Friday, March 2, 2012

Hogan, Airbus A380 1:200

Setelah berhempas pulas menggoogle keliling dunia, akhirnya gua berjumpa satu website yang menjual model kapal terbang dari jenama Hogan, Herpa, Gemini dan Skymark. Pada mereka yang kurang faham kenapalah gua mau mencari model yang beratus ratus harganya instead of beli je yang di GM sana dengan harga sebijik rm10, model model dari jenama diatas dia hasilkan dengan penuh detail dan buatan yang sangat dikagumi. 

*kotak ini agak besar dan kepayahan mau membawa pulang jika menaiki  kenderaan awam, kepit bawah ketiak mau cramp pula*
Sepatutnya bendalah ni sampai thru unit mel opis aku, di sebabkan terma terma baru yang telah dikuatkuasakan, tak pasal pasal penjaga surat pi return balik gua punya parcel ke pejabat pusat pos laju, gila. Dan kena lah gua merangkak pi pejabat pos laju di brickfield sana, damn.

*Bahagian fuselage (alamak nmpk lutut)*

Nak memasang bendalah ni adalah tidak susah mana, cuma bahagian landing gear kene lah berhati hati kerana  sangat lah fragile. Satu lagi gua tgk dalam youtube, kalau model hogan, bahagian ekor atasnya memang payah mahu di pasang, nanti main tujah tujah, patah pula, terus menangis syahdu. Jadi berhati hati la ketika ingin memasang. Cara cara memasang dengan betul juga disertakan.

*Bahagian sayap, kipas di enjinnya boleh berpusing, jadi kagum*

*Landing gear yang comel, ada kemungkinan boleh jahanam jika di tidak berhati hati*
Model ini berskala 1:200, ukuran panjang nya lebih kurang 30cm++. Jadi memang besar dari model yang gua beli sebelum ini.

*Tadaaa dah jadi, gua tak pasang tongkatnya, kerana model ini bakal ditempatkan di rumah mama sana, so kasi pasang dan tengok je dulu camna rupa parasnya*
Farid kata: Pasnih mau beli Emirates A380 berskala 1:400 pula
Published with Blogger-droid v2.0.2

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

kenapalah mahu dikepit di celah ketiak... naik kapalterbang balik sudaaaa.... hehehehe

eh best gak erk lagu Miss A ni...

farikh said...

robohlah kak kalau aku naik. Psl tu saya pilih lagu miss a utk dihidang kan di blog ini, ceh haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis