Monday, December 3, 2012

Memakan Mee Udang Makjah untuk kali keempat sepanjang hidup ini

*Choy: mi, Pandang lah sini
Sally: Tak mo, aku ingat bini aku kat umah la upama sepurnama meninggalkannya*

Memula cam smangat sambil berhujung minggu sambil taip entri mee udang, ujung ujung internet cam tehapa. Ok berbalik pada cerita rentetan ke Sg Petani disamping mencari rete karun, makanya balik tu singgah la di Taiping sempena memakan mee Udang yang popular di segenap pelosok tanah melayu ini.

*Cam biasa berebut frame, ye la aku tak selebar ko bok. Kelebaran ko upama lori ayam*

Ini adalah kali ke keempat gua kemari, last taim ngan kemal sempena cecuti taiping. Nok ngan Sally idok la pernah ke sini. Choy pula adalah orang tepeng dan dah pernah je sampai sini. Mee Udang Mak Jah ini amat lah popular di mata masyarakat malaysia. Kalau tak pernah dengar dan tak pernah cuba, sila pindah kluar dari malaysia lalu tukar kerakyatan jadi warganegara Angola. 

*Air kelapa yang aku malas nak mencungkil isi nya lalu nok gemok yang membedalnya*

Nama pun kedai Mee Udang, takkan nak makan capati pula di kedai ini, jadi ketiga tiga makhluk ini memesan mee udang spesel yer. Ketamakkan udang menguasai pemikiran. Mee Udang biasa adalah rm8.00 dan spesel adalah rm11.00. Beza nya adalah bilangan udang didalam mee itu lah. Ada jua nasik goreng Udang. Choy adalah memakan nasik goreng udang itu. Tak sempat snap gambar, sila rujuk entri lampau untuk gambaran nasik goreng udang yang enak. Minuman pula pasti la air kelapa di serikan dengan abc. Nikmat tidak terperi kerana hari tersebut adalah panas terik mentari memanco. 

*cantik benar baringan udang ini, nomnomnomnom*

Dah kenyang, lalu memasing membungkus untuk para para isteri, gua yang tak dak isteri tak yah ngada nak bungkus. Jadinya bayar dan balik lalu singgah di hentian tapah memborong jambu like kat kl tak de jual jambu. *Gambar tidak diambil, kerana terasa melampau pula beli jambu pun nak bergambar. (Walhal ko pemalas kan farid nak snap gambar kan? kan? kan?)

Farid kata: Lambat benarnya la hai nak cuti panjang ni, adoi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis