Wednesday, November 7, 2012

Mensabotaj diri sendiri

Hari ni nak cerita pasal self sabotage. Pernah dengar pasal self sabotage? Gua ada baca beberapa artikel tentang kejadian mensabotaj diri sendiri ini, ayuh mari kita ikuti nya.

Contoh: Anda akan memberitahu diri sendiri selepas makan, anda akan membasuh kesemua pinggan kemudian, mungkin beberapa jam atau beberapa hari selepas makan. Dua akibat yang akan anda tanggung, yang pertama yakni, sinki anda akan berbau busuk dan anda rasa loya loya nak muntah upama hamil anak sulung, dan kedua for sure lebih banyak pinggan di sinki lebih lama anda akan berdiri di sebelah sinki untuk membersihkan kesemuanya. Faham?

Sabotaj dalam kamus bererti "satu perlakuan atau tindakan yang cendurung untuk menghalang atau menyakiti"  jadi bila dah mention "Self" maknanya anda mmg berniat untuk menyakiti diri sendiri. Faham? Kenapa dan mengapa anda ingin menyakiti diri sendiri? Jawapannya adalah sangat rumit atau memang anda memilih untuk menyakiti diri sendiri, saiko

Kadang kala anda akan berasa takut untuk menerima sebarang perubahan dan membuat keputusan atau pilihan untuk keselesaan anda sendiri. "saya membuat keputusan setiap minit", "hidup saya adalah bergantung pada saya sendiri" wah kemain mottonya. Kita akan sentiasa membuat keputusan dan pilihan yang kita yakin akan membuatkan kita selesa di kemudian hari.

Jadi bagaimana anda menangani dari mensabotaj diri sendiri? haa ini adalah langkah nya. Pertama tama, kenal pasti bagaimana anda mensabotaj diri sendiri. Berbalik pada contoh membasuh pinggan itu. Anda perlulah menyematkan dalam diri sendiri, jikalau tidak dibasuh pinggan pingganan itu, maka bertimbun dan menggununglah pinggan mangkuk tersebut. Letakkan dalam to-do list anda, memang lah bunyi nya seperti kelakar tapi demi sahaja kebaikan diri sendiri, lama kelamaan akan menjadi tabiat yang baik untuk diri sendiri. (gua masih terasa contoh membasuh pinggan itu adalah sangat auntie auntie, tp itu adalah contoh yang paling mudah)

Cara kedua, ambil sehelai kertas, buatkan dua kolum, pada kolum yang pertama, anda senaraikan segala mak nenek aktiviti harian yang anda ingin lakukan. contoh "Tidak akan meninggalkan sebarang pinggan mangkuk kotor selepas makan didalam sink" ok faham? Pada kolum yang kedua, anda catitkan pula apa yang menghalang anda untuk membasuh pinggan itu. Tolong jangan tulis "malas", ini sangat tak boleh diterima pakai. Tulislah seperti "tak dapat basuh pinggan kerana dihalang oleh drama melayu yang start pada waktu habis makan" itu contoh ye, faham? Jadi all you can do is, makan lah awal supaya waktu anda menghabisi makan malam itu tak selari dengan waktu drama itu bermula. Faham?

Fikir dengan teliti dan cermat. Memang ada individu lain yang akan mempengaruhi bagaimana anda menghabiskan masa anda seharian. Anda sentiasa mempunyai masa untuk membuat pilihan.

Ok skarang anda ada satu list sabotaj diri sendiri contoh yang anda lakukan setiap hari. Banyak lagi aktiviti atau tindakan yang anda lakukan tanpa anda sedari. Senaraikannya smua.

Dalam kehidupan seharian, bukan lah terhad pada membasuh pinggan sahaja. Jadi banyak lagi aktiviti yang anda lakukan tanpa anda sedari anda telah mensabotaj diri anda sendiri. Satu lagi contoh paling paling senang adalah ketika zaman remaja, gua sering bermogok lapar, kerana ingin menunjukkan ketidak puas hatian pada parent gua. At the end of the day, gua muntah sbb tak makan apa pun. Mudah kan? jadi itu zaman remaja punya cerita la, ni dah dewasa sepatutnya lagi bijak dari zaman remaja dulu.

Jadi marilah kita sama sama bertindak mengikut waras akal fikiran. Mensabotaj diri sendiri tidak membawa sebarang faedah mahupun kebaikan pada diri sendiri. Faham?

Farid kata: Sabotaj diri sendiri selalu, sabotaj kawan kawan pun selalu gak. Suicide punya stetmen ni. Lol

2 comments:

NaharTinie said...

i like!
begitu juga mug yg dah digunakan terutama di opis.
pas minum terus basuh plis. jgn ditinggalkan di sinki walaupon direndam. sangat keji ok, apatah lagila ditinggalkan di tempat kerja org #eh ?

farikh said...

woh itu macam pon ada?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis