Friday, December 28, 2012

Desaru 4: Pusing sampai pening baru dapat makan

*Tok mok ni serba boleh, dari jaga budak, jaga orang dalam pantang boleh hingga nak setkan rambut orang, smua dia boleh*

Ok stelah malam menjelma, tiba masa makan malam la, ikut hati gua talipon je room serbis makan dalam bilik senang cerita, tapi adik adalah berkeras dan disokong pula oleh kemal yakni mahu keluar jalan jalan cari makan. Ok tak pe gua adalah kalah disitu. 

Lalu berkeluaran lah kami berjalan. Serius dong suasana malam kat sini adalah hening dan creepy sikit, ye la kat area sini banyak hutan dari bangunan. pusing punya pusing ada la dua tiga kedai makan, yang satu tak menepati citarasa, yang satu lagi plak jumlah kosi meja lagi sikit dari jumlah pekerja. Kemal kata tu kedai pakpandir. 

Jadi pusing lagi, makan tidak lagi ni, pusingnya dah upama mencari harta karun. Akhirnya smua terpaksa la stuju je ngan Marrybrown ini. Walaupun nasik dan segalanya agak sadis, tapi balun je, kata dah pening sebab asyik berpusing. 

Pada lu orang yang nak ke Desaru satu je saranan gua, bawa atau pesan je makanan di hotel tempat lu orang inap. Terima Kasih.


*Gigih smua tak mo pandang kamera fokus abis kat makanan*


Farid kata: Bawak mangkuk tingkat kemana anda pergi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis