I've been through this a lot lol trust me. Dan pada setiap temujanji pertama banyak kesilapan di lakukan. Disini gua sertakan few things yang perlu di titik beratkan.
1. Tajuk Perbualan
Pastikan anda banyak mendengar dari bercakap. Dalam proses mengenali pasangan anda, pertanyaan dan dengar dengan teliti adalah sangat diperlukan. Soalan seperti "apa hobi u bila ada waktu lapang? adalah sangat sopan, dan "bila last time u had sex?" adalah sangat kurang adab dan mungkin anda akan dilabel sebagai sex maniac.
Gua rasa: Soalannya adalah "kat kompeni u ada kerja kosong tak?" jawapan "gua bukan jobstreet" *keadaan hening seketika dan hanya bunyi cengkerik sahaja kedengaran.
2. Pemakaian
Kita tahu first impression adalah penting dan ianya juga berkaitan dengan personaliti. teettttt salah, first impression adalah dari pemakaian. apabila anda bersiap siap untuk temujanji yang pertama, fikirkan apa yang perlu dipakai. Dress to impress dan jangan lupa pastikan ianya selari dengan personaliti anda. Pasti kan anda memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti pada temujanji pertama tersebut, dan jangan lupa juga pastikan pasangan anda juga tahu tentang aktiviti yang anda akan lakukan supaya dia juga berpakaian yang sesuai.
Gua rasa: Telinga bertindik dan lu pakai serban?! Gila
3. Bil! Bil! Bil!
Bukan bil letrik mahupun bil air yer tuan tuan. Siapa yang harus membayar pada temujanji pertama anda? Jikalau anda sudah bertemujanji lebih dari lapan belas kali sebaiknya bil tersebut di bahagikan dua. Tetapi pada temujanji pertama, barang sesiapa yang ajak mengedate adalah yang harus membayarnya. Oleh itu sebaiknya memilih aktiviti yang selari dengan bajet anda.
Gua rasa: Kalau nak murah sekali pun avoid kedai mamak!
4. Cuba sesuatu yang baru
Tiada orang yang ingin kelihatan bodoh. Jikalau pasangan anda mecadangkan sesuatu yang baru seperti makanan baru, sukan baru, anda harus mencubainya. Selagi ianya tidak melanggar peraturan dan tatasusila apa salahnya mencuba. Cuba lah sesuatu yang baru ini kerana jika anda enjoy melakukannya, dan pertama kali anda melakukannya bersama pasangan anda, ia sangat bermakna. Jikalau anda kelihatan seperti seorang loser, apa salahnya, ia adalah anda dan lebih penting anda sanggup mencubanya.
Gua rasa: Bungee jumping pada first date? berani?
5. "Dont's" pada temujanji pertama
Bagi sesetengah orang, temujanji pertama adalah menyeramkan, anda berasa gementar, tapi perasaan itu akan hilang jikalau anda berada disekeliling rakan anda. Akan tetapi pada waktu itulah kita akan mengenali seseorang yang baru. Oleh itu JANGAN bawa pasangan temujanji pertama anda ke parti rakan anda. Ini akan membuatkan pasangan anda menjadi tidak keruan kerana dia tidak mengenali org lain pada parti itu. Kira dah disadvantage la pada pasangan anda itu.
Gua rasa: First date dah mabuk mabuk dan itu sangat menjengkelkan
6. Berstyle pada temujanji pertama
Jangan berlebihan ketika berpakaian pada temujanji pertama. Kunci kejayaan nya adalah selesa dan nampak sopan dan jangan sehingga menampakkan anda mencuba untuk bergaya sedaya upaya. Jangan berlebihan dan anda pasti tidak mahu kelihatan menakutkan. Dan jangan lupa untuk memberikan kata kata terbaik untuk pakaian pasangan anda.
Gua rasa: Mekap banyak banyak nak rupa cam taylor swift, ujung ujung pasangan kata cam hantu kak limah
7. Hadiah?
bagaimana jika carnation atau ros? jauhi manisan seperti coklat dan candy, anda mungkin tidak tahu pasangan anda dalam diet. Apabila membeli bunga, pastikan anda meminta penjual tersebut meletakan sedikit kapas basah dihujung batang yang dipotong, ini akan memastikan bunga anda kelihatan segar.
Gua rasa: kalau nak jimat bagi je seikat daun pandan, wangi dan murah
8. Apa lagi yang penting?
Pastikan anda memilih tempat yang sesuai untuk temujanji, pasti juga anda mempunyai masa dan ruang yang sesuai untuk berbual. Tepati masa. Cari sesuatu yang boleh dijadikan pujian pada pasangan anda. Tahu batasan ketika berbual dan gerakkan fizikal. Pasti kan anda mengakhiri temujanji anda pada kadar masa yang sesuai. Dan kemungkinan pasangan anda ingin bertemu sekali lagi.
Gua rasa: first date pi karaoke, dan paksa pasangan lu dengar suara lu yang upama hon lori itu, komfirm itu adalah pertama dan terakhir dia jumpa lu
9. Masa
Temujanji pertama mungkin sesuatu yang meneyeronokkan dan mungkin juga menyeramkan. Ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan anda tidak mahu ianya berakhir dan mungkin ia akan menjadi sesuatu yang paling menyeramkan dalam hidup anda dan ianya tidak akan berakhir dengan sepantas kilat. Anda memang tidak mempunyai idea bagaimana temujanji pertama anda akan berakhir. Jadi tetap masa tidak lebih dari tiga jam untuk temujanji ini. Waktu terbaik adalah ketika waktu makan tengahari, jika temujanji tersebut menyeksakan, anda mempunyai alasan yang kukuh untuk kembali ke pejabat, dan jika ia sebaliknya, anda bolehlah merancang temujanji yang lain secepat mungkin.
Gua rasa: Dating sampai sehari suntuk?! belum jadi kekasih lagi, mau seminggu dating terus menerus
10. Aktiviti yang sesuai?
Ok sangat tipikal apabila temujanji pertama hanyalah makan malam dan menonton wayang. Think out side the box. Apa kata anda lakukan sesuatu yang lain seperti bermain board game, card game atau lakukan aktiviti luar seperti bermain tenis atau menonton okestra atau hanya sekadar bermain pool. dapat kan informasi secukupnya dari pasangan anda supaya anda sama sama berasa seronok.
Gua rasa: kalau pasangan lu bertudung, jangan cuba cuba ajak pi main pool plak, buruk padahnya yer.
11. Menonton wayang ? its a big dont
Menonton wayang pada temujanji pertama adalah kesilapan yang besar. Bayangkan anda duduk didalam gelap, sambil makan popcorn, dan bila masa anda akan berbual? Ingat! temujanji pertama adalah tentang mengenal pasangan anda. Dan jika anda berkeras untuk berbual didalam panggung, anda mungkin dicaci dan di keji oleh penonton lain dan sekali gus memalukan pasangan anda. Get it?
Gua rasa: menonton filem hantu, konon konon kalau makwe takut boleh peluk secara tereksiden, it wont work
12. Google!
Semua mengakui google itu sangat berguna, dan jangan mengatakan anda tidak pernah menggunakan google. Apa kata anda google tentang diri anda dan dapatkan gambaran tentang diri anda. Informasi yang sama juga mungkin diberikan oleh google pada pasangan anda. Jadi mulah meng-google.
Gua rasa: Google punya google, skali kluar gambar bogel pasangan lu, pengsan bangun pengsan bangun rerupanya dia adalah pelakon porno.
13. Teruskan berbual
Didepan anda seorang yang tidak anda kenali. Anda mempunyai terlalu sikit informasi tentangnya. Anda pasti tidak mahu duduk dan senyap dan memandang pada makanan sahaja. Apa kata anda mulakan perbualan yang asas. Dan jika anda bernasib baik, topik atau soalan yang anda tanya di jawab dengan penuh semangat, terus kan dengan topik yang sama dan kemungkinan perbualan anda tidak akan berakhir dan paling penting temujanji anda tidak lagi membosankan.
Gua rasa: ingat teruskan berbual tapi bukan membebel. Sangat memualkan
GOOD LUCK!
Farid kata: Sudah berdating kali ke lapan belas, kali ke sembilan belas barulah berpadanan. (^_^)
No comments:
Post a Comment