Tuesday, October 16, 2012

Ceritera mendaki Irau 2- di pagi hari sebelum mendaki

*eee posing rambut tak basuh eee*

Ok sambung lagi, ini kali tetiba gua rasa cam banyak je pecahan entri memanjat ni, lu orang baca je la, tak mo baca kalu, tgk gambar pon okay. Ok untuk korang yang bebetul nak manjat gunung esp Gunung Irau ni, harus diingat sekeras keras nya. supaya menyedia kan kelengkapan yang secukupnya, pakaian juga kene lah amat amat sesuai. 

*muka kene konfiden like nak jalan jalan kat ladang teh je*

Ok contoh ek, lu orang tgk gua sikit punya bergaya pakai baju t, H&M kan, tu dah lama beli, gua pakai sbb tu je satu satunya baju lengan panjang yang tinggal kat umah bangsar, yang lain smua kat rumah PD, jadi gua balun, tapinya baju tu tak cukup tebal, lalu membuat kan gua hampir pengsan kesejukkan. Jadinya kenalah memakai pakaian yang bebetul sesuai. Kasut juga memainkan peranan. Pakai kasut yang mempunyai cengkaman bunga yang bagus. kalau tak nescaya lu orang akan tergelincir lalu jatuh seperti nangka busuk.


*nok mempamerkan kemantapan payudaranya*

Disebabkan Irau ini bukan gunungan biasa biasa, ianya tinggi, berlumpur dan amatlah sejuk, jadinya winbreaker, sweater atau apa sahaja pakaian yang boleh menebat suhu sejuk amat diperlukan. Jangan contohi gua yang berseluar pendek dan bertishirt nipis itu. Kelak lu orang bakal menyesal. Satu lagi persediaan mental dan fizikal juga penting. jadi mulalah google dan sbgnya untuk mendalami dan menjiwai suasana di Irau ini. 

*READY! SETA! GO!*

Makanan juga penting, bawalah makanan yang ringan, dan berkhasiat. sebab nanti lu orang bawak nasik ke apa, buat nya terjatuh lalu berterabur nasik dalam hutan tu camna? petik pucuk daun je la buat ulam. Bekalan air kene mencukupi sbb kat atas sana takde kemudahan bekalan air bersih, air terjun mahupun mata air even perigi buta.

Farid kata: Cerita persediaan je gua rasa dah panjang berjela jela.

2 comments:

TiNiE said...

introduksi kemain, saspenss sgttt...
nak lagi nak lagi!

farikh said...

tu aku pasan kak, awat panjang naw intro aku ni, balun je la ek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis