*dari kejauhan macam misteri benar lori ini* |
Ini cerita jumaat lepas, gua sudah azab menanggung sakit sbb selsema hebat dan hampir hampir demam, tapi ku tahan jebat. Gua pikap member gua, heret balik pd sekali.
Malam berkenaan, adik gua phewit sama gua mau karok. Fikir punya fikir, terus ke Chorus, sejam dua puluh ringgit cas nya. Tapi mmg bernasib baik benar malam tu, meraka mereka in baru nyanyi tiga suku lagu, datang mamat pekerja disitu "Bang, kene berhenti nyanyi sebab kami ada masalah sistem"
Sedap benar suaranya sampai rosakkan sistem. Gua lagi la tak dapat nyanyi langsung sbb sibuk belek twitter. Dengan perasaan yang bercampur baur, angkat kaki la. Dan sesi berkenaan tidak di kenakan sebarang bayaran.
*Cocok cocok yang pedas tahap membunuh* |
Dalam perjalanan pulang ke rumah, gua terpandang lori kecil menjual cucuk cucuk. Adik gua kata lori tersebut agak istimewa kerana, lepas lu orang pilih apa lu orang mau makan, lu orang buleh duduk di atas tikar.
Sumpah kaki gua kebas sebab duduk bersila. Tapi gua tak gemuk. Gua minum milo panas, member gua minum kopi manakala adik dan kimi minum ais sirap orang kahwin. Sos nya pedas merahang, berapi mulut, berasap telinga makannya.
*Apa bagi semua korang telan* |
Selesai makan makan sambil bersila hingga kaki kebas cam hapa, angkat kaki lalu bersambung jalan ke apa ke nama tempatnya itu, ada jual jual macam bazar juga di bt 6. Tak beli apa pun, nama pun raya koboi, jadi pakai je apa yang ada.
Sekali adik gua mau makan lagi (ini wanita gergasi), ini kali benjo pula, gua terus petik mau oblong. Hebat oh oblong ayam. Ok lepas tu baru balik kerumah sbb hidung dan muka muka sudah rasa panas panas taik ayam.
Farid kata: Bulan ramdhan ni rezeki gua murah, alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment