Khamis yang lepas, gua pakat pakat sama maya dan zalmi, berbuka puasa di Chawan Bangsar. Gua mau ulang kedai ini kerana kali terakhir gua pegi, gua boleh lupa sama nasi lemak kangkung lalu memesan lontong pula dan rendang daging semangkuk gajah. Gua menyesal.
Disebabkan dendam gua terpahat di dada akibat daripada tidak dapat memuaskan nafsu memakan nasi lemak kangkung, gua phewit maya laki bini ke sana. Park je kereta di Bangsar Village, tanpa berlengah gua terus tidur smentara menunggu maya dan zalmi tiba.
Setelah beberapa jam kemudian..... (ayat nak skip cerita)
usai makan dan minum, gossip sepusingan dua....
kawan gua si taufik sudah ajak lepak pula. Selepas tata tata sama maya dan zalmi, gua bergegas bagai ambulan ke Bangsar UOA tu, tapi malangnya San Fran dah tamat operasi. Maka bergegas skali lagi bagai ambulan ke Bangsar shopping centre pula.
Borak itu ini, pompang pompang esok nak raya, muka gua dah panas, flu dah terus, terus mintak ijin maaf zahir batin, sama pak topik mau pulang duluan. Esoknya gua langsung tak larat, dan kecemasan cuti diambil begitu.
Farid kata: Dengar lagu rindu setengah mati berulang kali lepas tu senyum seorang diri macam orang hilang akal
2 comments:
kalaulah ko ajak aku jugakkk hehehehe
insyaallah ada rezeki, boleh je kak
Post a Comment