Thursday, October 18, 2012

Ceritera mendaki Irau 4- Kehazaban hingga ke tulang hitam

*terkagum kagum dengan pemandangannya*

Ok sambung lagi, kat entri sebelumnya gua dah mention yang trek ini amatlah mencabar minda dan akal fikiran. eh minda ngan akal fikiran tu bukan sama ke? ala balun je la, janji mmg susah la maksudnya. Tgh tgh mendaki tetiba hujan turun tak lebat tapi cukup la membuatkan gigil tahap duduk lam peti ais simpan daging. Mmg sejuk gila. dah la gua pakai baju nipis je, konon rasa panas, skali amek kau hujan beserta kabus tebal.

*nampak tak gua tengah tertonggeng tonggeng tu?*

Tetengah mendaki tetiba kami dikejutkan dengan jeritan Zul, like macam ada perogol tangkap dia. Rerupanya kakinya terkehel, pui gua ingat dia nampak beruang matahari ke, nampak kuda liar ke. Ok jijan selaku doctor sudah mengubati zul, sib baik ada bawak spray cramp bagai segala, jadi balut dan spray itu ini lalu sambung jalan. Jangan berangan ko nak berpatah balik. pantang orang tua tua dah jalan patah patah balik ni, eh gua tua ke pon? 


*mmg trend terkini amek gambar menonggeng gini ke?*




*Nok bergaya dengan Ron95 nya, menambah tenaga katanya*

Ada sampai satu peringkat tu, mmg mendaki mencanak, lu orang akan bergantung pada akar kayu saja untuk memijak, memaut dan bertaut kasih sayang. Tapi gua mmg resepek la dengan geng geng wanita yang pikul beg besar daki Irau. Tabik spring toinggg. 

*Kaver gua tgh merokok, buat buat muka tak bersalah*

*ok dah hepi setelah selesai merokok*

*Jijan bertungkus lumus mengubati zul (dah ayat rupa jijan tu bomoh plak)*

*dah sampai false peak, taim ni boleh kaver sejuk lagi, selang beberapa minit trus gigil*

Ok disebabkan hujan dan sejuk. Kami hanya stop di false peak yakni puncak palsu atau disini dikenali sebagai anak Irau. Hujan dah tambah lebat, perut dah lapar, azab dah sampai tulang hitam. Apa lagi boleh buat. Nak sambung ke puncak Irau ambil masa lagi sejam pendakian, sanggup kau? sanggup ke? sanggup ke? tak sanggup tak sanggup. 

*Jijan bergaya ngan GPS nya*

Nok ada bawak dapur kecil yang chomel, zul bawak maggi cup, man bawak biskut, jadi kita balun. Maggi pun rasa ciken chop masa ni. Sedap ya amat. Man kata minum kuah kari tu rasa heaven, aku lak rasa minum kuah kari tu rasa teh tarik. Ini adalah efek dari kepenatan berjuang mendaki agaknya. 

*Mata cam pelik sbb mengenangkan nasib nai turun nanti camna la agaknya*


*oh lupa kasik tau, gua bikin sedikit bumbung hasil daripada poncho zul, belah dua, ikat  semua penjuru taraaaa dah jadi kanopi org kawen, lu orang sila cakap hebat*

Memula dalam pala otak duk fikir, kalau turun pastinya mudah sbb tadi dah mendaki bagai nak gila, sangkaan gua meleset sikit je, mmg la senang nak turun, tapi sekejap je, bila dah sampai ke tahap rata pastu turun naik sikit, mula lah rasa jahanam satu macam. Seriously gua rasa dah hilang emosi, apa nok cakap pun gua dah tak dengar. Pastu dengan mejiknya rasa loya loya nak muntah. Stress melampau agaknya. ya la mau tak stress sbb lu orang pikir pikir dah nak sampai tangga berkayu, tapi jauh lagi, dah lapan puluh kali fikir camtu maunya tak stress. Dan akhirnya sampai jua di tangga kayu yang dinanti nantikan, gua sampai ngan zul, nok menyusul kendian, pastu man dan jijan lebih kurang stengah jam kendiannya. Sesampai je kat bawah terus tuju kereta, tukar baju, tukar suar, tukar suar dalam, pastu duk dalam kete diam diam sambil makan roti ngan kekacang. 

*Baju hujan jijan tinggai suku je, yang selebihnya tekorban sewaktu perjalanan*

Bila man ngan Jijan sudah kluar sampai ke bawah, baru gua boleh bersorak gembira, semua selamat sudah. So tunggu mereka membersihkan diri, sambil borak itu ini, pastu terus gerak pulang. Mencabar oi hari tu.

*cantek nya kasut*

*Wah ghumbira nya sbb dah siap tukar baju bagai, tunggu dorang sambil makan kacang*

*rapper pencen*

Tetiba gua tak tau nak mengklimaks kan cerita ni camna, tapi lu orang dapat la gambaran sepenuhnya kan. Kira kira tak memerlukan imiginasi yang tinggi bebenaw la nak memahamkannya. Pada yang ingin memulakan pendakian, jangan la rasa seram sejuk baca entri gua ini, mungkin gua rasa azab sbb gua tak buat persedian secukupnya, but no worries, as normal human, insyaallah kita tau macam mana nak survive, chewah, ok sambung lagi..

Farid kata: Walaupun hazab, kalau tahun depan ada yang ajak pegi Irau lagi, insyaallah gua cuba lagi. wah yakin ni.

1 comment:

rezal said...

smpi ke idok peak ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis