Wednesday, August 24, 2011

Kedai coklat jual nasik


*semua nampak sedap, kalau boleh nak ambil se-peti terus*

Ini kisah berlaku ahad lalu. member gua mahu membeli beli baju hari raya aidilfitri di the curve. Gua pun folo je. Jadi bodigad je. Jalan jalan pilih itu ini, bayar mana patut. Gua memang pesen pesen kalau dah semat dalam hati tak mau beli, maka gua tidak akan membeli, gua begitu tegas orang nya dalam soal membeli belah ini, tambahan pula sekarang ini gua mempunyai sifat menabung yang sukar dielakkan,chewah. Lepas tu gua habaq mai pada member gua, gua kangen benar sama Balinese ciken kenny rogers yang baru itu.

*ada star dihujung harga, so pepandai lu orang kira sendiri nanti*

Lepas tu sudah mampir jam 5 gua ajak member gua pi booking, katanya awai lagi. Pastu sambung beli belah lagi, sedar sedar dah pukul 6. Member gua rilek rilek kata baru la nak pi booked. Ok ok fine gua ikut je, sekali kenny rojes penuh, pastu bumbu desa pun penuh, wah wah agak agak lu orang la, layak tak gua menangis terharu?


*kurma tu buat posed je, bila dah berbuka ntah kemana mana perginya*

Nasib la baik, member gua bijak macam khanchel, otak geliga batu ada dalam duduk. Jalan sikit nampak Theodroma Chocolate. Belek menu ada set nasi. jadi terus mengambil keputusan drastik menempah tempat disitu lalu berasa terharu sbb ada cis kek hazelnut.

*Gua punya jius oren dan member gua ass lemon ti*


*alamak gua tak ingat ini ayam masak apa, tapi sedap macam mau tak mau pedas je*

*haa yang ini member gua punya ayam serai nama diberi, gua tak sempat curi rasa sbb gua mau fokus sama ayam gua*


*penutup kata, kek yang sedap lagi redup mata memandang apatah lagi sejuk perut juga*

Farid kata: Baju raya dapat, makan free dapat, apa lagi mau?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis