Sunday, August 19, 2012

Kisah kasut raya yang bikin badan hangen satu badan fuuuuu


Kisah nya kasut raya gua bermula bila seminggu sebelum raya gua pergi ke Sogo dengan Bok, ronda ronda sudah jumpa la berkenan, bila pergi tanya skali katanya saiz sudah abis, sila pergi ke bawah katanya. Di bahagian tgh tgh sogo tu pasti la ada jual kasut baju, jadi gua pergi situ, sikit la punya ramai umat kat situ. Pastu jawapannya tak de saiz jugak. Tak ke hangen?! Gua mula berkiraan balik, erm kira nak beli satu lagi model berchap sembonia, skali tgk harga, membuat kan gua berfikiran untuk kali ke lapan, RM320, ok boleh pengsan.

Pastu hari Sabtu, gua ajak mama pergi Mahkota Parade. Semata mata mau memburu kasut yang gua nak sangat itu. Setelah kuar masuk kedai, tak nampak langsung bayang kasut itu. Berasap la kepala. Hangin berpusing satu badan. Pastu gua perasan masa masuk tu ada butik Bonia. Terus cakap ngan mama pi tgk kat Bonia sahaja la. Pastu still tak de yang berkenan, tapi gua boleh konsider satu model ni la. RM380 mampos, lepas discount dapat lah RM311, ermm fikir punya fikir, ye la ye la gua rembat la. Harap pasnih gua berpuas hati. Sekian.

Farid kata: Nak beli sandle bonia pulak pasnih, tu hari dah cuba, tapi cam melampau la nak beli dua pasang skali harung la.
Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis