Thursday, October 11, 2012

Bina keyakinan diri yer

Keyakinan diri adalah salah satu kunci kepada kejayaan seseorang itu. Berikut adalah antara langkah untuk membina keyakinan diri anda. Chewah

1. Terima, sayangi dan terima diri anda.
Kalau anda sendiri tidak menyangi diri anda, siapa lagi? konduktor bas? makcik jual nasi lemak? apek jual mapiau? Kenal pasti keistimewaan diri anda dan nescaya anda akan menghargai diri anda lebih dari sebelumnya. Jika anda hanya memikirkan kelemahan diri kelak anda akan mula membenci diri sendiri. Love ur self ya

2. Kemas dan rapikan penampilan anda mengikut situasi dan keadaan pada ketika itu.
Jangan la memakai berkemeja serta berjaket ketika bercuti di pantai, bersinglet dan berseluar pendek ketika ke pejabat. Pemakaian anda melambangkan diri anda yg sebenar. Dan percaya atau tidak, orang yang berpakaian rapi akan mendapat layanan lebih baik berbanding sebaliknya. Jadi mulakan tranfomasi, jika berat anda tidak bersesuaian dengan ketinggian anda, jangan malu jangan segan untuk menurunkannya. Dan yang penting JANGAN MALAS.

3. Pelihara kesihatan mental dan fizikal.
Kesihatan luaran dan dalaman banyak mempengaruhi cara anda berfikir dan ianya juga mempengaruhi emosi anda. Jadi kekal sihat mental dan fizikal akan membuatkan anda kekal positif dalam apa jua keadaan. Ya, kalau sakit pasti anda akan carut disana sini. Stay healthy!

4. Sentiasa senyum.
Dengan senyuman anda dapat menunjukkan perasaan anda tanpa perlu berkata apa apa. Senyuman yang ikhlas dapat menundukkan sesiapa sahaja. Kemesraan akan mula terjalin dengan hanya senyuman. Kalau anda di marahi bos, jangan la asyik tersenyum, itu adalah saiko.

5. Betulkan postur badan anda.
Jika berjalan, jangan menunduk ke bawah, ini menunjukkan anda tidak mempunyai semangat. Tegak kan badan, padan terus kehadapan. Percaya atau tidak dengan melajukan cara berjalan anda sebanyak 25% ia akan menampakkan anda seorang yang berkeyakinan. Tunjukkan keyakinan anda dengan cara, berjalan, berdiri dan duduk. Tapi harus diingat elakkan diri anda nampak sombong.

6. Ambil ruang anda.
Apabila berada di sesuatu tempat, rasakan anda mengusai tempat itu. Jangan merasakan diri begitu terpencil, dan rasa rendah diri dari yang lain. Dan jangan melebih lebih pula kerana akan mengundang rasa annoy banyak pihak. Contoh seperti gelak ketawa dengan kuat, adalah sangat kurang adab dan mengundang caci maki dari orang lain.

7. Tumpukan perhatian pada orang disekeliling anda.
Kenal pasti mereka yang berada di keliling anda, cuba hargai mereka. Ucapkan kata kata pujian dan bukan kata kata kipasan. Dengan cara ini, orang lain akan menyenangi kehadiran anda dan diterima sebaik mungkin. Biasanya anda akan mencari kelemahan orang lain dan terus memandang rendah pada mereka, ini adalah tanggapan negatif.

8. Duduk di barisan hadapan di sesuatu majlis.
Biasakan diri untuk duduk di baraisan hadapan. Buangkan rasa takut jika anda duduk sebaris dengan orang penting. Biasakannya dan akan menambah keyakinan dalam diri anda.

9. Suarakan  dengan yakin pendapat anda. 
Ini harus dilakukan dengan hati hati, kerana tersilap langkah anda akan di benci segenap lapisan masyarakat. Pendapat anda akan mencermin siapa diri anda dan juga melambangkan cara anda berfikir.

10. Bersedia menerima kesilapan yang bakal anda lakukan.
Anda bukan sengaja untuk melakukan sesuatu perkara ala kadar tetapi anda bersedia untuk menerima apa sahaja yang bakal berlaku. Everybody not perfect.  Jangan takut untuk melakukan kesilapan, kerana setiap kesilapan akan memantapkan lagi keyakinan sekali gus menambah pengalaman anda. fuuuuu memantapkan katanya.

11. Kekalkan hubungan mata.
Bercakap dan lihat ke mata. Itu adalah penting kerana ianya menunjukkan anda fokus dan menghormati pada orang sedang bercakap. Pandangan mata melambangkan keyakinan anda ketika bercakap.

12. Anggap diri anda penting.
Sayangi orang sekitar anda dan anggap diri anda dan mereka adalah orang penting. Ini melambangkan anda seorang yang bertanggung jawab dan bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan. Hanya orang yang yakin akan bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain.

13. Jangan merendahkan orang lain.
Ada sesetengah orang, merendahkan orang lain secara tidak langsung akan meraih keyakinan pada diri mereka sendiri. Ini adalah tidak sihat dari segi mental. Jika anda kerap melakukan ini, anda adalah seorang pesakit mental.


Sekian, selamat meyakikan diri anda sendiri.

Farid kata: Fuuuuu ayat tak boleh blah dalam entri ni. Kamus habis. Dan gua taip dengan keyakinan katanya.

2 comments:

kamalhashim said...

smart
aku suke part
senyum bila dimarahi bos...
aku akan senyum bile orng marah aku!

farikh said...

its good to stay positive in a negative situation kan hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis