Thursday, August 11, 2011

Yang lainnya di bulan Ramadhan dari bulan bulan yang lain

Bulan ramadhan adalah bulan yang istimewa, selain dapat peluang mengerjakan amal ibadat extra dari bulan bulan yang lain, ada juga kelainan di bulan ini. Mari kita ikuti perbezaan yang terfikir oleh gua.

Sebagai contoh:

1. Waktu di pejabat akan rasa lebih panjang dari biasa, sebab waktu lunch pun gua akan tidur atau paling tidak main game untuk menghabis masa.  Masa yang selalu diisi dengan makan dan lepak merokok tiada lagi.

2. Asal petang je, semua sibuk sibuk mahu ke bazar ramadhan, siap buat perbandingan bazar mana yang paling banyak jual makanan, macam la lu orang nak beli semua makanan yang ada. Selagi larat nak pikul, selagi itulah membeli. Not good

3. Mengantuk sesaja tiada lain melainkan mengantuk. Tetiap subuh sampai ofis, gua mesti tidur dulu dalam kereta. Sebelum puasa gua sudah letak blanket juga bantal dalam kereta, supaya kalau tidur boleh mimpi mimpi bagai. Kalau bukan bulan puasa, sampai je ofis, bergegas pergi tempat makan nak sarapan pagi tak menyempat nyempat.

4. Sekotak rokok mengambil masa 3 ke 4 hari untuk dihabiskan. Ini fakta bukan lah auta. Jadi duit dah jimat sikit disitu, maka bolehlah membeli baju bajan untuk berhari raya.

5. Mana mana ofis lu orang pergi pasti akan melihat contoh kuih raya bersepah sepah. Sampai ada sampel dah jadik habuk, sebab sorang sorang datang picit tenyeh, macam nak beli ikan kat pasar. Nak merasa dah tak boleh, dapat picit tenyeh pun jadi la.

6. Tajuk perbualan di pejabat bertukar, berkisar tentang kaler baju raya, raya kat kampung sendiri atau kampung mertua, berapa banyak kuih dah ditempah. Langsir umah corak rimau bintang ke hapa.

7. Waktu lunch lu orang tengok muka rakan rakan pejabat, macam tempe kering. Lemah lesu, nak cakap pun cam orang dah nazak, sedih benar. Azab benar berpuasa.

8. Bulan puasa orang kata akan kurus sebab tak makan disiang hari, tapi lu orang pernah fikir, berapa banyak pula yang lu orang makan masa berbuka? semua auta tu. Gua yang tak kuat makan ni pun, boleh makan nasi sampai dua kali sekali hadap. Tapi gua tak gemok gemok juga, bahkan jadi malas lagi ada la.

Banyak lagi perbezaan bulan ramadhan dari bulan bulan yang lain. Apa yang penting mana yang tak elok tu kita jadikan contoh supaya tidak diulanginya lagi, mana yang elok tu, harap dikekalkan lah, insyaallah.

Farid kata: Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik di bulan ramadhan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis