Monday, October 29, 2012

Cerita yang digarap selama seminggu oleh si pemalas

*macam berupa barangan seludup*

Ini cerita minggu lepas, merujuk pada tajuk entri, last week gua tak update sikit pun apa apa cerita di minggu lepas. Ini kerana sedikit malas sudah menyuburi sanubari ini. Kelas ke tidak alasannya? ok ok, berbulan bulan yang lepas (bulan tujuh kot eh ntah), gua ada memasuki peraduan kerat kerat majalah, pastu ada terai last year juga dan menang perfume juga, pastu gua tak pegi tuntut pun, ok rugi disitu. Pastu tahun ni menang lagi. Gua menang lagi bukan sbb rasuah atau sogokkan. Gua bertanding secara adil dan saksama sama.


*Seperti biasa tangan gemok menjadi model komersial*

Pastu hadiah yang dimenangi adalah berupa Paco Rabbane 1million 100ml. Itu hari gua menang emporio 100ml juga. Di sini gua ada cerita nak kongsi, pihak penganjur kasi tau yang hadiah boleh dituntut dengan dua teknik, pertama tama teknik adalah dengan pegi terus ke pejabat mereka lalu mereka serahkan hadiah itu ke tangan anda, atau pun lu orang boleh hantar balik borang bersama wang pos lalu mereka akan courier balik hadiah lu orang tu, dan semestinya gua pilih method kedua.

Dan lebih best norin nor bertindak menguruskannya bagi pihak gua. Hidup biar sedap bak kata eskrem berkon. pastu bila dah seminggu tunggu bayang hadiah pun tak muncul, lalu norin nor kol, pastu yang tukang jawab wah kemain budi bahasanya. (maksudnya tukang jawab tu sangat biadap)

Part yang paling tak boleh blah, "err nama encik farid tak de dalam senarai pemenang kami". Lu jangan bikin hal pula, takkan gua nak feel feel sendiri print surat ni, nak feel pemenang sangat. puii jangan memainkan perasaan. Pastu wanita tu cek cek skali dengan mejiknya ada. Pastu surat serahan wangpos plak katanya tak sampai, dah lu ni kenapa ya? pastu gua cakap ngan norin nor, lantakkan je la, kalau sampai elok la, tak sampai buat diam sudah. Selang lagi seminggu, pling trus muncul perfume nya. 

Ok lagi cerita raya haji pula, sepertimana ditekankan di tajuk diatas, ini entri orang malas, jadi kasi sumbat semua cerita satu entri. 

Khamis malam dengan rasa cool nya gua numpang kemal untuk balik ke kampung halaman yang dirindui. Selalu selalu kl-pd hanya satu jam setengah sahaja, tapi disebabkan rakyat malaysia yang ghairah membalik kampung asal ada cuti berkembar, jadi perjalanan kl-pd menjadi 3jam. Kejung dalam kereta. Berjaya sampai rumah bonda sekitar tengah malam, cool sangat.

Pagi raya gua bantai tidur sampai tengah hari, no baju melayu ke apa ke, dari pagi sampai malam gua makan nasi impit dengan kari ayam sambil main game kat ipad (3 kali cas ipad dalam sehari). Belah malam, pi tapau pizza hut ngan adik, pastu sabtu pula, duduk umah sehari suntuk tak keluar kemana even kat garaj kete pun gua tak jejak. Pastu hari ahad baru kluar, kemal mai PD sbb nak tolong adik gua buat assignment account nya, dan menjelang maghrib, baru plan nak kluar pi makan kfc jalan jammed macam neraka, tapi redah jua demi sahaja mendapat sesuap ayam hot n spicy yang rangup. Pastu balik umah mama ada tapau satey pula, pastu gua pikir pikir tak jadi balik kl la, jadi keesokan paginya gua bangun kul 4am, baru balik kl. Dan sekarang adalah sangap macam tak tido seminggu. 

Ok dah tu je kerja dilakukan sepanjang minggu. Penat nak taip. Tapi nak cerita jugak. Ok jumpa lain lain entri. Babai

Farid kata: Karang ayat ikut sedap lutut. Janji mesej sampai. Babai *sekali lagi

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis