Tuesday, August 28, 2012

5 things To Do After A Break Up

Semua orang pernah bercinta, semua orang pernah putus cinta. Kalau yang tak pernah tu, anda sememangnya adalah insan yang bertuah di muka bumi ini. Disini saya senarai perkara yang patut anda lakukan selepas putus kasih.

1. Jangan menggunakan terma "Just Friend"
-It wont work. Percayalah, silap hari bulan pasangan baru anda boleh naik hantu bila tahu status "hanya kawan" diguna pakai diantara anda dan bekas kekasih. Pabila putus hubungan, sememangnya sukar nak teruskan hidup (katanya) bermulalah episod baru dalam hidup anda. Sila lupakan slogan "get your ex back" dan sila gunakan slogan terbaru yang ringkas yakni "Take a break". Ambil masa untuk tenangkan diri, tak kisah lah nak meratap ke apa but make sure untuk seketika sahaja. Mengekalkan hubungan sebagai kawan dengan bekas kekasih hanya akan memanjangkan penderitaan anda. Ada faham?

2. Jangan simpan segala mak nenek punya kenangan within that relationship.
-kenangan di maksudkan adalah terdiri dari pada, kepingan gambar, video, cenderahati dan segala gala yang bakal mengingatkan anda pada pengakhiran hubungan anda. Dapat satu kotak besar dan kumpul kan segala barang barang yang bakal mengingatkan anda pada bekas kekasih anda. Tapi pada yang dah berkahwin, jangan pula anda anda yang bercerai ini pergi kosongkan satu rumah pula. *ok tak lawak

3. Biarkan diri anda diselubungi tanggapan negatif
-Lepas putus kasih nescaya anda akan rasa sunyi, marah, takut, ragu ragu, malu, sedih, putus asa dan paling ultimate is jealousy. Semua perasaan ini adalah sihat terutama jika anda baru sahaja putus. Pada tahun 1980, Magaret Crepeau menerangkan dalam kajian nya, manusia yang menangis adalah manusia yang sihat. Tapi jangan menangis sampai buta pula ya. ok tak klaka lagi. maap

4. Jangan sesekali cuba untuk menyembuh diri dan emosi anda melalui perubatan terlarang.
- Jika anda berasa tertekan, jangan sesekali menggunakan dadah, alkohol dan barang barang yang bakal mengundang keburukan. Sila rujuk pada pakar perubatan untuk rawatan selanjut jika anda mengalami tekanan perasaan yang berlanjutan. Berbomoh bomohan juga ada satu kesalahan disisi agama.

5. Jangan lupa menjaga diri anda.
-Secara basicnya manusia memerlu makan, tidur dan tempat perlindungan. Tapi pabila selepas putus hubungan dengan bekas kekasih, this simple element pun boleh diabaikan. Jangan lah sampai kecewa lalu anda tidur di bawah jambatan. Percayalah jika anda sampai tahap begini, anda sangat sangat memerlukan sokongan dari keluarga, rakan baik dan sesiapa saja yang mampu menyokong anda dari belakang. Berjumpa kaunselor juga digalakkan jika keadaan berlarutan.

Farid kata: Ini semua adalah hasil dari pembacaan semata mata malah tidak lebih dari itu. Percayalah, ok bai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis