Tuesday, August 28, 2012

8 Langkah bagi mengelakkan berlaku drama dengan rakan baik anda

Ada rakan baik? ada bff or whatever istilah yang melambangkan sahabat sejati. Ini adalah langkah untuk mengelakkan persahabatan anda bertukar menjadi peperangan terhebat abad ini.

1. Letakkan diri anda di tempat sahabat anda jika berlaku pergaduhan atau pertengkaran. Adakah mereka terluka? adakah mereka cedera? adakah mereka marah? Anda akan tahu jika anda tidak mementingkan diri sendiri.

2. Tulislah surat atau nota kecil untuk meminta maaf. Jangan tunggu mereka yang meminta maaf walaupun anda berasa sahabat anda perlu meminta maaf dahulu. Kerana mereka juga berfikiran seperti anda!

3. Selitkan surat atau nota kecil anda di loker atau meja rakan anda. Elakkan orang lain membaca nya terlebih dahulu. Serahan tangan lebih afdal. (langkah ini mungkin berkesan jika anda rasa bertentang mata akan merosakkan ego anda)

4. Cuba hantar email atau IM jika nota atau surat anda tidak berkesan.

5. Ingat! Rakan anda mungkin memerlukan masa untuk sejuk kembali. Kadang kala pertengkaran atau pergaduhan membuat hati membengkak dalam keadaan yang lama.

6. Berbincanglah dengan rakan lain jika anda berasa kurang pasti dengan apa yang berlaku (elakkan mengumpat). Paling tidak, cerita kisah anda kepada ibu anda, ingat, ibu anda juga pernah menempuhi usia anda.

7. Pertengkaran dan perselisihan faham akan berlaku sekiranya rakan anda memerlukan ruang. Peluang ini sebaiknya anda gunakan untuk hanging out bersama rakan rakan anda yang lain.

8. Dan akhir sekali, jika pengakhirannya rakan anda enggan memaafkan anda, move on, dia tidak layak berada dalam lingkungan hidup anda. Tugas anda selesai dan ini adalah masanya untuk persahabatan yang baru.

Farid kata: Sedikit rakan, sedikit drama. Senang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis