Thursday, October 4, 2012

Nightmare alert!

Last few weeks, gua satu famili pegi makan di star agro, yakni sejenis restoran yang berkonsep kan tempat beriadah. ada kebun buah, ada paint ball dan macam macam. Tapi kami ini semua tidak lah menembak paint ball dan sebagainya pula kerana sudah malam malam buta begitu.

Selesai makan seraya apak gua memetik berkata "jom la kita jalan jalan putrajaya". Omg, jauh sangat kut dari Ampangan ke Putrajaya, jam sudah 10pm so bila nak sampai? Gua tak boleh bunyi banyak kerana stereng kereta famili itu bukan di tangan gua.

Rupa rupa star agro tu dekat je dengan Highway Lekas, so mmg sangat lekas sampai ke putrajaya. Kurang sejam sudah sampai di Putrajaya. Hebat nya highway ini?! Apak gua terus drive ke dataran berdepan dengan masjid putrajaya tu. Masa ni, Ikhwan dah tidur lena. So bila sampai Ikhwan dan parent nya duduk diam diam dalam kereta.

Jadi masa turun tu, ada sekumpulan budak budak muda berkumpul, yang laki laki berbaju melayu bersongkok, yang wanita pula berbaju kurung bertudung siap. Gayanya baru pulang ke Open house la kot. Ya itu adalah malam terakhir syawal i guess.

Then memula cam why bother all those kids kan, budak budak muda biasa la berkumpul melepak. Tapi bila lagu Gangnam style berkumadang dengan kuatnya, ia adalah kurang tepat sangat sebab lokasi adalah di hadapan masjid. O mai, lagu yang kuat tu datangnya dari anak anak muda, rerupanya mereka mereka ini membikin video berjoget gangnam bagai.

Dan yang paling howt skali adalah seorang anak remaja perempuan bersaiz supder duper XXXXXXXXXXXXXXXL memakai tudung mengetuai jogetan itu. *Ok now rasa nak pitam lalu jatuh dalam kolam air pancut. Bertudung? Berbaju kurung? dan menari Gangnam depan masjid?! wtf wtf wtf, apa la nak jadi ini nya pun?! Nightmare alert!

Setelah merokokkan diri sebatang sambil menyaksikan kejadian yang mendosakan besar diri gua ini, kami smua berangkat lah pulang ke rumah ku syurga ku. Dont know what were they thinking. Maybe im too old pasal tu  gua rasa that thing (menari gangnam dengan baju kurung dan bertudung) was sangat sangat tak relevan dengan kehidupan rakyat malaysia masa kini.

So for those yang berperancangan nak buat video berkategori ini, gua sarankan fikir fikirkan dahulu sebelum bertindak. Kelak memalukan keluarga dan diri anda sendiri. babai

Farid kata: Dengar lagu sebagai halwa telinga okay, but do something beyond our culture just for that song, ada sesuatu yang memalukan sangat sangat sangat sangat sangat sangat. wtf wtf

2 comments:

mama-syira said...

dorang buat di khalayak ramai ke? ni budak2 kurang kasih sayang la ni nak perhatian. sian sungguh la perangai camtu..

farikh said...

tu la pasalnya, sadis benar kot pi buat kat tempat lain boleh tak selain depan mesjid?! adui la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis