Tajuk macam tidak tidak sahaja macamkan hebat. Semalam gua ada ngetwit mengatakan berbuka makan sedikit gara gara Kemal nak belanja makan. Gua di beri kuasa muktlak untuk memilih lokasi. Jadi gua teringat itu hari gua ada lalu depan kedai ini dengan kak tin, tapi tak singgah pon. Namanya Basil Thai Nudle. Terletak di Bangsar Village. Gua memilih tempat ini adalah kerana berdekatan dengan rumah dan teliur tgk gambar tomyam nya dalam blog blog yang mengreviewnya.
*makcik kat blakang tu lepak lepak je ngan anak dia, bukan dia makan kat Basil pun* |
So dah sampai kurang lebih jam lapan lebih, cari port terus order. Gua minum, Thai Tea dan Kemal minum Fresh orange je. apa daa. Thai tea ni cam lebih kurang 3 layer la kat mesia ini. Rasa pun kurang lebih sama sahaja.
*Bawah belanga tu ada api meruap ruap panas* |
Pastu nama pun kedai thai, semestinya tomyam menjadi pilihan sukma. Uihh mmg patut lu orang datang sini order tom yam nya, mmg sedap tahap tehapa hapa. pastu di pasangkan dengan kangkung juga tahu goreng apa ntah. Kangkung dia pun superb sedap, ini bukan sebab gua lapar ke apa, tapi mmg enak, cuma tahu tu cam biasa biasa sahaja.
Selesai makan, Kemal ajak tgk Batman, knowing gua yang tak suka superhero movie, tapi gua pergi jua. Dari bangsar ke the curve beberapa ciput sahaja masa diambil dah sampai. Masa dari parking ke cathay tu, kami lalu depan Baskin Robin, serius panjang rakyat jelata beratur mendapatkan eskrem percuma, sanggup? gua sama sekali tidak lah mempunyai niat untuk beratur.
Amek tayangan pukul 1030mlm, nah ambil ubat, mampir jam satu pagi baru selesai. Sedikit tentang komen gua berkenaan filem itu, semua orang mengata ianya filemnya begitu hebat sekali, tenyata gua rasa biasa biasa sahaja. Sakit tekak gua dengar batman ini bercakap, suara macam parau parau nak akil baligh. Buat suara gentlemen sudahh.
Nak tulis sinopsis adalah panjang berjela, jadi lu orang beli DVD tak pun pi je tonton kat wayang, tak rugi pun, banyak eksyen filem ini. Mungkin ramai mengatakan filem ini hebat kerana kenderaan batman yang canggih itu. Mungkin la, gua cuma teka teka. Apa apa pun selamat nonton bersama seisi keluarga tercinta.
Farid kata: Kenapa gua asyik mimpi orang yang gua tak suka?
Published with Blogger-droid v2.0.6
No comments:
Post a Comment