Wednesday, August 10, 2011
Jangan bersedih sedih, ayuh kita berbuka makan makanan yang sedap sambil berjalan jalan melihat perempuan cantik menari gelek
Ok tajuk tersebut adalah yang paling panjang dalam sejarah arena pembloggingan gua. Ahad lepas gua pulang ke kl, member gua roger roger, tapi member gua bukan nama roger, nama dia nama melayu. Dia roger gua mau berbuka diluar.
Ini semua akibat perasaan sedih beliau kerna tidak berjaya di dalam sesi temuduga beliau di siang hari. Tiada rezeki apa boleh buat. Pumpang pumpang esok nak raya, gua drive sambil nyanyi nyanyi tanpa merokok, gua sampai kl. Fikir punya fikir gua rasa adalah lebih molek kami bersiaran sahaja dari The Curve.
Meriah kemain the curve pada ketika itu. Ada pak arab main muzik, ada gadis munggil menari gelek. Tapi, tak ke kurang pahala, dalam bulan ramadhan tgk wanita berpakaian seksi menari gelek? Nasib baik gua tengok sipi sipi je.
Tepat pukul 5, gua ke Secret Recipe, pilih pilih menu makanan, buat bayaran sekali gus menempah tempat duduk. Usai segala, gua sambung jalan jalan, sampai member gua buat muka kesian tak larat. Tepat pukul 7, gua dan member gua dan duduk tegak di Secret Recipe disamping mengadap dua cawan sirap yakni bersifat minuman sementara. Minuman sebenar adalah watermelon juice dan camomille tea satu teko. Ada juga makanan seperti strawberry yogurt cheese cake, chicken cornish, nasi goreng satey dan nasi goreng thai.
Selesai makan semua yang dihidang kan, terus ke ikea hajat dihati mahu membeli blanket hitam yang comel dan comfy.
Berakhir pengembaraan geng upin dan ipin di hari berkenaan.
Farid kata: Pada member gua tu, jangan sesedih, esok lusa ada rezeki, ada la tu. Insyaallah. Dah hepi dah?
Labels:
Jalan meronda,
mari makan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment