Thursday, May 31, 2012

Tuesday, May 29, 2012

12 jenis maksiat hati

1. Buruk sangka terhadap Allah SWT. 

2. Merasa aman daripada kemurkaan Allah SWT.

3. Putus asa dengan rahmat Allah SWT.

4. Bersifat takabbur sesama manusia.

5. Riak atau melakukan kebajikan dengan tujuan bermegah-megah.

6. Ujub atau berbangga dengan amal ibadat yang dilakukan.

7. Dengki dan dendam.

8. Berazam mengekali ibadat atau berazam sentiasa hidup dalam keadaan maksiat.

9. Sayang mengeluarkan harta untuk nafqah dan zakat.

10. Buruk sangka sesama manusia..

11. Menghina manusia lain tanpa kebenaran syarak.

12. Memberi sumbangan dan terlibat dalam perkara maksiat.

Monday, May 28, 2012

Pi Taiping jalan jalan

PERINGATAN: Seperti biasa gambar adalah tonggang langgang. jadi faham faham sendiri

*Hentian Tapah, setelah berpuluh kali tgk iklan Baskin Robin yang kejam itu di kaca tv, akhirnya dapat makan jua*

Hari yang minggu yang lepas, kami kami sudah berplan plan jalan jalan ke Taiping sana. Hotel Flemington menjadi tempat kami berteduh. Gua sudah booked seawal Isnin lepas. Settle pembayaran, tiada apa yang perlu digusarkan. Kemal pula baru pulang dari Shanghai, jadi pandai pandailah menggunakan tenaga yang masih bersisa. 


*Udang besar nyorok bawah nasi, saje je tak mau tunjuk, nanti korang teliuq*

Sejurus habis waktu pejabat pada pukul 5 tajam terus membelah trafik menuju ke Taiping melalui Plaza tol Duta yang jammed macam hapa. Sampainya di Taiping pukul 11 mlm. Hotel tersebut sudah bekali kali talipon, dan gua naik rimas lalu gua suh kemal saja yang jawab kerana semasa memandu tidak di benarkan bercakap menggunakan talipon bimbit. Sekali lagi terima kasih pada Rosmah (GPS kete kemal) kerana berjaya mendrag kami melalui jalan lama dari Changkat Jering ke Taiping" lantak, janji sampai.



*Nasi lemak dengan ayam masak merah juga telor apa ntah*

Keesokkan harinya pagi pagi turun sarapan, oh yer, hotel ini didatangkan sekali dengan sarapan pagi. Banyak menu disediakan, dan pengunjung juga tidak lah sesak sesak seperti rakyat Ethopia yang kebuluran. Boleh makan dengan aman damai. Selesai makan pagi, pi Zoo taiping, letak nya ciput km je dari Flemington ini. Gua tak snap mana mana gambar, kamera tak bawak, jadi jalan dengan lenggang kangkung sahaja. lalalala sambil babai babai pada monyet.


*Ciken chop yang enak lalu terangsang utk memakannya*

Dari Zoo taiping terus pi Muzium Perak. Masuk percuma. Ramai juga rombongan sekolah. Bahagian bawah muzium ini telah di ubahsuai dengan lebih cantik dan penuh informasi. Keadaan juga selesa untuk berjalan didalam itu sambil menimba ilmu. Selesai dengan muzium tersebut dengan tiba tiba gua mau makan KFC. Set GPS ke KFC lah kita walaupun sejengkal, tetap kene guna GPS nanti kalau tak pusing pusing dalam oekan Taiping sampai Maghrib. Terima Kasih pada rosmah sekali lagi.


*Petang hari di Tasik Taiping yang tenang, aman damai lalu rasa nak tido saja di tepi tasik ini tapi takut nanti org tolak lalu terjatuh lalu lemas dalam tasik, maka tak jadi tido tepi tasik*

Lepas kenyang dengan ayam KFC didalam usus. Maka tido lah. Bangun tido dah dekat maghrib lalu belek belek menu room service. Nak makan ciken chop lah ngan coke float. Lalu call dan tempah. Sekejapan dah sampai lalu makan sambil tgk tv cerekarama, lakonan Yasmin, terpekik pekik kekdahnya berlakon. Kemal tak mo makan katanya. Tapi dia curik gua punya ciken chop juga wedges. Pastu macam nak lepak kat skybar di atas bumbung hotel berkenaan, tapi akan daya, dah kenyang, terus tido lagi. 


*Kucing paling hodoh pernah dilihat dengan mata kepala sendiri, sian rupanya setelah di awet*

Sedar sedar dah pagi, mandi manda terus pi makan sarapan. Pastu cek out lalu ke Mee Udang Makjah di Kuala Sepetang. Lalu makjah kata dia tak bukak lagi. Jadi jalan jalan lah dulu di hutan paya bakau. Trek pejalan kakinya jauh cam jalan dari KL- Nilai. Bapak la hai. Masuk kut lain, kluar kut lain, jadahnya. Mengah mengah nak patah balik, dengan kemal sokkk sekkk sokkk sekkk selsema.



*Samosa tu sedap, sangatttttt*

Dah puas maki maki sambil jalan dan penat, lalu ke Kedai makjah utk percubaan kali kedua, kali ini dah buka untuk perniagaan. Lepas dah order nasi grg udang spesel, lalu makan dengan dengan barbariannya (yakni makan dengan rakus) dan buat bayaran lalu pulang lah ke KL. 

Hah cerita sekali harung, abis satu seksaan. jadi boleh mula taip n3 yang lain. 

Farid kata: Dah abis load gambar baru pasan tak de muka aku. Tak pe lah nowdays dah kurang napsu nak letak muka sendiri. Muka pun camtu lah jugak, tak de apa yang ubah pon. 


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23, 2012

Adakah Kaki anda berbau sampah?

Why do feet stink? Feet get smelly due to an imbalance in bacteria. Bacteria love dark, damp environments. What better place to go than your feet? Bacteria multiply in sweat - so going sock-less is an open invitation for these critters. They'll make a meal of your skin cells and foot oil and multiply into colonies of criminally offensive odor. What you may not know is that the waste product of bacteria is the smell - not the bacteria itself. Micrococcus sedentarius is the name for the creatures that create the crud. One important thing to know about foot odor is, the better the quality of shoes and socks you wear, the lower your chances of stinky feet get. Quality shoes made of non-plastic materials resist the introduction of these smelly intruders - and high-quality moisture wicking socks can help keep your feet dry. Another way to avoid the smell is to wear more shoes. It's a great excuse to go shopping, and the reason is completely valid. Think of all the Nike shoes styles you can own, like a pair of Nike black basketball shoes. If you have a few days between wearings, your shoes will have time to dry completely to ward off attacks of those pesky producers of stink.



Farid kata: kaki bau sampah tak pe, jangan bermulut sampah, hebat


Sorotan Hujung Minggu


*Bergaya sambil beripad*



*Kemal balik dari korea bagi gua sekaton Malboro*

*Sbelum pi jalan jalan*

*Cover untuk mengganti kan yang lama, RM259 dapat diskaun RM247*


*Hajat dipenuhi, dapat sudu dan penyepit korea*

Farid kata: Migraine trus menyusun atur blog ini, habis smua bertempiaran.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday 28








Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 22, 2012

Berkursus dan kelihatan gemok



Itu hari gua ada twit gua pi kos Adobe InDesign level 1. Lokasi bawah rumah, jarak perjalanan jalan kaki hanya less then 10 minutes. Kos biasa biasa ja, sbb takdak geng sangat, nanti ada masa mau sambung level 2, walaupun Ilustrator tak abis lagi dah gegedik mau pi Indesign pula, lahai lahai lahai lahai. Janji berkursus sudah. Dah tu je. okbai

Farid kata: elok la tu dah jadi satu kumpulan

Friday, May 18, 2012

Sahabat yang dijauhi


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Farid kata: Bukan senang mau cari sahabat yang molek zaman sekarang

Thursday, May 17, 2012

Adakah kamu seorang sahabat sejati?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Farid kata: Amacam?

Urbano eFresco!

*Gua minum sprite tanpa ais je*

Kisahnya smalam tak tau nak pi makan mana, lepas tu gua terbaca pasal Urbano eFresco yang letaknya di Solaris Dutamas, jadi phewit sama Jijan ngan Norin trus zas ke sana. Makanan nya berkonsepkan italian, ada pasta, pizza, panini dan berbagai lagi, cuma bahagian minuman tak lah semeriah makanan. Harga dan layanan juga berpatutan. 


*jijan amek coke*


*Norin dengan latte nya*


*Ceaser salad didatang skali dalam set yang di ambil*


*Beef Lasagna yang sodap berasap panas*


*Olio yang tidak kurang juga hebatnya*


*Norin kata perut dia kecik jadi dia makan pizza, kononnya la*


*Dalam set itu terdiri dari pilihan aiskrim coklat atupun vanilla*




*Ada dijual juga bahan bahan untuk masakan, packagingnya sangat menarik tertarik*
Untuk keterangan lebih lanjut boleh lawat
Urbano e Fresco.com


Farid kata: Marah anak, sindir menantu
Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 14, 2012

Saya tidak boleh membuat ini lebih


Saya hanya rindukan anda apabila anda membuat panggilan, Jadi sila jangan mengambil telefon lagi, Dalam kekeliruan itu semua, Berikan saya masa, Walaupun krisis fikiran saya, saya tidak dapat lari perasaan ini,Tetapi ia mengambil alih saya, Semua atas saya, saya tahu sekarang saya tidak boleh cuba untuk menyembunyikan,Ia jelas kepada saya bahawa saya tidak boleh melawan, Anda ingin mengambil kembali di mana ia adalah, Tetapi saya tidak boleh membuat ini lebih, saya boleh tmembuat ini lebih, Anda mahu satu lagi peluang untuk cuba lagi, Tetapi saya tidak boleh membuat ini lebih, saya tidak boleh membuat ini lebih, Jangan kata saya tidak terlepas cara kita adalah, saya fikir tiada apa yang boleh memecah belahkan kita selain, Kenapa anda mempunyai untuk mensabotaj cinta kami, Dan meninggalkan saya dengan hati yang patah?, Anda berfikir, bahawa saya tidak akan memaafkan anda, Ia jauh lebih berpecah, cium dan membuat cinta


Farikh kata: Apa apa je la labu

Zoo dan menyanyi



Sabtu pagi pagi yang lepas, gua pewitt sama kemal mau pegi zoo, yer gua seaakan keanak anakan, tapi pedulik apa. Tiket masuknya adalah RM20 tak termasuk taman rerama perlu added rm5. Ini adalah kali pertama untuk tahun ini gua ke zoo. Seblum memulakan perjalanan yang jauh, mari kita makan makan isi tembolok dulu. 


*Dah abis seni letak gambar senget*

Kemal memakan nasik dengan rendang ayam, gua hanya amek burger ayam, dedua minum milo es dan jumlah nya adalah rm20, ngalahkan makan kat mekdi. Tapi apa buleh buat, balooon.


*Sunglases yang dibeli dengan diskaun, bukan spek ratus ratus ya*


*Burger yang mahai, rasa biasa saja*

*kalau teror cari apakah minatang yang tersembunyi*

Disebabkan gua tak bawak kamera yang beresolusi tinggi, gua snap pakai enpon sahaja. Pastu dah tak nafsu sangat nak bergambar gambar bagai. Jadi jalan jalan sahaja. Rakyat jelata tak berapa ramai, mungkin di tengah bulan dan yang meramaikan zoo ini adalah rombongan tadika. 




*Tak tau apakah namanya, tapi sedap sbb lapar tahap lion*
Selesai jalan jalan yang teramat penat di zoo itu, lalu berpeluh peluh lah badan seperti gajah naik minyak. Lalu gua pingin sangat nak menyanyi, jadi ke Red Box the curve lah kita yer. Ambil 2 jam beserta makanan makan sambil makan sambil nyanyi lalu tersedak sedak. Tapi gua tetap menerus kan konsert sulung gua.

Farid kata: Hidup gua tak hebat mcm hidup lu, tapi gua hepi menjalaninya


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 13, 2012

Cobaan Cobaan 123


Mencuba guna Pic Says dari android. Siapa siapa pakai android silalah cuba, apps ini adalah bagus untuk menjadikan gambar lu orang merepek.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 8, 2012

Sarapan dan menyanyi


Sabtu yang lepas, kami kami sudah berperancangan untuk bersarapan bersama di pagi hari yang nan indah. Lokasi nya adalah Mukha Kafe di Taman Tun Dr Ismail, yakni kepunyaan rakan sekolah maya sopiah. Makanan dan price adalah berpadanan. Layanan juga sangat memuaskan. jadilah marilah beramai ramai mengunjungi kedai makan tersebut, jangan kunjung tetengok je, orderlah makanan yang enak enak belaka.












Silalah melawat ke lama sesawang mereka di:


*muka besar rumah banglo*

Selesai makan makan, lalu bertiga tigaan ke The Curve untuk menyanyi. Lokasi nya adalah kotak merah, smentara tunggu kotak merah buka beroperasi sempatlah kami kami ke kedai jam untuk menukar bateri jam maya sopiah dan ke kedai cover enpon lalu membeli cover untuk talipon gua. Kak tin selaku ketua rombongan adalah mengikut sahaja kehendak kami kami ini. Tahniah kak, tetiba tahniah? baloooonn



*Menyanyi lagu sheeda- angkat kaki sambil kaki bersila, amacam korang boleh?, kak tin macam nak kentot*

Farid kata: Tangan bau sambal sotong

Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis