompat, tangan terpatah patah, bila cakap asyik tersengih walaupun di marahi kerana menyiapkan tiga pinggan megi goreng makan jam. Mahu jaga hati pelanggan, mamak pondan ini merasuah kami dengan sepinggan papadom. Sumpah ini kali pertama gua jumpa mamak pondan. *geleng kepala tiga kali.

Pesanan Farid: ya kali ini gua tidak ulas pasal cerita ini, lu orang bayang dua jam lebih punya cerita mau makan hari nak habis ulas. So lu orang pergi tonton sendiri. Heroin dia memang cun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis